07 December, 2006

MEMORY

Diluar , hujan baru berhenti namun masih ada saki baki guruh kedengaran.
Rentetan dari hujan yang turun, suasana dipejabat begitu nyaman dan sejuk.
Keharuman nescafee O memenuhi ruangan pejabat pB.
Wah begitu enak, meneguk nescafee O yang suam.
Adooo.......angau ker apa pB nie..
Bersasterawan sakan..
Ada tokoh ker nak jadi Sri Diah..??

********

Petang petang begini, pB masih lepak lepak dipejabat.
Menunggu aBe datang gambil.
Turun dari Gunung Ledang.
Sampai kini, belum sampai sampai lagi.
Udah pukul 630 petang inik...

Bila suasana sejuk gini, teringat pB akan segala kenangan yang berlaku di T*C.
Kisah yang hendak pB ceritakan ini berlaku kira kira 5 tahun yang lalu.

Masa itu pB sambung belajar di Taiping.
Minggu pertama daftar, kami perlu menjalani minggu orientasi.
Bukit Larut didaki,
Taman Tasik diredah,
Nasib baik tidak disuruh menangkap harimau di Zoo Taiping.
Namun semua ini adalah pengalaman kawan kawan lain keran pB sendiri tidak kesempatan untuk mengikuti minggu orientasi itu.
pB diberi cuti kerana keguguran.

Selesai minggu orientasi , kami perlu melalui minggu induksi selama 2 minggu.
Seminggu belajar matematik.
Dan seminggu lagi belajar bahasa penjajah.

Dalam kelas itu cuma ada 1,2,3,4 dan 5 awek cun (termasuk pB).
4 mak orang dan sorang anak dara.
Dan yang selebihnya adalah bapak bapak orang.
Yang paling muda ketika itu adalah C Azua..yang berumur 24 tahun.
Dan yang paling berumur ialah seorang abang dari Temerloh yang berumur 48 tahun.
Tua tua pun, ada dua orang isteri tu...

Satu hari, dalam kelas inggeris, kami dipecahkan kepada dua kumpulan.
Dan setiap ahli terpaksa bertutur dengan menggunakan bahasa mak salleh ini.
Ada yang beri soalan, dan ada yg kena jawab soalan.
Masa ni, kelas jadi bising amat dengan gelak ketawa.
Yelah kan..orang yang dah lama tak bercakap inggeris 'biru kejab bijik mata'.
Dah lah tu, kena jawab soalan depan orang ramai ..
Lagilah gabra.
Ada pulak, sorang abang ni datang dari Trengganu, dan dia punya slang punyalah pekat
last last bila dia bertutur....jadi jawa bunyiknya...

Bila tiba turn pB, pB pun melontarkan satu soalan kepada satu abang ni.
pB namakan dia IS.

'What have you done to make your family and yourself prepare for this separation?'

Yang sebenarnya pB memang aim pada IS sebab pB dapat tahu yang IS ni pada mulanya dia dpt sessi pertama. Tapi disebabkan oleh isterinya tidak pandai memandu, maka dia minta tunda.

Pada mulanya pB menjangka yang IS akan menjawab dengan ringkas dan padat.
Tapi jawapan yang pB perolehi adalah diluar jangkaan pB.

IS mula menceritakan bagaimana mereka satu keluarga rapat. Bagaimana mereka tidak berpisah berpisah lama. Bagaimana dia tidak pernah meninggalkan isterinya. Bagaimana mereka begitu terkejut bila mendapat tahu bahawa kelas yang diadakan adalah di Taiping dan bukannya di Kuala Lumpur. Dan bagaimana pada malam terakhir mereka sekeluarga tidak tidur. Hanya berkumpul di ruang tamu dan menanti masa berlalu...

Pada waktu ini, pB lihat ada seorang abang mula mengeluarkan sapu tangan dan mengesat air mata yang mula mengali dipipinya.
pB juga lihat seorang demi seorang mula tunduk .
Seorang semi seorang mula mengesat air mata.
Dan ISS sendiri mula merah padam mukanya menaham rasa sebak.

Sungguh pB tidak sangka soalan yang begitu ringkas mendapat jawapan yang begitu tragis hingga menyebabkan semua ahli kelas itu menangis.

Namun, pB merasa lega sebab pB rasa selepas sessi soalan jawab itu, semua rakan dilihat mula tersenyum . Seperti beban yang digalas di bahu telah hilang.
Barangkali semuanya sedang menanti untuk melepaskan rasa tension tapi masing masing tidak tahu bagaimana.

Hingga kehari ini , pB masih ingat pada peristiwa itu,
Dan pB juga rasa KJ masih juga.......

Tak sangka, soalan pB boleh buat semua lelaki dlm kelas itu menangis
I HAVE THE POWERRRRRRRR !!!!!!!!

5 comments:

WRA said...

yea..power, power....:D

Scorpion61 said...

Syabas diatas soalan maut PB itu... terjawablah jugak keegoan insan bernama lelaki. Rasa KJlah mereka semua memang memendam perasaan sedih dan hiba olih sebab terpaksa berpisah dengan yang tersayang and ditambah pulak dgn cerita mamat jiwang tu... aduh persis cerita drama telenovela...

tumismenumis said...

What have you done to make your family and yourself prepare for this separation?

I mean you, err kak PB. Haha.

pB said...

KAK WAN
hI..hI...jangan kacau pB...kan pB usik boleh nangis....ha ha

KJ
Akhirnya , KJ meninggalkan jejak bertapak di sini...TKS

MAZUDI
Adussss....sejibik, sedas kena atah btg idong pB....tak teringat pulak yg pB sedang menghadapi kes ni....

Anonymous said...

jatuh dan bangun lelaki kan ker disebabkan woman's power..jatuhnya napoleon kerana catherine (kalau tak silap), jatuhnya samson kerana delilah, jatuhnya majnun (makna majnun pun dah sememangnyer gila)kerana laila, jatuhnya caeser kerana cleopatra...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...