03 October, 2006

KERENAH ANAK ANAK

Mula mula ingat nak cerita benda lain, tapi bila tulis ni , timbul idea lain la pulak.

Hari ni PB nak cerita tentang karenah yang perlu hadapi bila hendak keluar berjalan jalan bersama sama dengan askar tentera yang kat umah tu. Rasanya sesiapa yang punyai anak lebih dari dua orang akan biasalah dengan senario ini.

Bila PB beritahu akan rancangan untuk berjalan-jalan
* maka, akan bertanyalah anak anak dara itu kepada PB tentang lokasi yang akan kami lawati, pukul berapa nak pergi, pukul berapa nak balik.
* soalan ini pula akan ditanya oleh mereka berULANG ULANG KALI, sehingga PB pun dah naik 'ngaaaa' nak jawab semua soalan yang sama.

Bila PB suruh bersiap
- maka, akan jenuhlah PB menyuruh mereka bersiap siap.
- Nak suruh mandi, bukannya senang.
- Mula mula , mesti berdiskusi diantara mereka (dgn nada yang bising) siapa nak mandi bilik air siapa (bilik air kat umah tu ada tiga, satu dibawah dan dua diatas).
- Siapa yang nak mandi dengan siapa (biasanya Nurin akan mandi dengan Arifah).
- Lepas isu itu dah selesai, timbul pula isu, siapa ambil kain tuala siapa.
- Nak kena pula, kalau kain tuala tu disidai di tingkat bawah (mandi dibilik atas). -- Mesti adalah sorang yang kebas kain tuala si'polan' yang lain.
- Maka, akan bising dan menjeritlah si'polan' yang kehilangan kain tuala itu.

^ Suasana didalam bilik air pula, kalau setakat main air berejam , itu adalah biasa. ^ Dalam bilik air budak budak, penuh dengan mainan.
^ Semua ambil bahagian dlm bab bab merendam mainan dalam air.
^ Sabun mandi, syampo, kejab jer habis.
^ Bukannya disapu dibadan, tapi dicurah atas simen,nak buat bubble bubble.
^ Kalau tak der syampu sendiri, syampu mama pun kena bedal.

-Selesai mandi, boleh lihat keadaan dlam bilik ait tu , kadang kadang dgn panties disana sini (kalau mandi berdualah). Kdg kdg sabun pun masih tinggal atas lantai.

Bila selesai mandi
- maka akan berlaku lagi suasana soal menjawab antara PB dan anak anak dara itu. Semua akan tanya soalan yang sama
"nak pakai baju apa?"
"nak pakai baju dalam almari kecik atau almari besar?".
Kalau kena pulak baju itu baju yang kena gosok, mama jugak yang kenaaaa.

Bila menunggu mama dan abah bersiap
Masa ni , semuanya dah tunggu diruang tamu. Mengadap tv. Masa dok menunggu ni pun, kadang kadang boleh gaduh gaduh lagi.
'rambut, sikat tak cantik lah'
'bedak, tak pakai lagi lah'
'kak lang , usik rambut nurin lah'


*Dah nak keluar rumah, mama kena prepare bekalan air minuman.
Sorang nak air milo, sorang nak air teh, sorang nak air rebena, Nurin dengan susu susunya.
Kena berbekal, kalau tidak, parahlah. Nipis wallet abah tak per, jangan nifis purse mama*

Bila nak naik kenderaan
Masih ada lagi situasi berebut tempat duduk.
Padahal kereta yang PB guna tu dah besar.
Lima tempat duduk kat belakang dan dua dihadapan.
Tapi masih lagi bercakaran.
Ada yang tak nak duduk belakang.
Ada yang mengadu asyik dia jer duduk belakang.
Berebut bantal pun , ada jugak.
Bila on radio, ada yang nak dengar kaset, ada yang nak dengar radio.

Bila dah balik dari berjalan dan sampai depan pagar
Ada yang tidur tak sedar apa apa. Hinggakan kena dukung.

Hmm...itulah dia kerenah yang dihadapi oleh PB tiap tiap kali pergi outing. Tak kiralah nak outing jauh atau dekat. Benda sama. Berulang ulang. Yang paling tak syok, kalau PB kena hadapi sorang sorang. Naik semput dada.

Itu tak masuk bab kalau meronda tempat orang ramai lagi tu...
Anda pula, macam PB jugak ker?
Atau anak PB jer yang macam nie?????

**************
Ini pula adalah untuk memenuhi permintaan Che Ha.

RESEPI DAGING GORENG PEDAS

Bahan-bahan

Daging
Lada Kering - dikisar halus
Bawang merah - dikisar halus
Asam Jawa - diambil airnya
Garam

Cara Membuatnya

Daging dipotong mengikut citarasa masing masing. Kemudian dimasukkan kedalam kuali.
Dikeringkan air daging.
Setelah ala ala nak kering, masukkan minyak masak.
Goreng hingga separuh masak.
Kemudian masukkan lada kering dan bawang merah yang telah dikisar tadi.
Boleh tambah minyak (kiranya minyak tu kelihatan dah nak kering).
Tambah air asam jawa dan garam mengikut citarasa.
(Kalau nak masam sikit, air asam jawa tu boleh ditambah)

Itulah cara nya. Simple aja. PB cukup suka makan masakan ini. Dihidangkan pula dengan sup sayur. Memang kawww lahh....

14 comments:

Anonymous said...

biasalah tu PB, nasib baik anak Am baru sorang kalau tidak macam tu juga agaknya.

Anak Am ni pula kalau bab berjalan punya senang nak bangun, mandi dan pakai baju tapi kalau nak kesekolah sikit punya susah.

Sekarang ini, Am rasa berjangut tunggu bila dia makan, sentimental habis

KakNi said...

PB, agaknya kalau anak dah 4 orang macam tu lah kot.. BTW, may be sebab ahni ibu yang garang mengalahkan singa maka anak2 ahni tak berani le nak main sabun ke syampu ke, lagipun sorang lelaki sorang perempuan, mandi pun asing2

ummi said...

nak bersiap okay sbb ada 2 aje. mandikan saing2 pastu pakaikan baju beramai-ramai. iman susah skit sbb dia dok berkejar sana sini. dalam keta okay. gaduh pun dengan abah je sbb anak2 nak dengar lagu barbie, abah nak dengar radio. bila tiba ke tempatnya, masalahpun bermula. adik bukannya nak diam. sudahnya berambat dengan dia aje. kalau ke kedai, di gulingnya tin2 yang ada. pastu mengumbah rak2 yang ada. sbb tu kalau nak ke pasar or membeli belah groceries, si kecik tu kena tinggal. kalau tak, barang tak dapat, hati pun panas jekk.

AppleB said...

salam kak pb,

saya dapat bayangkan kekecohan dan keriuhan bebudak tu pasal anak2 buah saya pun macam tu jugak pesen nya. kalau kreta berenti kat mana2 mesti ada yg gaduh dalam kereta..sabar je lah.

nasib baik saya belum ada anak. takyah pening kepala dgn hal mcm ni. kalau dah ada nnti tak taulah camanalah gaya saya ni nnti ehehehehehheeh

Anonymous said...

pb...kita serupa apa yg pb citer itule yg jadi kat rumah cm...aduss anak dara 3 orang tu yg menangis, merengek, merajuk, mengamuk esp yg bongsu tu all in one...cm pening, hubby lagila pening sbb dia sorang je lelaki kalau tak larat dia jerkoh...senyap sebentar pastu another round of bising-bising. dlm keter pun sama semua tak kena tambah bising sbb hubby berehi jerkoh aduhai..3,4 round kena jerkoh mulalah merajuk pastu adale yg tertidur...baru aman keter. kalu balik kelate/kedah/long distance cm pasang tv dlm keter lega sikit.

zino said...

agaknya lah kan pasal tak ada askar.. yg ada askarnita je.. pasal tu le kot.. kena dapatkan general satu baru aman tu hehe

Anonymous said...

komen bro zino tu hok sungguhnya..keno ado general soghe baghu okay kot tu..

hahahahaha..naing ngaaa ni gak hok sokmo doh lahhh..mandi memae kelae-kelibut sokmo tapi demo2 ni tok brani nok bbazir syampoo ngan sabung tuh..pasal ayoh dio memae beli hok bekah besar tapi letok dale bilik, dalae bekah hok comey2 jah..jimat lah sikit lagu tuh..

nok layae pertanyaan hok paling malah sekali:

- kita nak gi maner ni?
- nak buat apa ni?
- nak balik kol baper?
- ummi nak beli aper?
- kenapa kita nak gi sana? tak gi sini?

pening weh!

pastu dah sampai bukan nya reti dok diam..keno lah kito jadi macae 'pengembalo'..

cumo budok2 ni kalu long distance journey, jange lah pase radio ko, kaset ko, mesti senyap jah sebab demo sakit ppalo dengar radio..hok ni nnurung tok ma la nih..

Ayu Mohamad said...

tergelak sy baca kisah budak2 tuuh kak.. heheh sy dpt bayangkan hahaha sbb masa sy kecik2 dulu mcm tuh la jugak hehehehehe

Anonymous said...

Tima kasih kak.. ujung minggu nie boleh lah saya mencuba.. nanti saya inform akak..

kasutVINCCI said...

daging goreng pedas tu lebih kurang daging goreng kicap mak kv jer. Cuma dah goreng daging dgn mintak tu, taruk lada kering blend dan kicap. Tambah bawang besar dan lada besar. Nyum nyum

pB said...

AM
Makan lambat...aaa..itu perangai anak yg no 1. Kalau makan, dia yg paling last sudah. Kita dah siap simpan semua, dia masih dok kepah tulang ikan atau tulang ayam.

AHNI
Garang mcm singa?? Wow tak sangka tul. Masa jumpa hari tu, feminen habis.... Caya lah..

UMMI
Itulah kecantikan memiliki anak. Masa nilah, rasa nak sakit jantung, tapi bila semua dah besar,
senyap sunyi jelah umah kita tu.

KAK Z
Agaknya semua budak ni sama je perangainya. SO, kita tak leh nak compare campare mereka dgn anak org lain...kan kan kan????

pB said...

APPLE PIE
Insyaallah bila dah ada anak nanti, dengan sendirinya naluri ibu itu akan menjelma. Don't worry be happy

CM
Samalah tu kita duo deh,che abe dumoh tu pun, kalau dok bunyi, dok bunyi langsung, tapi dhe dio jerkoh, senyap semeta budok budok tu.

ABE IDHAM
Ado ado ajo jah Abe Id ni...lamo dok kecek dgn Abe Id, weh....

ZINO
Risaulak, kan jeneral kena buli dengan askor askor wanita

KAK OO
Dale kreto tu, kalulah demo tu ke'ne ko so kaset, dari KL sapa KB lah napok gayonyor keno pa'se. Lah lah mama keno guno kuaso veto...TUTUP TERUS.

AYU
Weh..nakal juga ayu nie ..!!

CIK HA
Small matter itu..selamat mencuba

KV
Wah....buleh try tu...

dlt said...

anak saya baru sorang, baby lagi, so belum rasa pening pb tu lagi.
weh! ado resepi. leh tray ni. kalu hok masok kicap mace KV ghoyak tu, tau la.

Azhar Ahmad said...

Hushhhh, kena try nehhh

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...