17 April, 2012

CERITA BANDUNG

Hari ni , kita sambung cerita Bandung lah yer.
Mintak maaf banyak-banyak sebab ambil masa begitu lama untuk sambung cerita @ pengalaman.

.
.
.
.
.
.
..
...
....
.....


Keluar jer dari Restoran Sederhana , kami sekali lagi dikerumuni oleh penjual-penjual yang bersungguh-sungguh memujuk kita orang untuk membeli belah.
Sib baik , masih boleh lagi ditangkis sebaik mungkin. Tapi kesian memang kesian.


Dari kedai makan , kami dibawa ke Jalan Dago.
Jalan Dago ni memang terkenal dengan Factory Outlet.
pB perhatikan F.Outlet di sini kebanyakkannya berada dalam bangunannya sendiri @ bangalow.
Bukannya seperti shopping kompleks di Malaysia nie.
Satu bangalow (setingkat atau dua tingkat)  , satu shopping outlet.

Factory Outlet yang pertama kita masuk ialah Central Branded Outlet.
Dikatakan inilah F.O yang paling murah kalau dibandingkan dengan F.O  yang lain.
Kat sini yang membeli belah cuma adik ipar pB.
Yang lain hanya melihat melihat sahaja.
Bila keluar dari premises ini , sekali lagi kami didatangi oleh penjual-penjual tahap tegar.



Pengalaman berada di dalam kenderaan di sini sungguh mencabar minda.
Sebabnya  jalan raya di Bandung ni tak selebar jalan raya di Malaysia nie.
Motor banyaaaaaaak digunakan di sini.
Kalau kenderaan berhenti sebab jem @ macet , kita boleh 'high five' atau bersalaman dengan
penumpang kenderaan disebelahnya. Kalau ukur kenderaan ke kenderaan sebelah , dalam sejengkal jer selisih nya. Begitu rapat.
Horn memang digunakan sepenuhnya disini. Tapi bukan tujuan utk marah-marah.
Ianya lebih kepada untuk memberitahu kepada pemandu-pemandu yang lain , samaada kita nak keluar parking , masuk simpang dan sebagainya.
Sepanjang 5 hari berada disini , tak pernah sekali pun pB nampak kemalangan walaupun cara pemanduan mereka brutal - brutal. Boleh dikatakan pengguna jalanraya di sini mereka penuh dengan sifat sabar dan bertolak ansur.

Keluar dari Central , terus tuju ke Apartment Cipedes. Perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit kerana kesesakan jalanraya. Malam-malam pun masih lagi jem disini. Dasyat tul.



HARI KEDUA.

Jam 4.30 pagi sudah subuh kalau di Bandung. Kena bangun awal untuk mengelak dari mandi air sejuk. Kalau lambat bangun , kena tunggu giliran masuk tandas. Kalau dah ramai yang mandi , maka bekalan air panas (water heater) akan habis.
 Ini adalah salah satu keburukan menyewa di Apartment Cipedes ni. Tiada bekalan air panas yang berterusan.
Dan juga tiada kelengkapan alat dapur yang mencukupi. Kami dibekalkan dengan sebuah periuk (jerang air dalam ni , panaskan lauk pun dalam nie) , dan sebuah cuek (kuali ceper).
Pinggan mangkuk dan gelas adalah. Kalau tak ada , berda'ah lah pulak kan.

Jam 730 pagi , kami semua dah keluar rumah. Kena awal-awal , kalau tidak jalan sibuk. Mengejar masa sebab banyak lagi tempat nak jelajah.
Rancangan hari ke dua adalah melawat Gunung Tangkubang Perahu.
Rasanya semua rakyat Malaysia kalau ke Bandung , mesti melawat Gunung T.Perahu nie.
Kalau tak melawat , macam tak lengkap jer ......

Perjalanan dari Cipedes ke sini mengambil masa lebih kurang 40 minit. Gunung ni berada di Utara Bandung dan ia merupakan kawah gunung berapi yang masih aktif dan mempunyai banyak mata air di sekitarnya. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 2084 meter. Kali terakhir ia meletup ialah pada tahun 1910.

Dinamakan Tangkuban Perahu kerana ianya kelihatan seperti sebuah perahu yang terbalik dari jauh. Rasanya semua orang sudah tahu akan sejarah Gunung Tangkuban Perahu ini. Cerita dogeng Sangkuriang yang jatuh hati kepada ibunya sendiri , Dayang Sumbi.

Perjalanan pagi itu begitu tenang , cuaca pun alhamdulillah cerah. Mahu naik ke puncak , jalan nya berlengkor-lengkor seperti pendakian ke Cameron Highland (lebih kurang) , cuma permandangan lebih cantik dan segar. Kami melihat banyak kebun kebun bunga sebelum sampai di Kaki G.T.Perahu ini. Bunga-bunga sungguh segar dan cantik-cantik belaka terutama bunga orkid. Juga dpt dilihat deretan kebun teh dan juga hutan pokok pines.

Di Kaki G.T.Perahu , kami perlu membuat sedikit bayaran untuk masuk ke kawasan ini. Kalau tak silap pB , setiap seorang dikenakan bayaran sebanyak RP30000. Dan kenderaan juga harus dibayar (lupa sih ... berapa harga tiket untuk van kami).

Terdapat sembilan kawah di sini. Kawah yang paling terkenal ialah Kawah Ratu dan Kawah Putih. Rasanya semasa kami sampai di sana , kami adalah kumpulan yang ketiga. Memang tak ramai pengunjung , yang ramainya penjual-penjual tegar yang maha-maha tegar ......


 Merah bibir Adam sebab sejuk
 Tak cukup seorang anak .... mana Nurin ??
 Beramai - ramai di Puncak.
Lokasi mesti ambik gambar.
Tak perlu beratur tunggu giliran sebab kita jer yang ada kat sini.
Sejuknya hingga ke tulang hitam , rasanya.
Memang menggigil - gigil ..
 Bersama ibu mertua dan adik ipar @ Achik.
 The men in pB's house.
 Anak sedara dari MuO (Muar, Johor).

 Tengok adik pB , punya peluk tubuh badan.
Tengok-tengok lepas ni , kain pelekat tu jadi selimut.
aBear kontrol macho tu , padahal .....
Photo ramai- ramai , rasanya cukup semuanya nie.


Masa kat puncak ni , kita orang macam berpecah kejab. Masing-masing macam ambik port masing masing untuk bergambar. pB entah macam mana boleh ke pejabat penerangan mereka (rasanya setelah dipujuk oleh salah seorang tour guide).

Menurut tour guide tu , kalau hendak melawat ke Kawah Ratu dibawah , akan ada tour guide yang bawak. Perjalanan nya adalah sejauh 1.2 km. Dan bayaran ialah ......

Nantikan entry pB tertipu esok nya .... Dah cukup masa untuk balik ....

16 comments:

Irfa said...

okey..tunggu en3 tipah tertipu itu
hehe

dear anies said...

betul2 family potrait

Nisa said...

Ada tak sakit perut? Kami balik-balik je dari Bandung, semua orang sakit perut kecuali saya dan keluarga. Ada yang sakit perut waktu kami ada conference di ITB. Ya Allah... menderita sungguh. Makanan di sana banyak tak bersih.

Kakcik Seroja said...

Bilalah kakcik nak sampai ke Bandung ni... Makan mi bandung dan minum sirap bandung dah selalu. :(

Unknown said...

Gambar last tu tak cukup sore

aNIe said...

PB...akak tak sampai sana lagik...bila lah nak pergi tak tau

Mulan said...

rasa nak pi lagi..

Unknown said...

seronoknya kak, pergi ramai2 anak beranak. Bilalah yus dapat pegi juga...:D

MOKCIK AZWA said...

Ooo terkenang pulak masa ke sana bila tengok gambar kat papan tanda Tangkuban Parahu tu hehehe.. masa PB sekeluarga sampai mesti awal pagi lagi kan? Sebab tu kesejukan..masa kami sampai tu dalam pukul 10 ke atas, ramai orang, dan takla terasa sejuk sangat hehehe

Setuju banget walaupun jalan macet giler, tapi tak de pulak berlaku kemalangan macam kat Malaysia nie..memang tabik la kat pengguna jalan raya kat sana..

oh ya pasal makanan, pasal makanan kami cuma makan makanan yang disediakan oleh restoran pilihan tour guide. Tour guide jugak dah pesan jangan minum air yg dijual di tepi2 jalan walaupun nampak sungguh menyelerakan, takut sakit perut katanya.. alhamdulillah, takde siapa ahli rombongan kami yg mengadu sakit perut akibat makanan/minuman masa di sana..

Unknown said...

comelnya adammm..bibir macam pakai lipstick..hahaha..

MA said...

Lamanya nunggu sambung citer Bandung sampai I dah pergi dan balik dari sana pun...hahaha.

Masa I ke Tangkuban Perahu tak sejuk sangat, nyaman aje mcm kat Genting. Lepas tu hujan...pun tak sejuk sangat.

Di sana cuma gi Tangkuban dan Ciater - tu pun tak lama sebab tujuan sebenar nak shopping saja...

Unknown said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

bestnya dik...
cuti2 dalam beberapa kluarga mmg syok, pulak tu terdiri dgn belah kluarga kita dan suami pulak tu...

bestnya...
tgk cuaca pun elok sahaja

Dinas Aldi said...

Bestnya dapat jalan2 ke tempat orang gini. Kawan akak cakap kat Tangkuban Perahu tu sejuk terketaq2, hehe.

Anonymous said...

Seronok baca kisah pB ke bandung ni. Bilalah akak nak merasa ke sana.

Anonymous said...

pb - bandung is best..

tapi kami dulu banyak kena tipu.. hahaha

nak compute nilai juta juta ratus ratus ribu... perasan kayo sat !!!

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...