Petang Selasa tu , keluar awal dari pejabat.
Sampai umah mengemas apa yang patut.
Tunggu anak no dua balik dari sekolah.
Dah bagitau suruh balik awal , tapi dia balik lambat gak.
Last-last , kul enam petang gak baru boleh bertolak keluar dari P.Perdana.
Perjalanan agak semput semput sedikit semasa berada dalam kawasan KL.
(Lalu PLUS , keluar Jalan Duta , masuk DUKE).
Nak keluar DUKE kat area Gombak pun , jem jugak.
Biasalah time orang balik dari pejabat.
Highway Karak , smooth like criminal.
Berhenti solat di Masjid Bentung (Jamak dan Qasar).
Cantik sungguh masjid besar nie.
Beruntung orang Bentung.
Keluar dari area Bentung , terus cari restoran untuk makan malam.
Terjumpa Restoran Lemang.
Memang cantik kawasan restoran ini. Pandai owner ni renovate . Selesa dan menyenangkan. pB suka tengok lantai yang bercorak-corak (bukan mozak pun ).
Tapi yang kurang seronok , servis nya perlahan. Hampir sejam baru kami mendapat makanan. Kata mereka , tukang masak hanya seorang pada malam tu, Nasib baik , semua makanan yang kami pesan tu sedap . aBear order lemang , ayam rendang nya superb , beb .
Kami selamat sampai tepat tepat jam 2 pagi. Sempat lah lelap buat seketika sebelum subuh menjelma.
Jam 7 pagi , pB dah bersiap - siap nak keluar. aBear masih lagi dok berlengkar lagi. Letih memandu masih lagi tidak hilang. Cepat - cepat suruh Siti Nur Arifah bersiap . Sebab kami berdua perlu ke sekolah lama S.N.Arifah untuk menguruskan hal perpindahan sekolah (padahal bulan enam lagi dah pindah).
Mula-mula tu ingat nak terus ke Pulai Chondong , tapi last minit tukar plan . Kami ke Pasar Kubang Pasu dahulu. Cari kuih muih dan apa sahaja yang boleh dibeli.
Bila tang gambar makanan , kita bagi besor sikit nyer.
Beli beras nasi dagang , beli rempah kuzi dan rempah kerutuk , beli asam keping , beli lengkuas , beli kunyit , beli nasi tumpang , beli pulut dakap , beli pulut lepa dan last beli nasi berlauk ikan tongkol dan makan di situ jugak ... (sambil nak habiskan masa menunggu pulut dakap tu sampai , sebenarnya).
Rela tunggu sebab tahu anak anak suka makan pulut dakap tu.
Antara kuih muih yang dijual di Pasar Kubang Pasu nie. Pasar ni tak ramai orang luar yang mengetahui kewujudannya. Kebanyakkan pembeli adalah anak jati Kota Bharu. Dan biasanya pasar ini akan penuh bila dua tiga hari selepas raya. Penuh dengan orang KB yang bekerja di luar Kelantan.
Selesai urusan di sini , terus kami ke Pulai Chondong.
Dan cerita bersambung esok , sebab pB nak balik dulu ...
15 comments:
pB...
buat pembaca macam RTK ni... bagilah gambar pulut dakap...
nama tu unik...
akak tunggu sambungannya...
haish... geram betul tengok gambar makanan tu, sib baik dah kenyang ni makan dinner, kalau tak mesti dah tangkap leleh tu... cer sambung citer ni pb....
terliurnya pulut dakap tuuuu..arggghhhh
nasi tumpang x pernah makan :p boleh gitu ? hehehe
adui..terliur tgk semua makanan ni ;)
Mau meroyan saya kalu ada kat area tu...
aduhhh..gambar makanan semua sedap2 pulak tu. tapi yang bungkus daun pisang tajam2 tu apa ye kuihnya tu? hehehhe.. sedapnya. kalo nama makanan semua pon sedap, ye tak?
malaysia ini memang mewah dengan makanan..
amboi..byknya pilihan...rambang mata dibuatnya...pas tu saja tang gambar food, besar2 ye...ekekek...
Masalah bila balik kampung, antaranya ialah makanan apa nak ngap...sebab banyak sangat jadi rambang mata...
hai pb!!!!
windu sama kamuk!!!
Arwah moyang uncle dikebumikan kat pulai chondong...
Makchaq memang suka makanan pantai timur buat sarapan... Macam2 pilihan
Setiap x raya, mesti ke Pulai Condong, adik angkat MIL yg baik sgt orgnya.
Pb...mana entry sd2....ada perubahan tak?
Hemmmm....Kelantan...taksah kalau tak update kuih muih, sedap belako.
Kak pb, meleleh air liur adesss
Aik, pulai Chondong? siapa yg asal pulai chondong? kampung mak mertua saya tu..
Post a Comment