23 February, 2010

810

Beberapa tahun lepas , pB terjebak dengan program Medical Check Up yang diperniagakan oleh Palace Of The Golden Horse.
Rasanya dah ramai yang dapat panggilan dari mereka untuk join program nie.

Mengikut program ni , setiap tahun kita akan menjalani fully medical check up.
Lebih kurang 100 lebih ujian diadakan untuk memastikan tahap kesihatan kita.

Package yang pB ambil adalah untuk individu.
Kalau yang untuk suami isteri , mahal sangat.
Tak terbayar , rasanya.

Sekiranya pB tak mahu check up , pB boleh transfer kepada sesiapa sahaja yang pB mahu.

Tahun pertama , pB.
Tahun kedua , aBear.
Tahun ketiga , pB.
Dan untuk tahun ini , pB berikan kepada TOK MA.


Kalau tahun tahun yang sudah , pB akan ke P.O.T.G.H di Sri Kembangan.
Tapi untuk tahun ni , saja mintak ke Mount Kiara.
Lagipun kalau di Mount Kiara ni , tak ramai .
Kalau kat P.O.T.G.H , selalu penuh.
Dah yang tak tahannya , 98% adalah berbangsa bukan melayu.
Tu yang tak syok tu.
Tak ada member berbual.

Was was jugak memandu walaupun ada bantuan Miss Garmin.
Nak dengar arahan lagi.
Nak tengok jalan raya lagi.
Tapi syukur , selamat jugak sampai akhirnya.



Main entrance yang simple tapi menyenangkan.
Kebetulan hari tu , tak ramai yang buat temujanji.
So , tak lah segan sangat snap sana snap sini.



Tempat mendaftar.
Awek melayu , lawa pulak tu.
Kalau kat POTGH , kebanyakan staff adalah berbangsa asing.
Susah nak jumpa Melayu kat situ.



Tok Ma dok berborak borak dengan dua lagi gadis melayu.
Rupa - rupanya mereka pun pertama kali datang untuk medical check up nie.
Datang dari Puchong jugak.

Tok Ma sedang di'interview' oleh Pegawai Perubatan.
Macam macam soalan yang dia tanya.
Perkara biasa sebelum ujian dijalankan.


Jom , ambil darah.
Tak sakit pun.
Beralus jer tukang ambik darah tu.


Tok Ma sedang menunggu .
Banyak ujian diadakan.
Ujian air kencing.
Ujian darah.
Mamogram.
Pap Smear.
Ujian pendengaran.
Ujian penglihatan.
Ujian untuk jantung.
Pendek kata , dari hujung rambut hingga hujung kaki.


Kat belakang Nurin tu , Snack Bar.
Selepas ujian , para peserta diberi sarapan.
Small library untuk para penunggu setia.
Tempat ni aman jer.


Salah satu bilik pemeriksaan.
Nice dekorasinya.
Sib baik , depa tu pasang DVD Mr Bean.
Kurang lah sikit Nurin meragam.
Kalau tak asyik ajak pB turun ronda.





Sempat berposing.
Lama tunggu TOK Ma.
Inilah Plaza Mont Kiara.








Sementara menunggu keputusan dan berjumpa doktor, TOK MA diberi makan.
Makanan yang menyihatkan.
Pelbagai menu diberi , cuma pilih sahaja yang mana berkenan.
Sepinggan share 3 orang.



Ini lah gambar yang ada kat one of the restoran yang pB jumpa.
Just snap jer.
Tak sempat nak snap gambar Ashwariya Rai.

Keputusan yang kita orang dapat tengah hari tu ialah

Tekanan darah agak tinggi.
Kalestrol pun tinggi juga bacaannya.
Pendengaran pada telinga kiri sudah mula kurang.
Tulang sudah mula menyusut.
Kencing sedikit kotor.
Kandungan toksid didlm darah juga agak tinggi.
Dan yang paling tak sedap didengar ialah
Ada benjolan kecil di sebelah buah dada kiri.

Menurut doktor, biji tu dari jenis tak merbahaya (Benign).
Dan doktok minta Tok Ma jalani mamogram sekali lagi dalam masa 6 bulan nie.

Tapi Tok Ma dah risau dah tu.

Doakan agar Tok Ma tak ada apa apa nyer , kengkawan.

8 comments:

aNIe said...

Cantik tempatnya PB...selesa...nak menanti pun hati tenang sikit...

Ckp tok mah...jgn risau...cuma minta tok mah makan makanan yang sihat...dan makan makanan yang membuang toksin

Semoga segalanya okay

aza ni said...

salam pB
saya ada diberitahu yang mengamalkan makan ulaman dari daun 7 bilah, bagus untuk antikanser.

rujuk http://rampaiseri.wordpress.com/2007/01/12/jarum-tujuh-bilah-cegah-barah/

aza ni said...

salam pB
link tadi dah takda
try yag ini
http://fazlisyam.com/2007/08/03/khasiat-jarum-tujuh-bilah/

IKHWANI said...

nok tanya, berapa dia charge untuk enroll masa first time dulu??

2,3 hari lepas ada jugak istana mas ni called kunun ada macam free tour kat hotel depa kat johor..may be one of the things yang depa akan buat kita supaya "tertarik" adalah package kesihatan ni..no doubt memang lah berguna kan? kalu nok wak sedighi may be tok buat every year..tapi kak wani declined sebab mesti ado lagi "rayuan2" lain yang akan dibuat...pernoh doh keno maso ada anok soghe mulo..lagi pun tahu doh purse tok brapo cukup pitis sokmo..

P/s: Insya-Allah kalu start makan supplement hok benefits buleh settle problem ni..

WRA said...

meme comei tempat dia...
k.wear dulu pun ado terimo offer ni tapi maso tu sengkek, tok leh nok terimo...hehehehe...

Take care la Tok Ma tu...kalu bab2 hok anti cancer, PB tahu doh kae k.wear nok suggest ggapo hehe...tapi gak, ssemo tu atah tuan punya diri lah kae?

Zareda Norman said...

InsyaAllah, semoga Tok Ma, sejahtera di bawah lindunganNya..

Ummi said...

InsyaAllah, semoga Tok Ma di lindungi Allah,

jangan risau-risau tok ma, cantik tempatnya, aman dan tenteram aje :)

Che Ma said...

pb...kirim kat tok ma... semoga tak ada apa yg perlau dirisaukan, Insya Allah

woo hooooo come dan glamer tempat periksa kesihatan tu

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...