20 June, 2012

1161 / entry ini panjang

Setiap dari kita sekarang ni , mesti ada akaun bank.
Betul tak?
Kalau tak kerja pun , koman-koman mesti ada akaun tabung haji.
Kalau yang bekerja , lagilah.
Akaun bank untuk gaji , akaun tabung haji , akaun saham , akaun pelaburan , akaun insuran nyawa , akaun insuran entah apa-apa lagi akaun lah.


Selepas kematian ayah bulan oktober 2011 , kita orang mengalami sedikit kesulitan dalam menutup kesemua akaun - akaun yang berada dibawah nama arwah ayah .
Ini disebabkan oleh semasa arwah ayah masih hidup , 'gemuloh'  tidak meletakkan penama ke akaun-akaun tersebut.


Untuk akaun bank @ CIMB dan akaun KWSP , maka semua simpanan akan diberikan kepada Tok Ma.
Di sini , kalau duitnya kurang dari RM5 ribu  , tak ada masalah sangat.
Sijil yang perlu dibawa ialah SIJIL NIKAH KAHWIN (nasib baik sijil ni masih lagi Tok Ma simpan - itu pun habis almari dan fail digeledah , sebelum berjumpa sijil ) , SURAT MATI . KAD PENGENALAN TOKMA dan juga buku akaun Tok Ma.
Tok Ma terpaksa buka akaun CIMB (dia memang tak ada akaun bank selain dari Tabung Haji).


Untuk akaun ASB , perkara ini baru pB uruskan minggu lepas. Kesemua simpanan akan diberikan kepada Tok Ma juga , tapi yang memohon adalah di bawah nama pB.
Sijil yang perlu diphotostat ialah sijil surat beranak pB , kad pengenalan pB , dan juga sijil mati 'gemuloh'.
Setelah borang diisi , ianya perlu kepada tandatangan suruhanjaya sumpah dan ditempek stem hasil RM10.
Dah seminggu , tapi pB masih belum dapat apa-apa surat lagi dari pihak mereka.
Prosedur ini pun untuk wang kurang dari RM1000.
Kalau amaun duit tu banyak , lagi susah prosedurnya......


Untuk akaun tabung haji , haaa...yang ni lum setel.
Sebab remeh giler .....

pB kena isi borang permohonan pengeluaran pusaka JP005 dan JP 006. Nasib baik pB pemegang akaun TH.Kalau bukan ahli TH , tak boleh , tau.
Kena sertakan salinan kad pengenalan pB , sijil mati dan juga SURAT KUASA.

Untuk simpanan melebihi RM Seribu (yang tiada penama/Pemegang Amanah) , kita hendaklah mendapatkan salah satu SURAT KUASA seperti berikut :

a) HUKUM SYARAK - Surat Pembahagian Harta Pusaka mengikut FARAID yang dikeluarkan oleh MAHKAMAH SYARIAH     atau

b) BICARA KECIL - Surat Pembahagian Harta Pusaka yang diuruskan oleh PEJABAT TANAH/DAERAH      atau

c) PENTADBIR PUSAKA - Memohon supaya Harta Pusaka ditadbirkan oleh AMANAH RAYA   atau

d) SURAT KUASA daripada MAHKAMAH TINGGI.

Disebabkan duti arwah cuma beberapa ratus sahaja , pB cuma perlu isi borang JP005 dan adik pB kena isi borang JP006 (Borang Akuan Waris).

Yang tak siyokkkk nyer , borang - borang tu perlu di CAP JARI dihadapan pegawai TH. Dah satu hal pulak , adik pB kena datang dari Muar dan kita berdua ke mana mana pejabat tabung haji yang berdekatan.

Kalau adik tak dapat pergi bersama pB , dia boleh ke pejabat tabung haji MuO , dan isi borang tersebut , dan pihak pejabat TH MuO akan pos borang itu ke pejabat mana pB hantar borang pB.

pB rasa macam peraturan ini banyak menyusahkan dari menyenangkan ...


Dan satu lagi , kalau kita sebagai penyimpan hendak isi borang penama , kita juga perlu ke pejabat TH dan CAP JARI dihadapan pegawai yang bertugas.
Tak boleh nak kirim-kirim borang yang telah dicap jari , di tandatangan siap siap kepada wakil.



Alahaiiiiiiiii




kesimpulannya .... JANGAN LUPA MASUKAN PENAMA KEDALAM KESEMUA AKAUN YANG ANDA MILIKI ... UNTUK MEMUDAHKAN MEREKA APABILA KITA TIADA NANTI.



33 comments:

dear anies said...

akk, oktober 2012?

pizli.mw said...

Haah ye, macam susah sangat. Tapi betullah better kita buat je penama tak kisahlah sikit ke banyak.

nazayiena said...

Bykkan perkara yg nak diuruskan,harap PB berjaya uruskan nie semua.....

Irfa said...

banyak sungguh urusan
sbb tu banyak duit yg di hantar kepada pusat duit tidak di tuntut
ada org malas nak turun naik

Irfa said...

salah la tu..oktober 2011
mgkin x perasan masa menaipnya

Ummi said...

banyak urusan kan pb, itulah kadang-kadang sebabkan prosedur yang macam ni buat kita give up aje duit tu

thanks sebab sedarkan ummi, kena perbaharui penama gak lepas ni, maklumlah anak bertambah, penama pun kena bertambahlah

Unknown said...

memang leceh kan..saya pun ada sekali akaun tabung haji kena tutup.. lepas tu duit tu diorang masuk ke amanah raya..so kalau nak tuntut kena isi borang bagai..malass..sudahnya saya halalkan je..

Maiyah said...

salam..

mmg byk btul nk buat tp kene buat jg le kan

pB said...

Fa,

terima kasih kerna betulkan

Asmara said...

Saya pun ada beberapa buku bank esp tabung haji simpan sejak darjah 6. Lepas tu lupa nak update sampai ke sudah x tau citer. Agaknya dah beribu kot dlm tu. Huhu.. Blk msia rasa nak cari balik la. Hehe..

Anonymous said...

Urusan wang dan harta benda orang yg dah meninggal.memang rumit dan mengambil masa.

kakLuna said...

lps tokwan sy meninggal ada org mencadangkan agar jgn bgtau bank bhw pemegang akaun sudah meninggal cuma bgtau yg dia sudah keuzuran dan nak tutup akaun.

wifemdnavy said...

Menghadapi masalah yang sama juga selepas kematian arwah ayah sy.

oren said...

anggap ja depa nih amanah..semua prosedur tu kena buat utk pastikan duit arwah (walo hanya seratus) perlu sampai kepada yg berhak..

kita kena sangka baik je kak..

Mulan said...

memang banyak hal nak settle hal2 cenggini... nak let go pon takleh sbb ada bk prosidur...

ckLah @xiiinam said...

Benar. Masa hidu kita kena fkirkan, agar memudahkan pengurusan mereka apabila kita tiada nanti, dan paling tak mau, timbul perbalahan.

Pak Zawi said...

PB, Terima kasih. Entry ini amat berguna dan Pak Zawi dan isteri akan ambil tindakan segera. Saya tidak mahu anak2 susah kerana kita membuat apa yang perlu walaupun ianya satu perkara yang mudah sahaja.

pB said...

Memang nak buat.
Tapi prosedur nak buat tu , agak menyusahkan

pB said...

Insyaallah , terima kasih

pB said...

Try imajin , kalu sorghe dalae simpanae ado rm10.
100 orghe malah nok tuntut , brapo RM doh masuk dalae akaun tiada tuntutan.


Harap-harap duit hok dituntut tu gie ko tempat2 hok molek supo Baitul Mal kor , umoh anok yating kor..

pB said...

Jgn lupa ajak Jamri sekali

Madam Casper said...

Mmg remeh kan procuder macam ni. kita pun sama jugak duit ASB arwah tok sampai la ni x bleh buat apa. Dia meninggal 1997 la ni rasanya duit tu dah lebih dari 10K. Serah kat pej amanah raya jer ler.

pB said...

kalau sedikit , masih mampu dihalalkan.
Kalau banyak , kena fikir dalam-dalam.

pB said...

memang kena buat ,

kalau tidak akan menyusahkan mereka yang kita 'tinggal'

pB said...

Kalau lupa pulak , bila balik ...

Cfm dah beribu tuuuuuuuu

pB said...

Betul tu
pB setuju

pB said...

Boleh ker , buat begitu??

pB said...

Kita serupa


Rindu pada arwah ayah


hu hu hu

pB said...

Memang bersangka baik

Tapi

Biasalah , nak yang mudah jer

pB said...

Nak ambik duit sendiri pun payah , kan

pB said...

Pergaduhan dan perpecahan keluargalah yang paling merumitkan ...

Minta dijauhkan Allah dari berlaku dalam keluarga kita



Amin

pB said...

Jangan lupa pulok...

pB said...

Cubalah selesaikan .....

Rasanya kalau masuk Amanah Raya hampir hampir setahun jugak baru boleh setle

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...