864

Khamis lepas , adik ipar pB ke Kuching untuk menghadiri satu mesyuarat dan seminar. Awal perancangannya , beliau akan pulang ke Semenanjung pada hari Isnin malam.

Pagi sabtu , adik pB bersama-sama anak anaknya datang kerumah pB. Mereka akan bermalam dirumah pB sehingga hari isnin tersebut. Isnin , NO SCHOOL untuk anak anak saudara pB.

Tengah hari ahad , suhu badan anak saudara pB yang no tiga sedikit hangat. Menurut adik pB , suhu badan anaknya itu kejab naik , kejab turun sejak di Muar lagi. Sudah diberi makan ubat. Kebetulan anak saudara pB yang nombor tiga ini , memang jenis aktif . Super aktif. Tak pernah duduk diam. Jadi , tidak lah nampak sangat ke'demam'an nya itu.

Petang ahad , adik pB berserta anak-anaknya dan juga dua anak pB ke Mid Valley. Menonton cerita "How 2 Trained Ur Naga". Sebelum keluar rumah , ubat demam telah diberi makan kepada Farhan , namanya.

Pulang dari Mid Valley , Farhan masih lagi aktif, namun demamnya tidak mahu kebah-kebah. K

Farhan tiba tiba muntah. Namun , dia masih lagi aktif bermain bersama-sama dengan anak anak pB. Dan kami sudah mula risau.

Keesokkannya , adik pB bawa anaknya ke Pusat Rawatan An Nur di Bangi. Di sana , Farhan diperiksa dan disyaki mengidap demam influenza. Dan dinasihatkan ke Ampang Puteri (kebetulan kakak pada adik ipar pB tu bertugas di sana).

Bergegas dari Bangi , mereka berdua ke Ampang Puteri. Ujian dilakukan kepada Farhan.

pB diberi tugas untuk mengambil adik ipar pB di KLIA pada petang isnin tersebut. Dari KLIA , kami berdua terus ke Ampang Puteri.

Dan malam tu , satu sejarah pB cipta. Memandu pulang sorang sorang dari Ampang ke Puchong pada jam 1045 malam. Tak pernah pernah dibuat pB. Terpaksa kerana kebetulan aBear out station ke Tampin pada hari itu.

Keesokkannya iaitu pada hari selasa , kami mendapat berita yang mengatakan Farhan disahkan mengidap H1N1.

Dan dua abang yang semasa itu berada di rumah pB , sudah mula batuk-batuk. Mereka juga dibawa ke Ampang Puteri untuk menjalani pemeriksaan.

Dan hari ini , kedua dua abang itu juga telah disahkan mengidap penyakit yang sama seperti adik bongsunya.

Berita petang tadi , alhamdulillah Farhan bertambah sihat . Abang no 2 sudah mula mendapat rawatan terhadap penyakit tersebut . Begitu juga dengan abang yang sulong . Adik pB juga telah mendapatkan suntikan vaksin untuk mencegah penyakit tersebut. Manakala adik ipar pB masih dalam pemerhatian , namun sehingga sekarang dia tidak menunjukkan dia mengalami apa apa sintom .

Yang tak berapa syiok , anak pB yang sulong , pulang dari sekolah tadi , mengadu sakit kepala dan suhu badan sedikit tinggi. Namun , setelah diberi ubat demam , suhu badannya telah pun sedikit turun. Sebentar tadi , pB monitor suhu badannya pun sudah kembali normal.

Doakan agar keluarga pB dijauhi dari penyakit ini.
Esok pagi , pB akan bawa Tok Ma ke Hospital PutraJaya . Temujanji dengan pakar klinikal berkenaan dengan ultrasound yang Tok Ma ambil pada jumaat lepas. Insyaallah , semuanya ok. Menurut kata pakar radiologi, benjolan yang dikhuatiri itu hanyalah benjolan air . Dan ianya boleh hilang bila bila masa.
Alhamdulillah.

Comments

Bapak said…
H1N1? bahaya tu...rasanya pB & anak2 patut buat check up..

anyway harap semua cepat sembuh cepat..
kakcikseroja said…
Sekarang ni, bila anak2 demam memang sangat2 merisaukan hati - apatah lagi bila disertai dengan batuk dan selsema.
Sally said…
Take a gud care of yourself n your family..
Pak Man laksam said…
Semoga semuanya dilindungi oleh Allah dari sebarang mara bahaya.
zue said…
mmg takut bila dgr H1N1 ni demam skrg bukan mcm dulu2 puye demam.

pb kena juga bawak anak tu gi klinik sbb dah ada kes anak buah pb kann.
HappyIrfa said…
semoga kakpb n family dijauhkan dari penyakit berbahaya itu
tasekM said…
masa h1n1 gelombang pertama dulu, sekolah MC tutup seminggu sbb ada kes. dan budak yg kena h1n1 tu duduk sebelah MC. punyalah aku risau...



.
xiiinam said…
Semoga selamat dari gangguan wabak.
Selamat hari pekerja...
Yunus Badawi said…
Semoga semuanya selamat.
zino said…
semuag semunya elamat.. satu keluarga perlu buat pemeriksaan tu..
risanur said…
semoga kak pB dan family dijauhi dari virus H1N1 ni...

Popular Posts