02 November, 2006

CERITA SEBELUM RAYA LAGI

dah elok elok tulis, buleh hilang la pulak.... adoi mak sakit nyer hati ...

PB suker membeli belah di Kelantan sebab disana semua orang masih lagi mengamalkan akad jual beli antara pembeli dan peniaga.
Ianya masih diucapkan tak kira peniaga itu adalah laki laki atau pun pompuan , islam atau tidak islam.
Masih kedengaran :-

'ambo jual deh'
'yelah, kawe beli deh'
(walaupun di petrol pam , atenden minyak masih mengucapkannya).

Itulah salah satu keistimewaan tersendiri .......

Sambungan cerita shopping (mengalahkan org kaya kaya la rasanya)

22hb Oktober 2006 / Ahad

Setelah mengadakan upacara pujuk memujuk pada malam sebelumnya , maka dapatlah PB mengajak Abe ke Rantau Panjang (RP).
Kali ini, kami pergi bersama dengan dua adik ipar pompuan PB yang masih single minggle.
Sorang cikgu dan sorang techinician di DBK*
*siapa siapa yang berminat, bulehlah tinggalkan komen*

Mungkin kerna kami turun awal, perjalanan selesa. Tak der sangkut sangkut kat Raund Da Bot kat pasir mas tu.
Tapi, di pekan RP , berpusing pusing Abe mencari tempat letak kereta.
Pada tyme nilah PB fikir, kenapa tak der yang cipta kereta yang boleh lipat lipat macam basikal.
Akhirnya, dapat jugaklah parking depan bangunan Mydin.
Jangan tak caya, Mydin ada cawangannya di RP.

Kami berpecah, anak dara geng anak dara.
PB dengan Abe ronda ronda , semua kedai dan gerai masuk.
Dan yang besh nyer, Abe masuk kedai ikut susunan , lajur dan baris.
So that, tak miss satu kedai pun.
Kedai jual pinggan mangkuk, pakaian, bunga, makanan ringan.
Antara barangan yang PB dpt cekup ialah kuali , tilam yang ada penyandar 3 segi tu, bo'ko (dulang - bo'ko ini sejibik mcm yang dijual kat The Living, tapi harga jauh lebih murah), bunga tisu setahun, baju selai, seluar hitam sepasang).
Tak habis seratus rm pun.

Masa dok ushar ushar tu, sempat lagi PB bersms dgn Che Ma (cm). Tak sangka dia pun ada kat area pekan rantau panjang. Dah ada jodoh , maka bertembunglah PB dan CM sekali lagi.
CM ni PB kenal masa pergi tengok free cinema kat Damansara dua bulan lepas.
Abe sembang dengan hubby CM dlm dialek klate. Nasib baiklah che abe cm tu faham (dia org Kok Diang, Kedoh).


gerai pinggan mangkuk , periuk belanga


gerai jual toto, narita, tilam

nampak tu...punyalah besar periuk tu


org pompuan biasalah, pilih pilih baju


display baju pasang siap, cantik dan murah

23hb Oktober 2006 / Isnin

Pagi isnin ni pulak, PB ajak Abe menziarah kubur sanak sedara PB di Perkuburan Banggol.
Saja ajak awal, sebab tak nak berebut rebut dengan orang ramai.
Kubur ni memang terkenallah di KB. KV mesti tau tempat nie.
Kalau pagi raya, memang susah sangat nak masuk dan parking kereta.
Dan yang best tu, sempat lagi penjual penjual menjual barangan dagangan ditepi tepi jalan.

Selesai urusan di perkuburan, PB bawak Nurin ke Klinik kat Jalan Wakaf Mek Zainab.
Member tu dah start batuk batuk dan selsema.
Manalah tak selsema, main tak ingat makan dan minum.
4 hari dok di kampung , 4 hari tak makan nasi.
Main pulak tak kira cuaca, tak kira panas cheng cheng pun masih dok main kat 'atah tanoh lagi'.
PB nak larang larang sangat pun , takut nanti MIL bersungut dlm hati.
Jadi PB pun diamkan lah....

Belah petang nya , sekali lagi buat kali terakhir PB dan Abe ke Stadium untuk mencari kuih muih.
Kali ni, kita dua jadi pasangan romantik. Naik motor weh...
Abe tak sanggup nak redah jem dan pusing pusing cari parking.
Memang betul jangkaan, area pasar ramadhan tu sesak dengan manusia dan kereta kereta yang platnya bermula dengan huruf W dan B.
Sampaikan ada polis yang kena jaga traffik.
Kali ni, semua peniaga peniaga kurus pahala posa, mana idaknya biasa asyik dok tengok anok dara hok tutup likup, tapi petang tu, dressing mak datuk.
Yang pakai seluar tiga suku pun ada, itu tak masuk yang pakai baju tak lengan.
Macam PB dan ABe ni tak der culture shock sangat sebab dah biasa tengok kan.

Malam raya tu, PB tak masuk dapur pun. Cuma dok sibuk sibukkan diri menggosok baju anak anak dan baju melayu Abe.
Dulu ada kes, antara PB dan MIL, sebab tu , dah dua tahun PB tak masuk daput tolong MIL dan SIL prepare makanan.
PB cuma tolong tolong cuci cuci pinggan jer.

So...selesailah cerita sebelum raya...lepas ni PB cerita ttg raya pulak.
Raya yang paling bersejarah sebab jumpa orghe JAUH......
Tok sangker langsung buleh jumper, yang sebenarnya.....

Maso tulih ni masih terbayang bayang wajah putih luih orghe JAUH nie.
Maso tulih ni jugak masih terbayang bayang 'jagung rebuh cicoh nyor'
Sedap wehhhh.... (sajo nok suruh Mazudi terluir).

13 comments:

EdRyNA said...

Last saya pergi Kelantan (KB) thn 1993...dah 13 tahun x jejak..dlm family saya je yg dah lama tak jejak..org lain last year pegi sana hantar sepupu nikah....Selalunya saya tercicir tak dpt cutilah dll...Last year xdpt ikut coz saya tgh sakit yg boleh dikatakan tenat gaklah...so tercicirlah lagi...
Rasanya kena masukkan Kelantan sbg destinasi cuti2 Malaysia thn depan...rasa geram je nak shopping.. :-)

urs truely said...

:) the beauty of kelantan shopping....warna warni....and mostly the business are controlled by women...sungguh istimewa pemandangan dan suasana.

psst, bila nak antar gambar raya?

abe arif.

KAMATO said...

Rata2 kawan2 kat pejabat balik raya 15 jam baru sampai, Selamat hari raya buat pb sekeluarga

Bie said...

wahh seronoknya k.PB shopping mopping...Bie intai2 jugak kat jln2 kot ternmpk k.PB dan anak2...

Bie blk tak ke mana...siang hari sibuk kat dapur aje...mlm2 berterawih di stadium ataupun masjid muhammadi...

ingat pg raya nk solat raya kat stadium tu sbb pihak Majlis perbandaran thn ni nk bg duit raya lebih kat anak2 yg dtg dan hamper sempena ulang thn pertama bandaraya Islam...tp abe nk solat kg. kat dia jea senang boleh jumpa sedara mara satu kg.

tee said...

bestnyer dapat shopping kat kb. ambo tahun ni dok gi shopping sebab masa terhad. ghayo ke3 baghu gi jalae3 di ghumoh waghih di bunut payung, palekbae n lemal. maso orghe jauh tu call, tee dok di palekbae, tok leh jupo sapa sudoh. tak po la, tak dok rejeki lagi nok jupo orghe jauh tu.. :D

Mazudi said...

Hoh! Ada sambungan lagi ker? Takleh nak perabih lagi citer ni.

Pasni nak booking tiket nak kena kelik jugak la weh.

PB said...

EDRYNA
Jom lah ke Kelantan hujung tahun ni. Shopping jangan tak shooping. Memang berbaloi..makan minum pun murah.

ABE ID
Memang dah tradisi di sana dari zaman dulu lagi , wanita yg berniaga.
Gambar...nanti weh, tengoh dok godek lagi kamera tu..

KAMATO
Nasib baik Abe PB tu jenis orghe yang beso berjalan jauh, so dia punya pilihan untuk memilih perjalanan dan dia juga org jenis boleh drive mlm. Kita bertolak dari KB jam 1230 tgh mlm dan sampai puchong jam 830 pagi. Itu pun dua kali berhenti.

BIE
Baguslah Bie nie sempat tu solat kat masjid besar. Kak PB tak sampai sana la pulak....Malu kat Bie

TEE
Insyaallah, tahun dpn kita set temujanji sekali lagi. Jupo rama rama, lagi besh..

MAZUDI
Balik lah, balik tunjuk cucu baru tu ke tok ma..mesti dio teringin nok tengok. Pah tu buat sekali acara aqiqah...n ajak PB...hihihihi

MAMARISYIA said...

hehehe..lebuh kurang MR ngan abba plak asal balik changlun Danork ngan Padang besar mesti nak gi cuci2 mata...

Pisces said...

amboi.. abis sume dok kecek kelate nie..
hohoho kak pb, larat abe tu dok bawak kete kul doblas lebih tue....
org sebelah tu dok tidur ke teman abe..

kakZ said...

2 tahun sudah ke kelantan pi pasar siti khadijah, ingatkan kat situ cuma jual barangan mentah jadi sebelum ke sana sarapan dah-dah kat hotel, bila dah tengok lauk-pauk terutama sotong-sotang depa dok pamer punya la meleleh airliur, nak makan pon dah kenyang jadi beli bungkus tapi rasanya tak sesedap kalau makan kat situ kot. tak terjangkau dlam kepala bila agaknya dapat pi lagi.

se'pe ke'de're tu apa?

weAr said...

aaa~saya rindu nk shoppn kt kelantn~~.murah&smer peramah..kt sini pn sama..best.(tp kt sini semua mahal..)

PB said...

MR
Bila ada masa tu ajak lah jugak, kena tengok angin jugak tapi setakat ini time kali ajak, abe tak pernah tolak.

PIECES
Hi hibilo geng jupo geng, hile abih bahaso standard. Tu'bek bahaso ibundo ler. Abe tu me'me jenis keras mata. Dia boleh drive waktu mlm. Burung hantu. PB pulak, biasalah tidur , kdg kdg sepanjang perjalanan. Bila bangun sakit habis leher dan tengkuk..

KAK ZIE
Akak, kat pasar tu macam macam ada. kalau pergi time makan tengahhari, udang sebesar dua tapak tangan pun boleh cari. Cuma sediakan perut dan 'pitih' sahaja. Jomlah, kita pakat pakat berrombongan ke sana. Tapi kena plan elok elok, supaya bila sampai di sana idak ler tidur kat masjid.

WEAR
Insyaallah tak lama lagi tu akan hilanglah rasa rindu. Btw, bila nak habis? Lama lagi ke kena duduk kat Korea tu...

PB said...

MR
Bila ada masa tu ajak lah jugak, kena tengok angin jugak tapi setakat ini time kali ajak, abe tak pernah tolak.

PIECES
Hi hibilo geng jupo geng, hile abih bahaso standard. Tu'bek bahaso ibundo ler. Abe tu me'me jenis keras mata. Dia boleh drive waktu mlm. Burung hantu. PB pulak, biasalah tidur , kdg kdg sepanjang perjalanan. Bila bangun sakit habis leher dan tengkuk..

KAK ZIE
Akak, kat pasar tu macam macam ada. kalau pergi time makan tengahhari, udang sebesar dua tapak tangan pun boleh cari. Cuma sediakan perut dan 'pitih' sahaja. Jomlah, kita pakat pakat berrombongan ke sana. Tapi kena plan elok elok, supaya bila sampai di sana idak ler tidur kat masjid.

WEAR
Insyaallah tak lama lagi tu akan hilanglah rasa rindu. Btw, bila nak habis? Lama lagi ke kena duduk kat Korea tu...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...