24 July, 2012

1175

Banyak masa yang terluang semenjak bekerja di sini.
Rasanya 100% masa pB terluang ....
Membuatkan pB merasa gaji bulanan yang pB terima tidak bersih ...(nauzubillah).


Setiap masa dihabiskan dengan blog walking.
Banyak blog blog yang memberi ilmu pengetahuan kepada pB.
Ilmu memasak , ilmu fotografi , ilmu perubatan dan yang paling penting ilmu agama.

Dan yang terbaru ...

Rupa-rupanya ada solat sunat wuduk.
(jahil sungguh diri pB , hinggakan solat sunat wuduk pun tak tahu)

Solat sunat yang kita boleh amalkan disetiap masa tak kira pagi , tengah hari mahupun malam.
Usai berwuduk , boleh dikerjakan solat sunat ini.

******************************************************************************
NIAT:

 أُصَلِّي سُنَّةَ الوُضُوْءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat wudhu' dua rakaat kerana Allah Taala

Read More: http://www.mamat.my/2012/03/solat-sunat-wudhuk.html

****************************************************************************** Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

 "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya ummatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwudhu'. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua hendak memperpanjang -yakni menambahkan - bercahayanya, maka baiklah ia melakukannya - dengan menyempurnakan berwudhu' itu sesempurna mungkin." (Muttafaq 'alaih)


Jadi selepas kita berwudhu, elok kalau kita dapat luangkan masa sekejap saja untuk tunaikan solat sunat wudhu' sebanyak 2 rakaat itu.

Kalau tak dapat baca surah-surah panjang selepas fatihah, baca je surah al-Kafirun(Qulya) di rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas(Qulhuwallah) selepas fatihah di rakaat ke 2.

Ambil masa sekejap sahaja actually sebelum kita mula nak sambung balik apa2 kerja lain.


Ada sabda Rasulallah yang menyebut:

 Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal:

"Hai Bilal, beritahukanlah kepada saya dengan suatu amalan yang paling engkau harapkan pahalanya serta yang engkau amalkan dalam Islam, kerana sesungguhya saya mendengar suara derap kedua terumpahmu di hadapanku di dalam syurga

." Bilal menjawab: Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam ataupun siang, melainkan saya tentu bersembahyang dengan sucianku itu, sebagaimana yang ditentukan untukku - yakni setiap habis berwudhu' lalu melakukan shalat sunnah wudhu'."

(Muttafaq 'alaih)

Petikan diatas pB copy dan paste dari blog : http://pkasih.blogspot.com/2009/05/solat-sunat-wudhu.html

14 comments:

cheqna said...

cheqna pun baru tahu ni..
terima kasih neh...
boleh buat pah2 ni insyaallah =)

Irfa said...

pun baru tahu :(
sedih kan?
atleast tahu jugak

mama ju said...

Salam sejahtera dan salam kenal dari mamaju.

Kakcik Seroja said...

Kakcik juga masih banyak yang tak tahu dan masih mencari... :(

Dr K said...

kalau istiqomah, at least 5 kali sehari semalam boleh buat solat sunat wudhu...

Yunus Badawi said...

Ada juga jawatan yg mcm pB ni ya? Bestnya mcm tu. Bukan salah pB tak buat kerja kalau kerja yg diberi cuma sikit.

Bagus gunakan masa utk menambah ilmu dgn membaca.

Eliss said...

tahu tp tak pernah amalkan..sia-sia kan..semoga hari ni lebih baik dr semalam

Unknown said...

samalah dengan saya..banyak masa terluang..mak saya kata tak mengapa..sbb kita selesaikan tugasan kita..bukan kita curi tulang..

Ordinary Superhero said...

Sunat Wudhu' - itu lah amalan yang memberi jaminan Syurga kepada Bilal!

KakNi said...

PB, apa yg OS tulis tu betul coz saya pernah baca somewhere yang Rasullullah SAW tanya kpd bilal, apa amalan beliau sehingga Rasul dengar bunyi sepatu bilal di hadapan Rasul semasa di syurga nanti, so jawab bilal solat sunat wudhu ni lah.

PB, dah tahu ni, elok lah segera amalkan, kalau tak, nanti dah lupa...

Mulan said...

tqs for sharing pb..

dear anies said...

alhamdulillah sy slalu buat solat ni sblm g keje..tp tgk jg time nyer..kalu awl sempat sy kerjakan...

oren said...

sebelum nih mmg tau psl solat sunut wudhuk, tapi tak pernah nk buat..bila pi dgr ceramah ustazah psl kisah bilal nih, mmg terkesan sungguh..

Anonymous said...

Salam kak...

Suasana kije akak sama spt saya... M&E consulatnt, tp keje sikit2... kdg2 rasa besalah bila amek gaji tp perlu gak amekkan.. dosa tak kak... agak2...duit beli susu anak... makan pakai lagi... takut... juger ilmu baru tu kak... tq

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...