27 August, 2009

665









Ini lah rumah yang pB tuju kalau balik kota Baru. Ghumoh tok tuo (rumah mertua). Dulu masa mula mula kawin , rumah ni tak lah sebesar nie. Dulu cuma ada 3 bilik jer dan satu bilik air. Tapi sekarang dah tambah satu bilik dan satu lagi bilik air.

Tiap kali balik , kita orang mesti ada bilik. Tak pernah lagi lar tidur kat ruang tamu.






Ini pulak kawasan lapang yang biasa digunakan pada malam malam raya. Tempat anak anak pB dan sepupu sepapatnya bermain bunga api. Kdg kdg adik pB pun bawak anak anak dia , bermain bunga api disini. Dulu kat sini , mak mertua pB tanam pokok pisang dan juga pokok salak. Sekarang , tanah kosong jer.







Ini pulak hadapan rumah. Tempat anak anak bermain buaian dan lepak lepak.


15 comments:

aNIe said...

PB...rumah kalau ada kawasan best kan. Kat situlah anak2 dpt bermain...puas rasanya tgk diorang berlari2...especially kalau raya...memang meriah...

imanshah said...

Kami adik beradik 7 orang kalau balik serentak alamak takder bilik la..terpaks tidur di ruang tamu..isteri lagi, anak2 lagi..huhu tapi best sebab riuh rendah dan nampak meriah

ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ said...

balik kmpg ek???
huu...
layan je anak2 ngn suasana kmpung...bukan selalu...
besh...

xiiinam said...

pB;
ckLah ada 10 adik beradik. 11 menantu (opps..terlebih sudah), 40 cucu mak.....
kalau balik semua serentak memang macam mangsa Tsunami...ha..ha..

Tapi itu yang seronok kan...

MOKCIK AZWA said...

seronoknya bila berada dalam situasi kampung macam ni kan...rasa amannn jerr...

HappyIrfa said...

teringat umah ma kampung

e.l.i.s.s.m.i.e said...

syoknya..rindu plak nk balik kg pose2 ni..tahun lepas sebulan pose dumoh..syok abes..maklomlah pantang :)

TokNabe said...

Teringat ka'pung. Mungkin raya nanti baru boleh jenguk ka'pung.

zino said...

macam dah plan nak balik kampong je tu hehe

maiyah said...

alamak!.. nih yg haru ni bukan bleh tgk suasana kg huhuhu.. tringat kisah dolu2 masa kecik kg pun camtu, skrg dah tak gi tgk lagi, dah takde sapa huwaaaaa..

Zareda Norman said...

Kalau balik kg barulah anak anak puas berlari atas tanah.. halaman luas dan kejiranan pun ok.

zar kalau balik umah MIL pun memasing ada bilik sendiri.. ehheh tak kuasa ahkak nak tidur ruang tamu.. tapi kalau balik umah mak dan abah memasing berebut nak tidur ruang tamu dan buat havoc, sembang sampai ke pagi..

Kak Nora said...

Kalau saya di Kuantan, saya balik kampung saya di Melaka, rumah 'tua'. Kalau saya di Melaka, saya balik rumah saya, di Kuantan. Seronok balik kampung lagi.

Rohaniah said...

suka, suka....teringat pulak rumah tok wan kat Kampung Laut....lebih kurang mcm ni la huhuhu

OO said...

laaa, baru nok baco entry no 666...tapi tak dok...pah mano????

hazeleyed said...

Salam pB
memang bahagia rumah kampung atau rumah macam kampung...banyak ruang untuk bebaskan diri

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...