29 April, 2015

1284

Assalamualaikum ,


wah seronok pulak bila tengok entry kita ada orang komen.
Tenkiu 
Tenkiu
Ingat kan , ramai yang dah lupa pasal pB nie .

Hu hu hu .....


Life so far so good.
Tak leh nak komplen byk byk sangat.
Sebab ramai lagi yang lagi susah dari pB.

Apa apa pun , life mesti diteruskan jugak.


Tahun ni , dua anak dara ada exam besar.
Sorang nak SPM , sorang nak UPSR.
Malas nak preasure kuat kuat , pandai pandailah.
Result cantik , alhamdulillah,
Result tak cantik , kita ikhtiar cara lain.
Kan ....
Tapi , kalau result cantik , itu bonus.

Yang dua lagi tu , baru selesai Semester Dua.
Adalah tu kat umah.
Jadi , tak perlulah pB hantar si Adam tu kerumah pengasuh.
Save sikit duit ....
(Nanti mama belanjan Kay Ef See , yer).


Esok rasa macam nak cuti jer.
Nak bawak budak budak tu ke PWTC.
Yang sebenornya , pB pun tak pernah lagi ke Pesta Buku tu.
Mendengar di radio dan baca di blog blog kengkawan jer.
Macam seronok ,,,,
Tapi memikior ramainya manusia , hilang semangat nak pergi.


Kita tunggu dan lihat lah macam mana esok.
Tapi yang pasti , kalau pergi , ada lah yang monteng sekolah esok.

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Biasa adik-adik ikut langkah kakak-abang. Meliaht kakak abang boleh berjaya adik-adik akan ikut juga pastinya. Kita mendoakan saja kan..

Dr K said...

saya pun tak pernah ke pesta buku PWTC tu..hihih

Acik Erna said...

acik dulu sebelum pindah seremban setiap tahun jugak pergi PB..tapi acik pergi awal pagi..belum buka acik dah sampai..pergi pun naik komuter je..bila orang dah mula ramai sesak tu acik dah keluar dah untuk balik..

naniasda said...

tahun lapan puluhan dulu semasa anak sulung kak yah kecik dok sekoloh lagi boleh kata tiap-tiap tahun gi Pesta Buku ni di PWTC sebab boleh beli buku cerita murah-murah jugok time tu. Last year gi hok Popular Bookstore buat sale semua buku harga RM5.00, so mungkin tahun ni gi tinjau-tinjau kat Serigala Besar Jahat lah (BBW) kito ni ulat buku daripada gi masuk kedai kain baik masuk kedai buku

Irfa said...

sekali je sy pnh gi pesta buku
tp mmg betullah, kena sabar banyak
ramai sgt org

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...