18 September, 2009

Hari ke 3 di Kampung

Semalam , pagi pagi lagi dah keluar ke bandar Kota Bharu. Jalan masih lagi lengang. Destinasi Cintaku , sebuah kedai yang menjual peralatan jahitan yang terletak di Jalan Temenggung.

Semasa di situ , pB berjumpa dengan seorang kawan lama. Last kami bertemu pada tahun 1989. Sekarang dah 2009 , hampir 20 tahun kami tak berjumpa. Alhamdulillah .....

Belah petang nya , kami berdua ke Stadium sekali lagi. Tak jumpa pulak percik perut ayam. Yang jumpa Mustapha Kamal bersama isteri dan anak anaknya. Memang putih melepak lar si Mustapha nie ...

Belah malamnya , kami ke Cabang Empat Cherang. Konon konon nak makan colek di Restoran Rohani. Tapi tak ada reseki , sebab sampai ke sut , kami tak jumpa pun kedai tu. Last last , makan jugak lah kat kedai yang juga menjual colek. Bila nak balik tu , baru nampak restoran tu. Hmmm... tak der reseki .. May be malam ni , nak ke sana lagi.

Pagi tadi , pagi pagi lagi lepas subuh , kami keluar lagi. Bawak si Arifah ke KBMC. Tiba tiba , dia diserang asma. Nasib baik , minor jer. Dapat lah ubat 'sor ja bir".

Esok hari last puasa. Esok ajalah pB letak kad raya dalam blog nie ...

Chow , nak bersiap siap nak keluar ke Wakaf Che Yeh pula. Nak cari kuih untuk berbuka. Menu petang ini ikan singgang , solok lada , ikan parang goreng , ikan cencaru belah belakang dan mungkin daging bakar (kalau jumpa larr kat pasar tu) ....

Selamat Berbuka Puasa semuaaaaaaaaaaaaaaa

6 comments:

TokNabe said...

puah jale doh dia kat kapong...
Ambo rayo kedua baru nak kelik..... planing awal kelik jumaat pospon... terpaksa.

MUNSYI ragbar said...

pb...
dgr kaba, KB la ni dah mula jem. Byk jale sehala tp org park juga kiri kanan jalan...

Nostalgia juga KB...pernah ke sana tahun lepas...

Maiyah said...

salam lebaran.. mesti sronok kat sana.. huhu.. jeles.. jeles.. :D

Maiyah said...
This comment has been removed by the author.
aza ni said...

selamat beraya pb

Pak Zawi said...

PB,
Selamat pulang beraya di Kelantan. Tolong sampaikan salam saya kepada Pok Su Li (Mertua PB kenalan baik Pak Zawi masa kerja kat KESEDAR).
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...