30 July, 2009

642

Am I a cruel mother ???


Why tiba tiba ter'pop' up persoalan itu.

As u all tahu, pB ada EMPAT anak anak perempuan. Tak ada anak laki-laki lagi. Masih belum ada reseki lagi. Tapi tak per . pB syukur sangat sangat dah dengan kehadiran mereka berempat ni.

Yang ter 'pop up' soalan tu sebabnya





1) Baju baju mereka , mereka sendiri yang gosok. Tak kiralah sama ada baju sekolah mereka atau baju yang mereka akan pakai untuk outing. Kadang kadang , pB tumpang tudung selai dua. Suruh mereka tolong gosokkan.



2) Bab membasuh tu , tiada masalah kan. Bukan kena basuh tangan pun pakaian pakaian kita orang. Balik sekolah , balik kerja , campak jer ke dalam mesin basuh . Setkan masa dan tunggu hingga siap pakaian tu dibasuh. Tapi , tang menjemur tu , pB kerah juga anak anak pB yang jemurkan . Hari wajib mereka kena jemur ialah bila cuti sekolah , hujung minggu dan pada mlm mlm yang pB really really tak larat. Kadang kadang mereka ambil giliran menjemur kain ni. Ohhh lupa , biasa pB basuh kain sebelah malam , dan jemur semua pakaian tu di ampaian yang telah direka khas oleh aBear kat satu sudut di dapur . Dan kebanyakkan pakaian yang dijemur itu menggunakan 'hanger'.






3) Pakaian yang telah kering , mereka kena asing-asingkan mengikut kepunyaan sendiri. Dan mereka akan lipat , hanger pakaian sendiri. pB memang pantang kalau tengok pakaian yang dah kering , tapi masih lagi berlonggok tak berlipat. Don't make mama angryy. Nanti mama makan budakkkk ....




4) Waktu nak makan , pun pB kerah tenaga mereka. Mereka harus setkan meja makan. Keluarkan semua makanan untuk dihidangkan , dan begitu juga pinggan yang akan digunakan semasa makan nanti.


5) Selesai makan , mereka harus membasuh pinggan masing masing dan what ever yang ada dalam sink. Tapi selalu nya , mereka taklah basuh periuk belangga tu. Itu kerja pB lah kan. Mereka juga harus pastikan selesai makan , meja disimpan dengan elok. Tiada sisa sisa makanan di atas meja dan mana mana makanan yang tidak habis dimakan , disimpan di dalam tupperware dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Mereka juga harus memastikan air di dalam peti sejuk sentiasa berisi .





Zalim ker pB nie ??? pB rasa macam tak ada ibu yang buat anak mereka macam ni dah zaman sekarang .....


Tapikan bukan selalu mereka mereka ni jadi ahli sukarela , kadang kadang mereka melakukan kerja ini dengan paksa rela. Senyum tapi hati memberontak jugak. Tapi , sebab dah dapat arahan dari Komander , maka kena buat jugak lah. Kadang kadang tu , terpekik terlolong jugak lah pB menyuruh. Sekali suruh tak bergerak , tiga empat kali suruh baru moving. Anak anak tetap anak anak .....
Tapi yang paling best , kalau sesiapa basuh bilik air bilik mereka , pB akan bagi sedikit inisiatif. Upah lar sikit , seringgit dua. Tapi itu untuk bilik air mereka lah. Bilik air pB , pB sendiri lah yang basuh dan sental. Tak kan itu pun nak kerah tenaga anak.

31 comments:

xiiinam said...

Eerrr....lupa nak komen apa...sebaik tengok imej pertama tu...



Terketar-ketar tangan tawww...




He..he..he.....



Bagus cara pb didik anak-anak tu...
tak kira anak lelaki atau perempuan...
Mereka perlu diajar bertanggungjaab kan pB...

Anak lelaki cklah pun buat sendiri sesetengah kerja macam gosok baju sekolah...dah kawen sok tak adalah 'bossy' dengan isteri...

xiiinam said...

Tambah...
kat mana ada jual iron board tu ha?


cklah nak beli...



Lepas ni garenti tak malas menggosok lagi dah...



ahaksss...

mother of two said...

mmg kena ajar gitu doh... tak kejam...:)

Zaki said...

pB ada 4 anak perempuan...boleh gak ajar2 basuh pinggan,
saya ada 5 anak lelaki....jangankan nak ajar basuh pinggan...kita suruh basuh kereta...banjir halaman rumah.

Bapak said...

Walaupun Bapak lelaki (memanglah lelaki), Bapak dikerah kerja rumah hampir semua yang anak pB lakukan. Sebab Ayah selalu outstation, kadang2 Bapak pun kena memasak tuk adik2 masa Mama tak sihat.

Masa tue memang boring & kekadang nak memberontak gak tapi skill amat berharga apabila dah dewasa.

hidup tersusun jer, xdelah nak basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah dan masak sendirik..

biarpun agak mengada2 skit bila dah ada orang rumah nie..heheh

naDDy said...

tak kejam la.itu yang sepatutnya dilakukan.dengan menyuruh dorang buat kerja-kerja rumah tu, akan mengajar dorang untuk bertanggunggjawab dan memainkan peranan yang sepatutnya dalam famili.mak aku tak mengerah tenaga anak2 dia masa kecik.kerah pon tak seberapa.akibatnya anak2 malas dah besar.termasuklah aku.tapi bila kesedaran ada dalam kepala, perangai kita akan berubah.

maiyah said...

salam ziarah.. takpelah dapat upah.. bebaloi gak lah.

jue mj said...

ju mmg respect pd parents yg bleh didik anak2 buat keje mcm tu... zaman skrang slalu anak dimanjakan.. bila kelik kg, duk menyembang ngan cousin2 tak pandai nak jenguk2 dapur... time mkn elok je bersila... kita yg masak ni hangin je!!!

adanz said...

ai ju, mcm tau je citer pasai sapa....

zino said...

ok lah tu latihan kepada mereka utk berdikari hehe

risanur said...

risa tak rasa kak pB kejam ttp sbg latihan bg mereka..takdelah mereka kekok kalu ada rezki nak sambung study kat tmpt lain...insya'allah...
dulu risa pun gitu gak mak ajar..alhamdulilah masa mak takde kat umah risa la yang bela adik2...

AuntieYan @ Makcik Blogger said...

Salam pb,

Ooooo...bestnya ada ramai pembantu. Auntie anak lelaki semua. Masa depa kecik senang di arah buat camtu,dah besar ni tolong jugak, tapi nak kena suruh baru buat, kalau tidak sokmo kata lupa. Sib baik anak bongsu Auntie tu rajin sikit...kalau bab kemas dapur dialah yang settlekan. Kenkadang rasa sedih jugak...ada masa, dah pukul sebelas malam Auntie masih terhegeh-hegeh dok sidai kain.

~adeQ~ said...

salam kak, sbg ibu bukan ler kejam tuh. Tu namanya mendidik. esok2 gi umah org, tau dah nak buat apa, tak ler tercengang2....org kata tercampak kat mana pun bleh bawak diri sbb dah terdidik dr awal kan....

Achu Tra said...

..keno doh cagho baso tuh...payoh nok buak gitu ko budok2 lo nih...

~Mardihah Adam~ said...

tak zalim la kak PB.....saya dulu lagi teruk. Yg penting ia pelajaran berguna untuk anak seorang gadis..kan..?

achik said...

ok la tu dah diajar dari awal buat keje rumah.. :D

cikMilah said...

Mmg kena caranya gitu; anak berdikari dan tak kekok buat kerja rumah. Apalagi mak-mak bekerja/tak ada orang gaji macam kita...let them learn the responsibility and togetherness. CikMilah pun macam tu jugak. Akhir-akhir ni, kita nak masak pun tak senang, si bujang sorang tu rajin sangat nak menolong...

LotsOfLove-Pearls said...

salam..
cara didik pB memang baik..
baik utk dia bila dah berdikari.

memang boleh jaga diri..

tchersally said...

eh..

tak..

tak..

mana ade zalimnye..itu yg sepatutnya..tambah2 anak pompuan..

tak..

tak..

tak zalim..u r doing the right thing for them..satu hari nanti mereka akan kata/sedar "mujur umi suruh buat itu ini masa kecik2 dulu.."

anak Sally yg lelaki dah reti sidai baju, set the table, basuh pinggan dan masak nasi..

Neeza Shahril said...

tak zalim la kak pb.. elok jugok tu..
biar dia biasa..
shahmey hok 2 tahun tu pun doh ada tugas..
angkat kain kotor masuk bakul hehehe..
tapi dio suko jah nok wak..

tee said...

tak kejam cara pb tu.. sokong sesangat.. Tee kat umah ni pun ada gak suh anak2 buat kerahan tenaga.. bukan zalim, tapi nak menyemaikan di hati mereka bahawa tolong menolong sesama ahli keluarga adalah perlu.. jadi tak dela derang rasa semua keja terpikul atas batu jemala mama n abahnya.. :)

Abang Long said...

Ciklah berhajat hendak membeli iron board tu ... Abang long sudah fikir lain daaaa ... hahahahahaha

zino said...

teringat masa kat kampong dulu.. duduk dengan nenek segala benda kena buat sendiri... hehe

Zareda Norman said...

apa pulak yang zalimnya PB. Itulah yang sepatutnya. Tak kira anak lelaki ke anak perempuan ke kena kerah lakukan kerja rumah bila sampai masanya.

Ilmu rumahtangga ni tak de di ajar di universiti so peranan kita mak ayah mendidik anak anak jangan manja sangat sampai gelas sebijik pun maid basuhkan. Syaba sPB.. zar sokong sangat, even anak dara kecik zar tu pun dah pandai mop lantai, sapu sampah...

kakLuna said...

kalo x ajar anak berdikari apatah lagi perempuan, dan terlalu manjakan dorang, tu lagi 'cruel' nama nya...

Tulisan Dari Manjung said...

Tak der cruel mana pun PB....
semua tu ibu, bonda, umi, mak, mummy semua memang kena buat...kalu tak anak2 zaman sekarang ni naik lemak...eok kahwin jadi pemalas....tapi kan...iorn board PB tu soooo sesuatu....ha,,,ha...ha....

MA said...

Mana lak kejam...tu sayangkan anak namanya. Kita bagi pendedahan awal untuk mereka bertanggungjawap di masa akan datang.


I bagitahu anak-anak I that kita ni semua housemates. Walaupun I chief tenant and diorng sewa "free" hahaha...so setiap anggota keluarga perlu ada tanggungjawap masing-masing.

But we make it fun lah - tak ada buruh paksa so nobody complained. Diorg tak berani mintak upah - kang Mama dia mintak upah sakit beranak dulu..haha tak ke haru nanti.

Anyway - tak ada salahnya suruh anak-anak buat kerja rumah bersama-sama. That is part of what being a family is all about.

Chekgu BaniHassim said...

huhu...
elok la cemtu kak pB...
budak2 skg jgn dispoilkan sgt...
jgn diikut sgt...

dah jarang parent yg suh dorg buat sendiri...

kalau akak buat cemni, dorg yg untung..
nnati ade la org yg puji kalau dorg pandai buat keje...
dah boleh kawen dah pun...hehe

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

kak pB..saya rasa omo 12,13 tu mmg patut dah ajar wat keje2 tu sumer..bukan sbb tu keje org perempuan tp tu kira t/jawab setiap org...terhadap diri dia sendiri..

anak2 saya loning pon dah saya tren sikit2..sesuwai dgn omo demo tu lah...

anok tino ko..jate ko..keno panda wat bendo tu blako....

kak Pb tidok la kejam..kak pb seorang ibu yg bertnaggung jawab...

saya loning wat sistem anugerah bintang...sbb kecik lagi kan...sapo juruh...rulun mak...akan dpt bintang...bintang2 tu nanti kita kumpul2..cukup 10 butir...bulih la redeem dgn Mak..apa2 lah...tp tak semestinyer anything that u want lah...

supaya mereka faham....nothing comes easy in this world...if you want anything u have to work for it ...so that you'll earn it.

ima said...

pb..anak saya semua lelaki,bila hujung minggu dan cuti sek mesti cuci pinggang dan jemurkan kain baju...terutama anak yg dah masuk sek men...lelaki pun kena jugak belajar buat kerja...baju sek tok sah kata memang kena gosok sendiri...kalu macam ni bukan mendera tapi mendidik....

Ummi365 said...

eh tak kejamlah Da.. kat rumah ummi memang semua di buat oleh anak-anak.. kalau tak buat singa ni mengaum..hehehe.

baju sekolah especially yang lelaki ni diaorang berus tengkuk ikut turn, pastu masuk je mesin.

pasal basuh periuk belanga memang diaorang buat jugak ikut turn.. selalunya ada satu dua je periuk and kuali, besen2 plastik and chopping board ummi dah basuh dulu.

vacum and mop rumah pun diaorang buat.. itu sekali je seminggu tapi kalau dah tak tahan tenguk rumah berdebu, ummi buat sendiri je.

sidai kain dan lipat kain depa gak buat.. cuma masuk kain mesin je ummi buat..

air mati, sejuk and air termos memang diaorang kena pastikan semuanya penuh..


alangkah bahagia nya hidup ku.. penderaan ke tu ek?

so tak payah pakai bibikkan..

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...