20 September, 2010

930

Dah masuk hari ke sebelas di bulan Syawal.
Tahniah kepada yang dah mula puasa enam.
Yang masih belum mula , boleh ler mula sekarang.

Cerita pasal raya , macam dah basi jer.
Tapi , pB nak coret jugak.
Bukan apa , leh buat kenangan nanti.

Kita orang balik ke KB hari Isnin pagi.
Bertolak dari rumah jam 5 pagi.
Sampai di rumah P.I.L jam 12 tengah hari.
Sepanjang perjalanan , Tok Ma tak sihat.
Demam.

Adik bawa Tok Ma ke Perdana Medical Centre.
Check darah. Cfm demam denggi.
Dari PMC , Tok Ma nak ke HBKB.
Terus warded di Wad Kecemasan.

Dua malam, Tok Ma di HBKB.
Mujur , pada hari rabu , Tok Ma dibenarkan pulang.
Kalau tidak , beraya di wad lah , jawabnya.

Itu bab Tok Ma. Tak masuk bab anak lagi.
My first and second pun demam jugak.
Bawak they all check darah jugak.

Yang sulung , senang , sekali cucuk jer terus dapat.
Tapi yang no dua tu , TUJUH kali cucuk , baru dapat .
Ini kes terlampau kurang air dalam badan hingga urat tak timbul.
Syukur darah ok.
Tapi yang no dua tu , kena jugak masuk air.

Sebelum raya , sempat merendek ke Rantau Panjang.
Dah berzaman tak kesana.
Beli jugaklah sehelai jubah.
Dan baju tidur untuk anak dara yang no 3 dan no 4 tu.

Raya ok jer.
Macam biasa , solat hari raya di masjid.
Bergambar .
Makan makan hingga kenyang.

Raya ke empat , kita orang ke Kuala Trengganu.
Empat kereta semuanya.
Tujuan pB ialah nak menziarahi nenek tiri yang sakit.
Berjumpa mata jugaklah dengan mak sedara dan pak sedara di sana.

Manakala adik adik aBear pula nak berjalan jalan di KT.
Rancangan asal mereka nak melawat Masjid Kristal , shopping di Pasar Payang , beli keropok
di Kampung Losong dan juga bergambar di Pantai Batu Buruk.
Tapi semua itu tinggal rancangan.
One of the car breakdown kat Bandar KT.
Berpaksa tolak bagai.

Sebelum balik KL , sempat lah naik Pasar Siti Khatijah.
Naik Tingkat 1 jer.
Tingkat 2 yang jual jual kain tudung bagai tak naik pun.

Khamis pagi bertolak pulang.
Keluar rumah jam 730 pagi.
Singgah open house kat Shah Alam jam 230 petang.
Jam 430 petang , selamat sampai di rumah.

The End ...

9 comments:

makdara TERDIVA said...

MDT baru stat puasa arin..harap2 bole tahan smpai ke ptg..haha!

raya kali ni byk org yg sakit..termasuklah anak2 MDT

MOKCIK AZWA said...

PB..awat tak calling2 mokcik...huhuhu

achik said...

xde gambar ke kak? ;)

Tie said...

Tie pulak belum dapat pulang beraya ke rumah mentua di selising. Ingat lepas upsr nanti nak zoom ke sana. Kesian gak orang tua tu...

relevan said...

Selamat berpuasa nam pula..

Ordinary Superhero said...

Memang musim demae. Raya ambo pong dalae demae belako...dari anok jaate 3 orghe denga ayoh & mok dioa sekali.

Mak Su said...

sabor jer lah pb, dah tiba time tak sihat, main berganti2 plaks. tapi yg penting kita tenang and cool :)

pB said...



MAKSU -> Biasanya gitulah kan. Kalau sorang demam , lepas tu ada aja yg mengikut.




O.S.H -> Banyok makae buoh duku , kor ?

pB said...



RELEVAN -> Rasa nyer tahun ni tak buat puasa nam.... hu hu hu





TIE -> Kena gie tu , walaupun singgoh semeta.




ACHIK -> Hi hi , mood upload gambar belum maiiiii




AZWA -> Luper lerrrr. Kalut sakan masa tu.




MDT -> Cuaca tak menentu , tu yang buat ramai tak sihat.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...