23 August, 2010

924

Salam semua


Hari ni dah masuk hari ke 13 kita berpuasa.
Masih penuh atau dah ronggak ??

Semalam , tetamu jauh datang bertandang @ berbuka di rumah.
Tetamu dari Bahrain.
Kira ini tetamu tetap tiap tiap tahun.

Biasanya kalau tetamu ni datang ke rumah , pB jamu mereka sekeluarga dengan nasi kerabu.
Tapi , memandang tahap kerajinan berada di tahap paling paling maksima , so menu tahun ni berubah.

Menu semalam , asam pedas ikan kembung + ikan cencaru , kerang rebus bersambal , sambal ikan bilis , udang goreng kunyit dan juga sayur. Alhamdulillah , tetamu hadir membawa reseki. 2 ekor ayam bakar.

Yang seronok , pB dapat nougat dari sana. Sekilo tu. Memang boleh buat beraya.

Alhamdulillah.


Petang ni , rasanya pB nak masak gulai lemak ikan kembung @ tenggiri. Goreng ayam berempah. Buat popia dan roti sardin. Cukuplah untuk kami sekeluarga.

15 comments:

kakcik said...

Salam pB..

wah.. kakcik lebih terliuar dengan nasi kerabu. Petang ni nak pergi cari la.. dah kecur air liur ni bila pB tulis tentang nasi kerabu. :)

Tie said...

Ish.. susah nak imagine asam pedas ikan kembung+cencaru dan kerang rebus bersambal tu. Lain kali tepeklah gambor. Kita ni suka benor tengok gambor-gambor..

pB said...



TIE -> Tak sempat nak ambil gambar semalam. Lengkali pB akan cuba... he he he




KAKCHIK -> Biasanya tiap tiap bulan puasa, mesti buat nasi kerabu nie. Tapi , tahun nie , tak ada pembantu. Biasa mak yang tolong , tapi tahun ni mak sibuk ke masjid.

achik said...

stakat ni masih penuh.. ;)

Yunus Badawi said...

terer pB buat nasi kerabu. Boleh berniaga ni.

hazila said...

Salam,
rajinnya pB, sempat lagi buat semua tu.

Ibu n Abah said...

pB...
mulanya ingatkan tempe... ghupenye nougat...
tapi rasanya dah dapat idea nak masak apa bila nampak nougat...
goreng tempe....

aNIe said...

PB...sedapnya nougat...akak suka...!!

DrSinga said...

manis sangat nugat tu...
jangan makan banyak2..
:)

ckLah@xiiinam said...

Selamat berbuka.
Jam 7:13 sekarang.

Zaitun said...

Kak Zai suka naugat ni tapi susah cari kat M'sia,kalau yang sama macam kak Zai biasa makanlah.

izman said...

kali pertama tau dan tengok gambar nougat ni. camaner rasa nie?

Uncle Lee said...

Hello PB, love these nougats. Good too for noisy children...ha ha. Masuk mulut cannot talk anymore, ha ha.
Have a nice day, Lee.

umeboshi said...

salam k.pb!!!
nougat? sedap tu!!!!

Kak Azzah8 said...

Pp datang rumah ke?

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...