26 January, 2012

1119

Agak - agak kalau buat kat Malaysia nie , ramai ker yang akan masuk bertanding ???????









JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam.

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata.

Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003.

“Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abzal.

Kesemua pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang melalui ujian berkenaan di Banda Aceh pada Selasa lalu ialah Zaini Abdulah dan Muzakir Manaf, pasangan Fakhrulsyah Mega dan Zulfinal serta Hendra Fadli dan Yuli Zuardi Rais.

Ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran.

Menurut Akmal, semua calon yang melalui ujian itu harus mencapai markah sebanyak 50 sebelum layak bertanding pada pilihan raya.

Pada ujian kelayakan itu yang turut dibuka kepada orang ramai untuk melihatnya, setiap calon diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu.

“Seandainya seorang calon itu seorang muslim sejati, membaca Al-Quran bukan masalah besar buat mereka,” kata Naimah, seorang penduduk dari Keutapang, Aceh Besar.

Menurut Naimah, kemahiran membaca Al-Quran merupakan satu kemestian bagi mana-mana individu yang mahu memimpin Aceh. – UTUSAN

25 January, 2012

1118

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.




FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang .



FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi !



MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !



TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .



GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .



MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .



IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !



MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !



IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !



INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?



FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!



YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !



GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !



MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?



TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik . . baru korang tau siapa paling power

19 January, 2012

1117



I like .....

18 January, 2012

1016




Pertama kali join GA nie.
Tak pernah pernah lagi ...


Harap - harap , ada reseki untuk dapat kad yang lawa nie ....

17 January, 2012

1115

13
14
15
16
17

5 hari tu tak update blog .
Che Mood tak datang datang.
Hati asyik tak keruan jer.

Penyakit lupa semakin teruk sekarang nie.

Lepas jumpa Barang A , hilang pulak Barang B.

Semalam hilang external hard disk.
Hari ini jumpa , External hard Disk , hilang pulak buku bank CIMB Tok Ma.

Semakin hari , semakin jadi pelupa.......



Ya ALLah .....

13 January, 2012

1114

Banyak betul benda yang hilang pada tahun 2011 ....



Kena banyak muhasabah diri .....

11 January, 2012

1113



Kakak , hari ni genap usia kakak 16 tahun.

Biasanya  , bila tarikh 11hb , akak akan berada hampir dengan mama,
tapi tahun ini , kita berjauhan ....

08 January, 2012

1112

Going to Muar tomorrow morning.
Kakak akan mula bersekolah di sana.

Doakan agar semuanya selamat .
Doakan agar kakak tak nangis.
Dan yang paling penting , doakan mama @ pB tidak akan menangis semasa meninggalkan kakak di sana.


Hu hu hu





04 January, 2012

1111




1.1.2012 genap umur Adam Faris setahun.
Masih lagi bertatih.
Belum berani lagi untuk berjalan ...
Gigi pun baru keluar 3 batang






 







Gambar diambil dari blog adik ipar

22 December, 2011

1110

Pada 10hb , acara "Melawat Malaysia 2011" diteruskan.
Kali ini , dekat sahaja. Cuma 40 minit perjalanan dari rumah ke destinasi,
menggunakan jalan raya biasa.

Kawasan peranginan yang dimaksudkan ialah
Port Dickson.



Adam behave sangat - sangat dalam perjalanan.
Alhamdulillah , jarang meragam hero kecik nie.

Keadaan cuaca yang baik sekali.
Suka sangat ambil gambar awan sekarang nie.
Kadang-kadang , dalam awan boleh nampak bentuk 'haiwan.


Keadaan apartment satu bilik yang memuaskan.
Punyai ruang dapur untuk memasak.
pB lihat ramai pengunjung yang datang membawa kelengkapan memasak seperti
rice cooker dan lain lain lagi.
Kita orang cuma bawak maggie segera jer ....

Ohh...lupa , kita menginap di Corus Berjaya Apartment.
Memang ramai sungguh pengunjung pada hujung minggu .
Hinggakan tak cukup tempat letak kereta.
Ada setengah pengunjung terpaksa meletakkan kereta mereka di tepi jalan raya besar.
(Ini telah mengakibatkan mereka di saman pihak traffik)
(Amaran telah dikeluarkan oleh pihak apartment , sebenarnya)

Ada apartment satu bilik ,
Ada apartment dua bilik dan juga tiga bilik.



Adam yang keletihan setelah berendam di dalam kolam.
Agak tidak selesa sebenarnya , kerana kolam penuh dengan kanak-kanak dan pihak yang meneman.
(Kolam bersaiz sederhana besarnya)

Pada sebelah malamnya , kami sekeluarga makan di Restoran Seri Mesra , Teluk Kemang.
Tiada gambar makanan ...
K.O.G yang rekemenkan restoren ni melalui blognya.
Nak kata sedap sangat , tak lah sangat.
Sederhana sahaja.

Sepanjang perjalanan dari apartment ke Teluk Kemang , sesak teruk kerana ada pasar malam
(lokasi pasar malam , lupa lar pulak)



Permandangan di pagi hari kedua , kami berada di sana.
Acara pagi , kanak kanak mandi manda di pantai.
pB tak dapat serta kerana sudah punyai sintom-sintom selsema.

Tengah hari ahad , kami ke Kem Terendak ,
menghadiri kenduri di sana.

Malamnya , kami makan malam di Cowboy Palace ,
berhadapan dengan PD Marina World Resort.
Menu utama nasi dengan ayam panggang.
Seekor ayam panggang , kalau tak silap berharga RM16 (kecik jer).
Air yang ada disediakan cuma ada air anggur / air sirap.
Makan pun guna pinggan polisteren, begitu juga dengan cawan.
Lagi power , sudu garpu pun plastik .....
Hu hu hu .....

On the way balik apartment , singgah lepak lepak di tepi pantai.
Tapi satulah , yang pB suka , pantai pantai kat Port Dickson ni bersih.
Sangat sangat sesuai untuk lepak lepak bersama keluarga.

Jumpa lak orang jual yong tau foo.
So , apa lagi ...
jom makan lagi ....

Kebetulan malam tu pulak berlaku keajaiban Allah.
Gerhana Bulan ...
Sambil lepak , sambil tengok bulan .....




Kat bawah ni , masih lagi gambar gambar anak anak bermain air.
Tak puas puas...
Kalau boleh nak berendam , aja kerjanya ....










aBear melayan anak - anak.
pB cuma bersantai di tepi pantai sambil 'menembak'.






Gambar Adam pada hari terakhir
Cuti Cuti Malaysia di
Port Dickson ......


Mak Andeh ada bertanya , pB pakai kamera apa?

Semua gambar - gambar ini diambil menggunakan
Canon 40D
Kalau gambar yang lawa-lawa tu , aBear lah yang ambil.
Kalau pB , gambarnya biasa-biasa aja.

1019

Kalau kengkawan jadi pB , pilihan mana satukah yang kawan-kawan akan pilih ?



Pilihan Pertama

Jarak rumah ke pejabat : 15km (Puchong - Cyberjaya)(Tak jem , dlm masa 20 minit dah boleh sampai umah . Pagi pagi boleh pecut 120km/jam)
Tol sehari : Rm 3.20
Bidang kerja : Ada call masuk , baru ada kerja. Tak ada call masuk , surf internet.
Bank berhampiran : Cuma ada Maybank dan CIMB Bank.
Keselesaan lain : Keluar masuk , tiada siapa yang monitor. (Kalau kena tangkap , pandai-pandai jawab). Tapi kat CyberJaya nie , kedai makan tak banyak. Shopping compleks pun tak ada. Asyik asyik , jumaat pergi Pasar Tani kat PutraJaya



Pilihan KeDua

Jarak rumah ke pejabat : 7 km (Puchong - Kinrara)(Dekat tapi jalan agak sesak terutama sekali sebelah pagi)
Tol Sehari : Tiada
Bidang Kerja : Agak sibuk / Anda seorang perempuan di seksyen tersebut (tapi dlm pejabat , ramai staff perempuan lain). Tapi dlm sibuk , masih ada lagi ruang untuk surf internet.
Bank Berhampiran : Semua bank ada , kemudahan lain pun banyak. IOI Mall ,ada . Tempat makan berlambak. Susah susah balik umah , makan.
Keselesaan lain : Keluar masuk , kira oklah ...Tak lah ketat sangat.





Yang mana yang anda pilih ....????