15 October, 2008

424

Kita berhenti sat pasal raya raya nie.
Okay ....

Kita cerita pasal lain lar pulak ...





Minggu lepas , to be exact , malam 5hb tu , gusi pB sakit.
Actually gigi geraham pB ni ada masalah renggang.
Ada ruang kosong antara dua gigi.

Tahun ni aja rasanya dah lebih 5 kali pB melawat doktor gigi.
Duit pun dah habis beratus dah.
Tapi tak leh claim claim pun.

Mungkin dok flosing, gusi tu cedera.
Berdenyut bagai nak rak.
Hingga terpaksa makan pain killer baru boleh tidur.

Isnin 6 hb tu , kebetulan pB memang bercuti.
So, talifon lar pada adik ipar pB yang kerjanya dok boh tangan dia dalam mulut orang nie.
Dia dok belajar kat PPUM sekarang nie.
Dia suruh pie jumpa kawan dia yang sama sama dok belajar nak jadik Pakar.

Petang tu , pB pun pie lar dengan aBear kat situ.
Member adik ipar tu PARIODONTIST.
(Pariodontist ni adalah pakar dlm jagaan gusi dan benda benda yang memegang gigi kita tu).

Bila diambil Xray dan sebagainya , doktor tu kata masalah yang pB hadapi ni bukan department dia.
So , kena ke bahagian Restoratif.
Restoratif ini pulak bahagian yang dok repair repair gigi kita sruper rawatan akar gigi , simen gigi , gitu lah lebih kurangnya.

Kebetulan pula, senior adik ipar pB ni dah jadik Pakar Restoratif kat Klinik Kerajaan kat Pandamaran.
So, pB pun buat temujanji nak jumpa dia , esoknya.
Nak pie petang tu jugak tak dan dah .

Hari Selasa 7 hb tu , pB pun pie lah klinik tu.
Bila doktor tu check check , dia kata gigi geraham pB ni dah dalam sangat dikerjakan oleh
doktor swasta tu.
Kena buat rawatan akar.

Malas nak fikir panjang , sanggup jer lah kan.

Hari tu , doktor tu matikan saraf saraf yang ada pada gigi geraham tu.
Masa doktor tu dok kerjakan gigi tu , tak lah sakit mana pun sebab dah kena bius.
Tapi bila ubat bius tu habis , baru rasa sakit gusi kena cucuk.
Kemudian , dibuatnya temujanji kedua pada 15hb.

Nak tau , berapa pB kena bayar ...
Lima ringgit Malaysia SAHAJA ....
Hi hi hi

10 kali pie pun tak per sebab murahhhhhh




Hari ni lar 15hb tu.

So , pagi tadi , pB sekali lagi ke Pandamaran.

Sejam lebih dok nganga ...
Lenguh rasa rahang nie...

Dicucuk - cucuknya dalam gigi yang berlubang tu dengan alat macam jarum.
Tak sakit sebab saraf dah mati.
Tang dia cuci dengan klorox tu yang tak tahan tu.
Memang sah clorox , bau pun bau clorox.
Doktor tu habaq , clorox yang telah didailute....

Sib baik tak termuntah , masa tertelan ....
Sib baik dah dailute, kalau tidak , arwah dah pB nie...
Ha ha ha ...



Rawatan tidak dapat disempurnakan sebab bahagian dalam gigi tu masih keras.
Doktor tu tak dapat nak besarkan akar gigi (lebih kurang yang pB faham lar kan).
So , hari ni dia masukan sejenis ubat untuk lembutkan bahagian yang keras tu.
Temujanji akan datang pada 3hb November.

Bayaran PERCUMA ......


So saper saper yang nak kena buat rawatan akar ni , baik pie klinik kerajaan lar.
Tak mahal dan paling penting doktor sekarang dah tak macam dulu.
Doktor doktor sekarang dah lemah lembut .....





Definasi Rawatan Akar

Di dalam rawatan kanal akar atau "endodontic", doktor gigi akan mengeluarkan palpa yang rosak atau dijangkiti dan mengantikannya dengan pengisi khas untuk menolong mengekalkan struktur gigi yang masih ada.

9 comments:

Mak Su said...

uuuii mak aiii, tak tercapai akalku (nyeri)

Intan Rosnitta said...

Nak kena gi buat lawatan gak rasanya ni. Klinik gigi kerajaan yg terdekat kat Pandamaran ke? Shah Alam atau yg sewaktu dgnnya x ada ke?

Huhu

:P

indera kencana said...

Jap saya nak imagine perbualan antara Kak pB dengan doktor tu..

Kak pB : (Sambil nganga mulut luas-luas) hokher, hokher hehak haher he?
**terjemahan** doktor, doktor letak hapa ni?

Doktor : Amende?

Kak pB : hokher hehak hahe? **terjemahan** Doktor le apa?

Doktor : Oo.. Clorox je.

Kak pB : Haenhe?? **terjemahan** Amende??

Doktor : Hohok heh!! **terjemahan** Clorox la!!

Kak pB : hooo

Hihihihihi... maaf ye akak. Gurau je. Imaginasi saya ni memang melampau sket. hehehehe

HappyIrfa said...

salam kakpb..
aduyai..tak terbayang kengeriannya

muadzlife said...

wahh,..macam2 jugak halnya gigi kita ni yer...hmmm

Zareda Norman said...

aduihh kalau bab gigi, zar masih fobia nak pi Klinik kerajaan.. biarlah mahal pun (bukannya berduit sangat pun) tapi zar suka pi klinik noriah kat Keramat Jaya.. dari kecik lagi memang kat situ..

tapi bab gigi jer macam macam hal kan..

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam Pb,

Kak Yan, kalau bab gigi, dentist amat le phobia...tapi la ni kira ok sikit sebab last year bila gigi terpatah sekerat, KY Yan terpaksa jumpa dentist gak, Alhamduluillah, jiran rekomenkan satu kelinik dekat rumah...he!..he!..masa cabut, langsung tak sakit!..

Bayaran agak mahal, cabut tunggul je RM60.Sebab takut punya pasal, gi kelinik swasta. Kalau sakit lain, sure KY gi kelinik gomen.
Memang betul, doktor gomen sekarang dah lain...baik sesangat. Masa KY operate lutut dulu, duduk wad 10 hari pun tak rasa jemu...seronok je... macam takmo balik...sebab?...dapat layanan mesra daripada doktor dan misi-misi yang manis dan comel!

Alex Lacey said...

iyo ko doktor lloni ok? masih fobia teringat cabut gigi maso form 1 dulu...takdok bius tak dok ggapo....sakit gilosss....huhuhu...sapa lloni takut nok gi dentist hahahha...

YuszTieY said...

adoiiiii...seriyeee laa kalu bab2 gigi ni..takut ooo tambah22 main dgn jarum plok hok tok sakit jadi sakit ore ni...
murah nya...cam tak cayo plok..

betul22 doc gigi loni lembut2 betul wak kerja...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...