17 October, 2012

1203

Menaip entry ini sambil mendengar lagu Pompa Benzin.
Suka sangat sangat lagu ini ...




Dah dah dah ...
Stop semua jiwang jiwang nie.
Ada tugas yang lebih penting dari nak merapu rapu nie.

Meh sini nak sambung semula kisah yang dah terbengkalai sebegitu lama.
Punyalah susah nak ambik mmmoooodddd menulis nie.
Sampai dah lupa , tang mana pB berhenti hari tu .
Jab ... nak baca semula apa yang pB tulis hari tu.
Kah kah kah .....


Ok, ok ... sambung kisah dari Pasar Kubang Pasu.
Selesai beli kuih muih , pB dan Kak Lang ke Pulai Chondong.
Sekolah lama Kak Lang.
Sekolah Menengah Agama Syamsul Maarif (Perempuan) .
Yup sekolah ni , semua studentnya perempuan sahajaaaa.

Perjalanan yang sepatutnya tidak lama terasa begitu lambat.
Mana tak lambatnya , kalau pB terpaksa memandu dengan kelajuan sebegini.



Hambik engkou .... dan dan tu juga pB rasa tekanan darah pB naik.

(Kawe stress weh kalu balik koto bharu keno bowok kreto.)

Punyalah slow .... Nak memotong tak boleh sebab jalan tak seluas jalan kat Selangor ni.
Padahal kan , masa ni , time orang sibuk masuk pejabat...
Argghhhhhh ......

Inilah sebenar nya sebab musabab kita orang balik KB dengan mengejut.
Mengejut sebab tiba tiba buat keputusan utk ikut aBear balik.
aBear balik pulak sebab ada kerja survey kat Stesen TV3 kat Peringat.
Dan kerja survey tu cuma ambil masa separuh hari sahaja.

Sebab nak selesaikan semua urusan pertukaran sekolah Kak Lang.
Padahal Kak Lang dah keluar dari sekolah tu sejak bulan enam lagi.

Sampai di sekolah dalam jam 930 pagi , kalau tak silap.
Selesai semua urusan pada jam 1 tengah hari.
Begitu lama , sebab kebetulan kelas lama kak lang ada jamuan kelas (akhir tahun).
Pelik sikit sekolah ni  , jamuan akhir tahun dibuat sebelum peperiksaan.
Satu hari , dua kelas akan menganjurkan jamuan..
The reason was , baru semua cikgu-cikgu dapat merasa semua makanan dan
minuman yang sediakan.
Kalau dibuat serentak , tak sempat pulak nak rasa.
Macam-macam , kan ....

Dalam dok tunggu , hilangkan boring , pB ambik gambar ini.





Ini adalah jumlah mata pelajaran yang diambil oleh pelajar-pelajar di Sekolah Agama yang berada dibawah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Banyak tul subjeknya ...
Dan kebanyakan matapelajaran agama  ini menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantaranya.



Yang tudung kaler pink tu lar Kak Lang.
Lawa macam mak dia ...
Kah kah kah ...perasan tul .....



Di sekolah baru ni , Kak Lang tidak diberi kemudahan pinjaman buku teks. Sebab semua pelajar kena beli. Dah nak nak cuti sekolah ni , malaslah pB nak beli. Membazir , lagipun duit pun bukan berkepuk-kepuk dalam bag. Sib baiklah , dengan budi bicara , cikgu kat sekolah lama ni bagi pinjam.
Janji hantar bila cuti nanti.
Baik kan , baik kan cikgu cikgu kat situ ....

Dari sekolah singgah kejab kat Pasar Pulai Chondong ni. Beli asam keping @ asam gelugur. Macam lar kar Puchong tak ada jual. Teruk tul pB nie.

Ingat dari P.C nak terus ke Pasar Siti Khatijah. Tapi tak sempat nak sampai , budak budak yang kat umah mertua dah call. Adam dah meragam. Dok cari pB. Maka-nya dari Ketereh tu terus masuk jalan dalam tuju rumah mertua kat Kg Salor. Ambik semua anak anak , angkut ke Kota Bharu.

Dari Salor , we all tuju ke satu tempat yang sangat sangat special , terutama sekali buat pB. Mesti pergi walaupun sekejab. Entry pasal special place ni , akan pB ceritakan .






From that special place , we all ke Restoran Hover. Masakan yang wajib dibeli di sini ialah daging masak kerutuk. Wajib beli bila tiap kali balik. Dibeli untuk dibawa pulang ke Puchong. Kalau dulu , harga seketul daging hanya RM2.00 , sekarang dah naik dah . Seketul RM3.50

Dari situ , terus ke Pasar Siti Khatijah. Kita makaaaan dulu nyer anak - anak. Kali ni kita makan mee hoon sup perut dan juga mee hoon sup ayam. Memang superb. Memang kaw-kaw lah. Harga semangkuk RM5.00 (berbaloi-baloi sebab isinya banyak).


Selesai shopping apa yang patut, terus balik . Opppsss... ada singgah lagi lar. Singgah kedai roti pulak. Memang sah kemaruk makan makanan dari KB jer nie. Beli roti , macam tiada roti kat Puchong.

Petang tu , kemas - kemas barang . Jam 6 petang , terus bertolak balik ke KL.... Sampai rumah jam 130 pagi . Jam 800 pagi , hari khamis , masuk kerja. Anak-anak pun semuanya ke sekolah.

Tak pernah pernah dibuat trip begini ingat - ingat pB . Petang Selasa , bertolak balik KB. Sampai KB jam 230 pagi hari Rabu . Dan bertolak pulang ke KL pada petang Rabu. Sampai Puchong , jam 130 pagi hari Khamis.



Sejarah tuuuuuuuuuuuuuu .....

31 comments:

Anonymous said...

Lagu itu ditujukan untuk 'BH'?

Ibu n Abah said...

BIla baca macam ni sebab pB bagitau apa yg best nak makan di sana.. teringin pulak nak pergi... suami ada ajak tapi tak bg jawapan lagi.... selain dari menyopping kain batik dan makan-makan... tenkiu pB..

Dr K said...

Restoren Hover tu macam pernah saya baca di internet, memang glamour kan di KB? Nanti nak google ..lain kali kalau ada rezeki ke KB, saya nak singgah..

50 subjek?? Kena belajar & ambil exam semua subjek tu ke?

Unknown said...

sedap nyorr sup perut tuh... balik rayo ni nok g make

KakNi said...

memang sakan travel

azieazah said...

Bab makan tu yang tak tahan tuuu

insan marhaen said...

Macam IM juga hingga ada yang menghon di belakang. mana taknya, kalau terlaju sikit, ada ketam menjalar kat peha.

pB said...

BH ??


Best Husband ?
Best Hubby ?

pB said...

Salam Akak

banyak tempat makan yang sedap-sedap.
Tapi kena cari sikit....

Pergilah...
Kalau ada masalah nak cari tempat makan , akak boleh call pB.
Nombor pB ada'kan pada akak ...

pB said...

Memang restoran tu femes kat KB.
Selain dari Hover, Restoran Othman Larin pun menjual Nasi Sumatera.

Bukanlah belajar sampai 50 subjek.
Tapikan , Kak Lang memang belajar 15 subjek .

pB said...

Keno balik sebelum rayolah ....


Lamo kor cuti ??

pB said...

Seronok jugak , tau

Tapi letih lar sikit.

pB said...

Itu baru balik sehari semalam.

kalau balik seminggu , tak tahulah

pB said...

Macam IM , tak apa .

Ini ...
bukan ada passenger lain pun ...

Mulan said...

lamanya tak ke sana....

Kakzakie Purvit said...

Oh... anak pB sama anak kakak ambil aliran agama. Anak kakak di Maahad Pontian pun sama juga banyak subjek ada tapi utk peperiksaan sekarang dah tak boleh ambil lebih-lebih kena ikut arahan "KERAJAAN"- apa nak buat

JR said...

Kali terakhir ke Kelantan 4 tahun lepas...lamanya!!

wakgelas said...

wak pon penah gi KB yg selalu jem tuuu.. uuuHuuu

Unknown said...

PB,

'Saya suka ayat ini' PB itu saya framekan masa muda-muda dahulu.
Bila dah tua dan melihat frame itu di rumah keluarga di kampung malu pula rasanya dengan isteri dan anak-anak.He..he

Neeza Shahril said...

Lamonyo tok kelik klate... apa2 pun.. tahniah klantam.. menang 3-2 hehee..

Nur-nba said...

Jauhnya perjalanan akak.. Nur tak pernah jejak negeri Kelantan..

DrSam said...

Perjalanan yang epik. Tapi pasti penuh kenangan. Lihat kepada senarai matapelajaran memang boleh pengsan kalau kena ambil semua.

makchaq said...

Penat tu pi kelantan balik hari..

Pejar2 sekolah agama ni walaupun banyak subjek yg depa belajar, tapi memang bagus keputusannya.. kebanyakkannya A.

jeBateja said...

wahhhhh....den lama tak poei kelantan...paling last 1987....ahakz

Unknown said...

hebatnya!!

x penat eh

malyna Jury said...

mmg takde makanan sesedap di kelantan...
rinduuu kelantan..

InaAchik said...

saya ni namo jah oghe klate tapi blk setahun skali musim raya jer. mana sempat nak ntawaf jenjalan klate. teringinnya nk jln2 make2 kat klate.tang sup perut tu terus telan air liur laju2... huhuu...

Maiyah said...

thun 2004 sy ada kat klate.. bila lg nk pegi ntah

Eliss said...

cuti marathon namanya ni :) hebat sungguh :)

MOKCIK AZWA said...

PB,

Salam..suker ayat.."lawa macam mak dia" hahaha..memang sungguh pun hehehe

Memang travel giler2 la tu baru sampai pagi, malamnya balik ehehehe..anak sulung azwa masa puasa lepas ada buat camtu, semata2 sebab nak tengok umi ngan adik baru dia. Datang KL naik bas, sampai jam 6 pagi. Malam tu balik KT semula naik bas jam 10 malam, esok pagi sampai KT..penat tapi berbaloi sebab tercapai apa yang dilakukan kan.

Dah lama tak ke KB, tiba2 teringin nak ke sana la pulak hehehe

Irfa said...

x tahu tpt makan mana yg sedap kat kb.
maklumlah..kg jauh dr kb.hehe

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...