26 August, 2009

664

Ini entry yang dicopy paste dari blog Nuaeman .
Dah lah copy paste tanpa minta izin ....
Mohon maaf nyer Tuan Nuaeman.
**************************************************************
Jangan salah faham dengan tajuk yang boleh mengundang kontroversi di atas. Ianya hanyalah sekadar petikan kata seorang ahli hikmah kepada sahabatnya.

“Hendaklah kamu berkahwin lagi sebulan sekali”

Sahabatnya berasa pelik lantas bertanya semula “Bagaimana saya mampu bernikah sebulan sekali?”

Ahli hikmah itu berkata, “ Bermusafirlah sebulan sekali. Apabila engkau pulang ke rumah, nescaya kemesraan hubungan antara kamu dengan isterimu akan menjadi seperti Pengantin Baru!”

Saranan ini sebenarnya untuk menghilangkan rasa jemu antara pasangan yang telah berkahwin.
Perkara ini boleh terjadi, mungkin tidak bagi kita tetapi ada berlaku pada orang lain.
Ada pelbagai sebab yang boleh jadikan seseorang itu jemu samada mungkin kerana sikap pasangan contohnya seperti isteri yang selalu merajuk walau berhadapan perkara remeh ataupun suami yang sentiasa menzahirkan kemarahan serta tidak boleh berlebih kurang dalam perkara kecil yang mana ini semua amat berbeza dengan sikap-sikap yang ditunjukkan ketika belum berkahwin.
Apatah lagi kalau dirumah si isteri asyik dengan bedak sejuknya yang bertepek-tepek manakala suami pula selesa dengan t-shirt Pagoda beserta kain pelikat yang berminggu tak dibasuh.

Sebab – sebab lain pula adalah seperti masakan yang mana jemu kepada makanan yang sama saban hari mengundang rasa bosan dengan orang yang memasak.
Jangan terkejut bahawa suasana persekitaran atau ruang dalaman rumah juga boleh menjadi penyebab wujudnya rasa jemu antara pasangan.
Ketua Editor Majalah Solusi, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam salah satu artikel beliau mengklasifikasikan sebab-sebab ini sebagai rasa jemu yang normal. Dari itu timbulnya saranan sepertimana kata ahli hikmah diatas bagi memperbaharui rasa cinta antara pasangan suami isteri.

Timbul pula satu masalah bilamana ada sesetengah isteri yang lebih suka mengikat kaki suaminya dirumah. Sang suami juga harus faham bahawa saranan ini bukanlah satu lesen pula untuk mereka berfoya-foya dikala ketiadaan isteri.
Kalau boleh biarlah pemergian itu ada tujuannya seperti berseminar, berdakwah atau lakukan kerja-kerja kebajikan, ibaratnya seolah-olah pergi berjuanglah.
Teringat pada satu rangkap kata-kata di dalam buku Aku Terima Nikahnya.. tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

“Seorang isteri yang menghalang suaminya untuk keluar berjuang , akan memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya keluar berjuang, akan sentiasa menerima kepulangan suami yang sentiasa berusaha untuk pulang. Pemergian suami atas dorongan isteri, ialah pemergian yang dibayangi kepulangan.”

Kalau boleh kita tidak mahu rasa jemu itu terus disusuli dengan hilangnya rasa cinta hinggakan masing-masing mula membuat haluan sendiri.
Dengan tiada lagi komunikasi antara pasangan boleh mengakibatkan hubungan yang retak menanti masa untuk terpisah.
Ini disifatkan sebagai rasa jemu yang tidak normal dan kunci utama sekiranya berlaku permasalahan seperti ini suami dan isteri hendaklah back to basic dengan memperbaiki hubungan mereka dengan Allah.

Walaupun tulisan ini seolah-olah disarankan hanya kepada suami untuk keluar bermusafir adalah tidak menjadi salah untuk isteri melakukan perkara sama kiranya mendapat kebenaran suami.
Sesekali suami pula bersendirian memasak serta membasuh berak kencing anak-anak apa salahnya. Takkan itu pun boleh mendatangkan JEMU!

Tip Atasi rasa Jemu dengan Pasangan

1-Jaga solat berjemaah,samada dimasjid atau dirumah
2-Tingkatkan amalan-amalan sunat di dalam atau di luar rumah
3-Melancong atau bermusafir dengan niat untuk mendapatkan keredaan Allah dan merapatkan hubungan suami isteri
4-Tukar gaya komunikasi dan interaksi. Lazimkan senyuman dan selang selikan dengan gurauan
5-Sesekali ubah susun atur perabot sama ada di ruang tamu, dapur mahupun bilik tidur.
6-Sesekali para suami keluar kawasan dalam jangka masa tertentu untuk berdakwah atau melakukan kerja-kerja kebajikan.
7-Belajar resepi masakan baru dan berani mencipta kelainan dalam menghidangkannya
8-Tukar cara berpakaian atau fesyen sesama pasangan di dalam rumah.

14 comments:

MOKCIK AZWA said...

hohoho Pb...harus diakui kebenarannya...

teringat kata2 bekas bos mokcik dulu.."masa aku duduk dengan isteri aku, tiap2 malam aku rasa nak keluar ajer. Bila aku dah duduk jauh dari isteri aku, tiap2 malam aku rasa nak balik ajer".

Masa itu ex bos duduk Perak, isteri kat Johor.

Yang ditakuti, bila selalu sangat berjauhan, takut seronok pulak berjauhan langsung taknak balik rumah huhuhu...yang ni pun ada terjadi pada kawan mokcik juga...kesian dia.

zino said...

tips yg bagus ni hehye

Tepi Sungai Batu said...

Baju Pagoda ambo basuh tiap-tiap hari.

Hjh Noralenna Abbas said...

Kisah rumah tangga, harus jaga-jaga!!

chekgu Bani Hassim said...

erm...pendek kate, masing2 kene saling tarik menarik antara satu sama lain...

tak la si isteri saje nk cube tarik perhatian sang suami..
suami pon kene buat bende yg same..
kan??

kut...? :P

Mother of Two said...

sokong... tapi tokleh ler lama2kan...1mmg-2mmg pun cukupler

Maiyah said...

salam.. mmg itu adalah cara mujarab, kalo nak maintainkan perasaan cinta supaya tak jemu sesekali kene pisah jap tapi bukan nya gi tempat yg bukan2 lak, n suami tu jgn bik kesempatan lak n lagi isteri kene restu jer suami gi bik angin sesorang.. hehe macam ler ada suami aku nih.. skrg dah terpisah selamanya

Zareda Norman said...

kiranya betuulah pepatah melayu.. sayangkan isteri tinggal tinggalkan tapi bak kata azwa, dek selalu tinggalkan isteri dia naik syok pula macam org bujang.. haru.. kes ni pun zar pernah jumpa jugak..

Anonymous said...

ghitewwww..

lupekanje said...

errr....okeh..tq dgn perkongsian ini... harap diambil jadikan panduan hidup utk semua pasangan2 yang melayari bahtera rumahtangga yang penuh dengan cabaran dan ujian.

Lee said...

Hello PB, selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh tabah dan kesyukuran.
Best regards, Lee.

Ummi said...

tersenyum ummi baca :)

McBudu said...

Hoah, tubik selalu...

KAMATO said...

lepas ni kena selalula tinggalkan isteri

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...