1123

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:


Sekiranya seseorang kamu duduk di atas bara api yang membakar pakaiannya dan menyentuh dan menghanguskan kulitnya, lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’i, dan Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad


-Menurut al-Imam al-San’ani pula:

 “Di antara perkara yang menyakiti dan mengganggu mayat ialah duduk di atas kuburnya”

  Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata bahawa sanadnya sahih, iaitu hadis daripada Amru bin Hazm al-Ansari bahawa beliau berkata:

Rasulullah s.a.w melihat aku duduk di atas kubur, lalu Baginda bersabda: “Jangan kamu ganggu dan sakiti penghuni kubur ini"


Petikan di atas di ambil @ dicopy paste  dari http://clutzgallery.com/blog/?p=279


************************************************************************

Adab-adab menziarahi kubur ialah:




1. Berpakaian kemas, menutup aurat dan sesuai





2. Memberi salam kepada ahli kubur dgn ucapan ” Assalamua’laikum ya ahlil kubur..”



3. Membaca ayat1 suci alquran (memadai alfatihah atau surah AlIkhlas) atau bertahlil



4. tidak melangkah di atas kubur




5. tidak bermain-main atau berlari (khusus kpd anak2 kecil)



6. tidak berbual-bual kosong




7. menjaga persekitaran tanah perkuburan



Ini pula dicopy paste dari http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com/2011/06/12/adab-menziarahi-kubur/

*****************************************************************


Setiap dari kita , akan mati.
Dan kuburlah tempat kita akan berada , menunggu hari pembicaraan ....

Comments

Yunus Badawi said…
Terima kasih berkongsi ilmu.
KhaiRin - anies said…
sy pelik, ada yg fhm hal2 mcm ni tp masih melakukannya bla menziarahi kubur
Kunang-Kunang said…
Assalamulaikum pB,

Bila ke kubur fenomena nilah yang selalu akak nampak.

Tapi tak beranilah nak berkata apa-apa, nanti tak pasal kita kena.

Mudah2an ramai yang lebih faham. Terima kasih pB, N3 yang sangat berguna untuk kita semua ni.
kakcik said…
Tanah perkuburan sangat padat sekarang, mungkin sukar untuk mengelak dari melangkah, tapi tidak salah kita cuba sedaya upaya, kan? :)
[PCL] said…
rasa hormat kita walau pd mereka yg sudah tiada..terima kasih berkongsi.
ibundo said…
Salam Pb, Satu hari nanti kita betul2 akan ke sana bukan setakat menziarahi...
Takut...

Popular Posts