Tengahhari semalam, pB ponteng kerja kejab.
Keluar pergi mengurut kat satu makcik ni.
Dekat jer, area Seksyen 18 jer.
Sakit bahu , sakit tulang belikat.
Dok mengadap pC .. agaknya.
Oklah , urutan makcik nie.
Upah pun murah lagi, rm35 untuk lebih kurang satu jam.
Biasalahkan dalam dok mengurut tu, makcik ni bercerita.
Kata makcik ni, ramai yang datang mengurut kat dia ni, dok mengadu.
Masalah suami isteri.
Apa lagi kalau bukan masalah the big "S" tu .
Isteri dok mengadu.
Tak larat nak layan suami.
Suami pulak naik angin bila permintaan tak dipenuhi.
Suami ni dalam fikiran mereka, memang tak der nak fikir benda lain.
Asyik dok fikir pasal "S" tu jer.
Bagi lelaki normal, isipadu air tu boleh penuh dalam masa tiga hari.
Kalau lelaki yang berbulu, lagi cepat penuh tangkinya.
(maklumat ni pB dapat masa pergi dgr ceramah Dato' Fadzillah tu).
Bila keluar kerja, nampak yang bergetah , so balik, asyik dok fikir benda tu jer.
Si isteri pulak, kalau yang kerja , balik umah , letak bag, bukak tudung , terus masuk dapur.
Sediakan makan malam.
Lepas tu solat maghrib.
Hidangkan makan malam.
Dah selesai makan, selesaikan bahagian dapur pulak.
Then, basuh kain, jemur kain , lipat kain dan akhirnya nak kena angkat kain lagi.
Kalau suami ni jenis timbang rasa, tolong lah.
Jangan pulak balik umah, tahu nak makan, nak tidur pun nak makan lagi.
Matilah isteri tu.
Sebab tu, ramai suami sekarang, merungut kurang dpt bayar bil air.
Bil air asyik tertunggah aja ....
Makcik tu pesan , kalau kita si isteri ni nampak suami dah macam tak tentu arah, naik angin, senang je ubatnya.
Beri layanan yang mcm PCK tu bagitahu kat anak sedara dia tu.
Gerenti lepas tu , suami akan kembali tenang dan akan sedia menolong kita.
Pahala pun dapat.
Hmmm.....
Teringat sorang kawan di pejabat bercerita tentang kisah dia mengurut.
Tukang Urut : Nak urut batin atau nak urut biasa?
Kawan : Urut Biasa jer. Saya tak der masalah batin. Saya OK. Masalahnya ialah batin terseksa . Nak dapat seminggu sekali pun payah... Tu jer masalah saya
pB terkedu , diam jer.
Susah nak komen lebih lebih dengan member nie...
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
13 June, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
42 comments:
PB
bertukor layout baru..hmm menarik combination kaler ni, Teh suka..
hmm ye le PB, kita sbg wife ni banyak no tanggungjawab, sementelaah nak tidor pun tak aman..ganguan datang tak kira waktu..cam anak kecik lor pulok!.ndak2 mlm jumaat, berayat power bagai suami mintak asalkan tuntutannya dipenuhi, tak gituk!!
TEH
Itulah nama nyer superwoman.
24 jam kerja.
Dlm dok tido , pun kdg kdg boleh mimpi pasal tanggungjawab ....
Wah...
Sakanlah hubby Teh susun ayat , mlm mlm jumaat ....
Mintak mahap cikgu (sambil angkat tangan..!!)
Saya tak paham beberapa perkara
1. Big "S" tu aper...??
2. PCK pulak apa..?? Phua Chu Kang ke..??
Saya agak hairan kenapa wanita selalu berbohong pada suami tentang hubungan seks. Sering mereka mengutamakan kepuasan suami berbanding kepuasan diri. Sedang pada lelaki pula memberi kepuasan kepada isteri adalah kemuncak kepuasan seksnya...
Wahhh... entri sensitip ni.. Hi hi hi..
(wahhh alangkah gembira dapat meninggalkan beberapa baris ayat di laman Kak pB semula..!!)
err... dok reti.. hehe...
beli baju hok dale entri piBI dulu lah... wak hadioh...
Kita mesti terbuka dalam membicarakan hal 'S' ni antara suami isteri. Tiada maknanya jika sebelah pihak sahaja yang mendapat nikmat sedangkan sebelah pihak lagi hanya melaksanakan tanggungjawab. Namun perkara begitulah banyak menjadi punca keretakan rumahtangga.
Melayari bahtera berumahtangga mesti mempunyai perancangan rapi. Bukan sahaja kegiatan harian, malah hubungan suami isteri juga perlu perancangan, jangan main terjah aja. Perancangan rapi, strategi tepat, keterujaan dan persetujuan kedua belah pihak penting sebelum melaksanakan that big 'S'
Muafakat membawa nikmat.
Soalan: pB urut biasa je ke? he he
masalah besar tu... hhmmm.
INDERA
Makan cholek buah mangga,
Mangga dibeli oleh baba,
Amboiii adikku Indera,
Sudah tahu bertanya pula.
Boleh ker pantun akak tu??
Kira jawab yang dulu , aci tak?
Berbohong kerana malu. Kdg kdg si isteri masih lagi menyimpan perasaan malu tu. Kdg kdg malas nak berdebat tentang masalah S tu.
Kang cerita lebih lebih, nampak macam suami tak macho la pulak
Kak pB sungguh bergumbira bila ada komeng dari Indera.
Dah lama benor Indera senyap.
Macam Abe Mc Budu ...
PO'CHIK
pB carik doh baju tu sini,tapi tak dok orghe jual.
Kiring ko Bro Kamato, sapa ko hari ni tok sapa sapa lagi..
Kot kot Bro Kamato, bui bini dio paka pun tok tahu lah ...
Mc B
Kdg kdg , si isteri melayan kerna dia tahu bila layan, dia akan dpt rehat untuk beberapa hari.
Memang perlu pada perancangan rapi, persediaan. Tapi sekarang ni, semuanya mengejar masa. Perancangan bila ada special ocasion sahaja ...
Thx for sharing the maklumat dan pandangan...
Semalam, biasalah kalau dah mengurut. Angkat lah apa yang patut....
MAK SU
Apa apa masalah pun boleh dibawa berbincang , kan....
Janji dua dua kena ambil bahagian
hmmm.....no komen ajer la...hahha
13 MAY
Baca aja lah.
Dan buat panduan ....
Hai ..
asyik lelaki jer yang tinggal komen ...
Mana isteri isteri mithali nie??
k.we nok komen tapi ado kelah....nati k.we sambung sikit agi...
KAK WEAR
Cayalah Kak Wear..
ado sambungae lagi tu ...
G ngajar dulu, bilo free, komeng kaw kaw ....
ada org kata, orang lelaki ni, dia akan memikirkan the big S selagi dia mampu mengangkat sebijik kelapa...kalau dia dah tak mampu, harus lah dia pun tak pikir dah the big S tu..
saya mmg reload x lebih 3 hari dan buat urutan biasa dan tak biasa hampir setiap hari..
amacam..ok tak? kih kih kih
*pemerhati + pembaca sahaja*
:D
oloh PB...komen kaw-kaw tok leh la...tok reti jugok...
nok royak jah, kade-kade sebab bendo nih la ore jate cari alase cari lain...
kito ore ppue ni, buke buleh on-off sene2...keno ado mukaddimah hok tertib terning sikit dok eh? kalu letih, koho payoh nok on...
tu lah so hok ore llaki ni tok pehe...atau buak2 tok pehe...dio tok tau, kalu kito OK, dilayan pun OK, rehat cukup...anytime la dok? hari2 pun tak po...hahaha
Fuyooo..entry berani mati dari PB...caya la. Berdasarkan pengalaman, azwa nampak orang lelaki nie bila muka bermasalah, cepat naik angin, ada dua perkara mengganggu fikiran dia..masalah duit ataupun masalah pembayaran bil air yang asyik tertangguh ajer muahahaha. so, faham2 ajela...klu pesan beli apa2 tu hulur2 ler seketul dua. Masalah pembayaran bil air tertangguh tu kena la kreatif, pepandai cara masa utk melunaskannya. Kang bekalan air terputus atau dialihkan ke tempat lain lagi haru kan hehehehe...
kito tak ajin keno urut. Harap-harap "dia" pandai urut. Ma ckp org lelaki kalah dengan urut?
ye ke?
hhehhe]
HAHAHHAHAHA
"Bagi lelaki normal, isipadu air tu boleh penuh dalam masa tiga hari.
Kalau lelaki yang berbulu, lagi cepat penuh tangkinya.
Sebab tu, ramai suami sekarang, merungut kurang dpt bayar bil air.
Bil air asyik tertunggah aja ...."
perumpamaan yang amatlaaa menariknyaa ...
KAK LUNA
Sampai gitu sekali ker.
Bila tak larat nak angkat buah kelapa , baru tak fikir.
Berat manalah sangat buah kelapa tu.
Kena pulak kelapa tua, lagi lah ringan ....
saya mmg reload x lebih 3 hari dan buat urutan biasa dan tak biasa hampir setiap hari..
Wow....tabik spring la kak pB pada Luna ....
Tu yang Am sayang sangat tu ...
FIZZY
Isu hari ni, Fizzy buleh baco sahajo. Jangae dok imajin lebih lebih.
Bab bab imajin lebih lebih ni keno bui ko Abe Djin n Abe Jo.
Mano lah duo orghe nie..?
Senyak la pulok ....
KAK WEAR
HIDUP KAK WEAR ....
HIDUP KAK WEAR ....
Betul semuo hok kak wear kato tu.
Kalu start dengan molek, hok letih pun akae hilae letih.
Lagi semangat nok layae..
Hari hari pun buleh.
Itu macam kalu, kena ado stok kacip patimoh tu .....
AZWA
Sekali skali isu berani mati.
Saja tukar tukar fikiran. Isu ni ramai yang lebih suka dok diam dari bincang...
Malu ...
Betul kata Azwa tu, laki laki ni kalau bab S tu cukup, memang they all akan jadi ringan tulang..
Tapi mcm kata Kak Wan tu pun betul. Kena tengok jugaklah kan. Jangan pandai pakai jer, tapi tak reti nak tolong maintane. Bagilah duit kat isteri, dua bulan sekali, biar bini pergi spa, urut, mandi wap , baru mengancam ....
NERD
Waduh waduh, adik bujae sorghe nie.
Panda la pulok.
Urut keno pado tepak nyor.
Saloh urut ker jadik bendo lain la pulok...
Kak pB pun harap 'dio' ado sijil dalae bab urut mengurut nie. Baru lah Nerd tidok asyik teringat ko budok Indon tu ....Monica tu
err.. tanda kehadiran je la.. :)
obak amnesia paling mujarab tu la dio.."exercise atah katil"..kalu terlebih pong tok molek, kalu tok cukup pong jadi gilo..panda-pandalah baik wife baik hubby..kalu hubungan wife nga hubby molek sokmo, insyaAllah tak dok masaaloh tok cukup vitamin "S".. :D
Susah jugak nak cakap tabiat big 'S' (yg den pasti bukan lambang pada baju SUPERMAN).. lain org lain macam keinganannya. But basically...lelaki yg kerap 'meminta' itu...harus ler juga kerap 'memberi' .. means beri ler bantu mem buat keje2 rumah cam mengemas ke..lipat kain ker.. mandikan anak2 ker..tolong cuci pinggan dsb so that mem can channel the saved enegry for ehem2..he.he.he..
Pelik sungguh. 3 4 hari ni budok nih dok crito pasal go tu jah nih. Bakpo gak dik ?
wawaaa..Pb..menarik sekali n3 kali ini... masalah S dlm rumahtangga ini perlu kefahaman dan tanggungjawab 2 belah pihak..bukan asyik isteri sibuk pikir mcmn nak lunaskan bil air tu, sang suami pun kena pikir caranya jugak, senang cerita dua-dua pihak kena main peranan lah...
kita asyik dengar suami merungut salahkan isteri tak layan suami, kekadang mcmn isteri nak layan suami, kalau suami pun muka tak sememeh... hehehe.. selalu dgr ceramah kata, isteri mesti sentiasa cantik di mata suami, esp di rumah, jgn asyik berkain batik dan t-shirt comot..laaaaa mcmn isteri nak cantik kalau suami tak nak tolong kerja2 rumah..pastuh kedekut nak belikan baju cantik2 utk isteri...tapi kan...bgmn pula sang suami? kenapa tak suruh sang suami juga cantik di mata isteri? jgn asyik duk berlengging dgn kain pelekat duk baca suratkhabar... pastuh bila angkat tangan huish...bulu ketiak punyalah panjang dan mcm hutan!!! hehehe...terus hilang selera isteri...
dgr ceramah suruh isteri sentiasa wangi depan suami...kalau mcm tu jgn suruh isteri buat kerja...duk ngadap cermin hiaskan diri utk suami aja.. sediakan maid utk masak, maid utk basuh baju, maid utk jaga anak...tugas isteri...jaga diri dan layan suami aje... huish..barulah best...
sebenarnya, suami isteri jgn malu, kena berterus terang dlm bab S nih.. kalau isteri rasa tak puas, bagi tau dgn cara yg berhikmah la... jgn jatuhkan air muka dia ... lepas tu sure cik abang akan cuba dgn bersungguh-sungguh..
pastuh si isteri pulak... jgn lah passive jek.. tunggu cik abang start dulu aje nak byr bil air tu.. sesekali si isteri kena mulakan langkah pertama dulu... kadang2 cik abang ni teruja jugak kalau isteri mulakan dulu... hehehe...
hurm... apa-apa pun dua belah pihak kena main peranan.. baru lah kapal boleh belayar dengan bahagia... dan bil air tidak tertunggak lagi...
Setiap insan yg telah bersuami isteri wajib menjalankan tanggungjawab masing2 dan bila tiba waktu keinginan seksual biarlah ia datang dengan suasana yang aman damai dan tanpa ada paksaan dan barulah kita dapat menikamati keindahan melayari bahtera dilautan yang tenang lagi mengasyikan namun hakikatnya cuma mereka2 yang mengetahuai.....
kena saling faham memahami.;)
ACHIK
Terima kasih sebab sudi tinggalkan "tanda"
KAK OO
Betul kato kak OO tu. Kalau jago makae minum , n , tu , insyaallah , maghi la gapo rima pun, rumoh tanggo tok khe gho'ghek
NBK
Mesti Shahrul ni sentiasa memberi kan ...?
Tapi sekarang ni tak leh meminta , sebab bini dalam pantang lagi
ABE DJIN
Bakpo pelik nyor...
Tak dok gapo gapo pun...
Kebetulae jah semuonyor ....
KAK AZZAH
Salam Kak ...
Wah , terima kasih atas komen yang panjang gitu.
Banyak ilmu yang pB dapat .
Suami asyik nak isteri jer lawa, wangi.
Suami berjanggut, berbau , tak apa.
INI TIDAK ADIL , kan ...
pB pernah baca somewhere, kata penulis itu, kiranya suami itu berhajat, dia perlulah mula mengambil hati isteri sejak pagi , mula mula dari isteri bangun tidur, hingga isteri mahu masuk tidur pada malam harinya itu. Barulah mood si isteri tenang dan dengan gembira melayan suami.
Ini , kalau nak masuk tidur , bawa perasaan tak puas hati dengan anak anak, mana mungkin si isteri mahu melayan suami ...
Yang penting , kenalah belajar tolak ansur, tolong menolong, meminta, menerima.
Pokoknya kena pandai mengoda dan rela digoda ....
hi hi hi
Akak...esok malam jumaat kak ...
Akak..
pasal maid ni pun, makcik tu ada cerita.
Nanti pB buat satu N3 ttg tu ..
Tungguuuuu
KV
Adoh...simple nye
kalau faham ,tapi buat buat tak faham , macam mana tu ...??
D.I.S
Suasana aman damai yang macam mana tu ...
Cerita sikit , pB nak tahu
IZZINI
Ya ampun...
tertinggal....
Rasanya ayat simbolik tu ...
bil air dah lama tak bayar
bil air dah lama tertunggak
air dah meleleh , keluar ikut lubang telinga ...
mcm mcm lagi peribahasa yang lelaki ni guna.
kita jer yang perlu peka ....
PB,
Azwa tertarik ngan kata2 Nurazzah tu..suami sll nak komplen kata isteri kat umah berbau belacan, asyik pakai kain batik lusuh...hilang selera. tapi depa pun lupa isteri pun berperasaan yang sama, harap isteri je wangi, pakai seksi sampai suami seksa tengok, tapi tang mukadimah, suami baru buka mulut dah berbau, isteri pun terus patah selera. Tak dilayan kata isteri berdosa, bak kata kawan Azwa, klu jadi camni dia
" tengok siling jer la puan, dia dah selesai cepat2 gi muntah kat bilik air."
Kesimpulannya, bab S nie, kena la dua2 bertolak dan beransur, cam kata NBK tu klu meminta kena le pandai memberi jugak muahahaha...
gitu rupanya lelaki ni eksss..
orang muda² macam Eda ni...kena selalu kawan ngan orang lama ni...leh tahu banyak benda...nak² pasal umah tangga ni....
sas biasa kalau rasa tak sedap badan, mintak bekas kerani sas tolong urut, dia memang pandai mengurut nih... lega jer... :D
bab yg satu tu, err.. hanya mampu baca untuk dijadikan panduan di hari kelak... :D
Fuuh rama nyo tue'ke tamboh. Merioh sunggguh.
AZWA
Azwa ....
" tengok siling jer la puan, dia dah selesai cepat2 gi muntah kat bilik air."
Sampai gitu sekali ker...
Kalau macam tu , itu dah kira mendera jiwa si isteri. Tak kan lah , sampai ada suami yang tak sedar akan ketidaksegaran bau badan n bau mulut ...
Betul ..
Kalau pandai minta , pandai lah beri balik.
Jangan pulak makan dua orang, yang kenyang sorang...
EIDA
Manusia tak ada yang sempurna.Kita isteri ni pun banyak kekurangannya. Tapi perlulah berunding agar masing masing akan dapat lengkap melengkapkan ....
Rajin rajin la berkawan dengan orang lama macam kak pB ni, banyak ilmu dan petua...
SASTRI
Hai , tak kan muda muda dah sakit badan.
Jangan dok minum ais banyak banyak. Badan mudah rosak ...
Petua tu ...
Oklah tu , ada tukang urut standby. Rasa tak sedap bdn , terus jumpa.
Hik Hik..
Bab kedua tu sensitif sikit. Sampai kan Blackie pun tak terkomen ...
O.S.H
Isu hok dok terpendae . Tok brani nok wak tubek.
Skali tulih, tu dio.. banyok sambutae pulok ...
Jangae pulok O.S.H g chop blog pB ni blog 18SX pulok.
Skali skalo, tukar tukar pendapat .
Abeh tu, tok khe , tu jah hok O.S.H buleh tamboh??
Masa kak lady lepas bersalin dulu...arwah mak sering pesan...
Kalau sayang suami...takmo suami berpaling pada yang lain...jaga diri...bukan setakat jaga luaran...jaga dalaman yang paling penting...
Rajin2 makan ubat...bukan setakat jaga muka cantik je...tapi kene sihat...bila orng pompuan yang sihat luar dalam...orang lelaki pun berkobar2 nak jaga badan...paham2 ajelah ye...
hehehe....
Saya bujang. Bayangkan betapa terseksanya batin saya... Hahhahah....
Apapun, untuk yang sakit tulang belikat pasal komp tu, PB cuba ubahkan kedudukan monitor. titik tengah monitor selari dengan mata PB masa duduk dalam postur yang betul. Saya dulu sakit juga. Lepas ubah. Alhamdulillah....
selalunya isteri2 yg dah beranak pinak rasa hambar bila isu S ni..maybe letih ngan anak2 dan mood pon selalu terganggu..hehehe..
tapi kalau part mulut suami busuk tu, bulu ketiak panjang ke sound je la awal2 suh mandi wangi2 dan gosok gigi..trim apa yg patut..jgn la main terjah je..
kalau laki busuk, belikan la minyak wangi power..baru la harum je nak peluk..hehehe..
yg penting kena luahkan apa yg tersirat dlm hati baru la leh turn on mood masing2..
kalau time nak dating bercinta dulu leh wangi2 dan pakai smart2, naper dah kawin tak nak lebih smart dan wangi dgn bini/laki sendiri..kan?
KAK LADY
Betul kata akak tu.
Kita perempuan ni kena jaga luar dan dalam. Setengah orang tua kata , yang dalam tu lagi penting dari yang luar.
Nak pakai lama, so , kenalah selalu overhoul....
Bab makan ubat dan sebagainya. Suami kena ambik perhatian. Yang penting, bagilah duit supaya isteri semangat sikit nak jaga badan. Ini asyik duit isteri jer yang keluar , mana tahan ...
Tks Akak ...
AZHAR
Insyaallah, tak lama lagi , akan ada jodoh azahar tu. Jangan bimbang ok...
Insyaallah pB akan cuba ubah kedudukan monitor. Mungkin jugak cara akak duduk tak berapa nak betul.
Thx 4 the tips ....
MQ
Wow... bila orang muda berkata kata..
Memang betul kata MQ tu.
Masa bercinta sakan, jaga diri. Tapi bila dah kawin, semuanya hilang.
Masa adalah faktor penting. Kena tahu jaga masa , ambil masa dan guna masa yang ada ...
Luahkan apa yang terpendam. Kdg kdg orang yang dah kawin lama ni, lain sikit. Dah malas nak luah luahkan. Asyik memendam jer. Tu yang selalu timbul masalah.
Kdg kdg tu malas nak luahkan, sebab takut timbul masalah.
Walau apa apa pun, insyaallah setiap dari kita ini akan terus mencari jalan untuk terus bahagia.
Kak pB suker baca blog MQ, walau pun jarang tinggalkan jejak.
Makin kencang biznes MQ.
Tahniah ...
psst..saper saper nak tempah bunga telur , bolehlah contact MQ ..
smpi cmtuu skali ke?
dgr2 cmni...mcm xnk kawen pon ade
ILYNN
Jangan pulak macam tu.
Kawin ni byk kebaikan nyer ...
Banyak dpt pahala tau. Senang jer nak kutip pahala...
Hik hik, nak pungut dosa pun senang jugak ...
Post a Comment