"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
09 November, 2012
ENTRY YANG PALING PAYAH pB HENDAK SUDAHKAN
Hmmmm ......
Masa tidak pernah menunggu kita.
Semua orang berada di dalam kerugian kecuali 2 golongan.
Semua sudah tahu , kan ...
Kalau tahun-tahun sebelum ini , pB seronok apabila tiba nya bulan Oktober.
Kerana bulan ini adalah bulan kelahiran pB.
Namun , semenjak kematian ayah pB pada bulan Oktober tahun lepas ,
semua ini sudah tidak ada kemanisannya.
Pada 23 Zulkaedah bersamaan 20hb Oktober 2011 , ayah pB pergi meninggalkan
kami sekeluarga.
Perginya secara mengejut. Mengejutkan kepada semua yang mengenali diri arwah.
Sebelum ini , pB tidak mempunyai kekuatan untuk menulis peristiwa sedih itu.
Untuk membayangkan kembali segala sorotan kejadian tersebut , juga pB tidak terdaya.
Namun , pada hari ini , pB gagahi juga . Entry ini adalah khas untuk ayah pB yang tidak pernah
satu hari pun lekang dari ingatan pB ....
Arwah ayah jarang sakit. Namun , kalau sekali diuji dengan kesakitan , ayah memang akan 'flat'.
Dan seingat pB , arwah ayah memang jaranglah demam atau pun batuk selsema. Namun begitu , ayah mempunyai kulit yang sensitif. Sensitif di celah-celah kakinya. Orang tua-tua kata "makae di air".
Sudah menjadi kebiasaan arwah ayah , kalau dihujung minggu dia akan membawa anak pB -Kak Lang yang pada ketika itu sedang bersekolah di sana keluar untuk membeli belah dan makan makan.
Petang Sabtu/15hb , tiba-tiba datang keinginan untuk bercakap dengan K.Lang. Bila ditanya berada di mana , K.Lang memberitahu bahawa mereka berdua berada di kedai kepunyaan mak saudara pB.
"Kenapa dok kat situ?"
"Tok Ayah sakit dada".
Time ni , pB dah panik dah. Dan tiba-tiba jer terlintas gambaran seperti kematian berlaku didepan mata pB.
Terus pB suruh Kak Lang ke klinik (kebetulan Klinik Harun) bersebelahan dengan kedai mak saudara pB tu. Kalau ikutkan hati , pB nak jer suruh Kak Lang terjah masuk bilik konsultasi , dengar apa yang doktor tu beritahu pada ayah. Tapi masa Kak Lang sampai , ayah sudah pun menunggu dikaunter untuk mengambil ubat.
Ayah kata " tak ada apa - apa. Mungkin angin jer. Tersalah makan , barangkali. Makan ubat , oklah ."
Bila ditanya tentang kandungan gula dalam darah dan tekanan darah , 'semuanya ok'.
Bila pB beritahu yang pB akan belikan Tok Ma tiket supaya Tok Ma pulang dengan segera untuk menjaganya , arwah ayah berkeras tidak benarkan.
Katanya " nanti 2hb , Ma dah nak balik dah".
Esoknya , bila call ' dah sihat dah , sakit dah hilang'.
pB ingat lagi , tengah hari selasa , pB call ayah ... Masa tu dia tengah makan , kalau tak silap. Dan dia masih memberitahu yang semuanya dah kembali normal.
Rabu petang , adik pB call ayah ... dua kali kerana urusan haji . Dalam perbualan dengan adik , he's looking forward to see all of us raya haji ni (masa tu , cuma tinggal dua minggu nak raya). Kali terakhir kita orang berjumpa ialah pada raya puasa tahun tersebut. Adik siap ajak arwah ayah main badminton sama-sama. Ayah cakap no problem , nanti dia book mana mana gelanggang badminton.
Dan malam tu , Tok Ma pun bercakap dengan arwah ayah. Siap boleh mintak mintak maaf lagi tu. Cuma pB jer yang tak call ayah malam tu. Teringin sangat nak call , memang ada niat nak call pun , tapi entah macam mana boleh tertidur awal pulak malam tu. (Perkara yang pB kesalkan hingga ke hari ini, sebenarnya).
Kebetulan pada minggu tu , pB berkursus di Jalan Semarak. Pagi tu , aBear hantar dengan motor. Masa dok sarapan tu , memang teringat-ingat pada ayah.
Dalam jam 1030 pagi , pB dapat panggilan kecemasan dari pejabat ayah. Kerani dia yang call ....
"Kak ... Tuan Haji , Tuan Haji .... tenat , Kak ....". Menangis menangis dah budak Rohaya (nama nya).
(ayat yang pB akan ingat hingga ke akhir hayat pB).
pB rasa masa tu seluruh anggota tubuh badan pB 'shutdown'. Luruh jantung. Air mata mengalir dengan lajunya ... Hilang sudah perasaan malu ketika itu .....
Call aBear ... sib baik masa tu dia tidak berada jauh dari tempat pB berkursus.
pB terus call adik .... Suara adik sudah kedengaran lain sekali. Kedengaran nada kesedihan yang amat sangat di dalam tonasinya .... Call Tok Ma .... Call sekali lagi kerani ayah
"Ambulance on the way , kak .... Tuan Haji ... Tuan Haji ....."
Call adik lagi ... minta dia carikan tiket kapalterbang yang paling awal yang avalaible pada hari tu. Tak kiralah Mas mahupun Air Asia.
pB masih ingat lagi ... ketika membonceng motosikal , pB call adik bertanyakan dengan status terkini ayah. Dalam fikiran terbayang bayang satu imej seakan - akan kami sekeluarga akan melawat ayah di hospital apabila sampai ke KB nanti.
"Kak Da , lagu lagu mano pun , keno carik jugok tiket balik hari ni jugok... Gie tengok dulu kat Air Asia Service centre tu ... kito tengok hok mano hok paling cepat "
"Bakpo ... bakpo Ame ????????" ...
pB , masa ni dah cuak dah .... Dan dengan sendirinya pB mengerti. Ayah telah pergi meninggalkan kami semua....(Masa terima berita ni , masih lagi membonceng dengan aBear).
pB tepuk tepuk belakang aBear ...
'ayoh tak dok doh....'
'ayoh tak dok doh....'
'dok molek molek ... mano kan dengan kito kito tok selamat '.... kata aBear.
Singgah AA Service Centre di hadapan IOI Mall. Flight jam 430 petang. Terlalu lewat. Akhirnya adik beli tiket MAS yang akan terbang pada jam 300 petang.
Penulisan berhenti ....
Disambung semula pada 31/10/2012.
Sampai di rumah , Tok Ma sedang menunggu ... Berpeluk-pelukkan diantara sama lain. Perlu mengemas pakaian. Tapi , once duduk depan almari , pB tak tahu apa yang perlu pB kemaskan. Melihat ke dalam almari dengan pandangan yang kosong .... Hanya Allah merasakan betapa sakitnya hati pB diwaktu itu.
Pedihnya terseperti hati ini ditikam bertubi tubi , dan disimbah pula dengan air garam. Begitulah rasanya.
Yang pulang dengan flight , cuma pB, Tok Ma , adik pB dan Adam Faris. aBear dan anak anak mengusul kemudian dengan kenderaan sendiri. Isteri adik dan anak anak menaiki flight malam ... (tak sempat nak ikut sebab semasa kejadian , isteri adik berada di Batu Pahat, kalau tak silap).
Di KLIA , masing masing berdiam diri ... termenung sambil cuba untuk memahami apa yang sudah berlaku. Mulut Tok Ma kumat kumit , membaca ayat ayat suci al-quran disedekahkan kepada arwah ayah . Begitu juga dengan pB. Membaca apa sahaja ayat al-quran yang terlintas di fikiran di kala itu.
Tibanya kami di Lapangan Terbang Sultan Ismail , disambut oleh sepupu lelaki pB (abang kepada adik ipar pB). Keluar sahaja dari pintu keluar airport , terus terpandang kereta waja kepunyaan ayah. Dan pada masa itu , tanpa menghiraukan orang di keliling , pB terus menangis tersedu - sedu sambil berkata "kereta ayah , kereta ayah , kereta ayah ".
Dan apabila sepupu membuka bonet kereta , sekali lagi pB tewas ..... kelihatan barang-barang arwah ayah di dalamnya ....
Masyallahhhhhh .... hati pB terus dirobek robek dengan kelukaan yang amat dalam....
Apabila sampai di rumah mak saudara pB , dimana jenazah ayah telah dibawa dari Pengkalan Chepa ke situ , kelihatan sanak saudara sedang menunggu ....
Dan apabila pB melangkah masuk dan terlihatlah sekujur tubuh di tengah tengah ruang tamu , pB seakan akan sekali lagi berada di alam lain ..... Dalam hati terdetik .... selalunya aku tengok adegan ini didalam tv , tapi kali ini , ianya benar - benar berlaku di dalam hidup ku ......
Kak Lang sudah pun menunggu ketika pB sampai .... Antara anak anak pB , dialah yang paling terasa akan kehilangan tok ayah ... kerana selama setahun ini , dia yang banyak menghabiskan masa bersama sama arwah.
Alhamdulillah , urusan memandikan dan mengapankan jenayah tok ayah dapat dilaksanakan dengan cepat dan sempurna. Adik lelaki pB memandikan jenazah.(pada hari biasa - biasa , air pili perlahan sahaja mengalir , namun , sebaliknya berlaku semasa proses mandi jenazah).
Selesai kapan , kami semua diberi peluang untuk mencium arwah. Pada masa itu , pB masih lagi merasakan apa yang berlaku ini hanya dalam mimpi. Acap kali pB berharap , agar pB akan bangun dan sedar dari mimpi ini). Tapi ini semua adalah kenyataan.
Imam Besar Masjid Naim yang menjadi imam semasa solat jenazah. Dalam pukul 6 lebih jenazah dibawa keluar dari rumah menuju ke kawasan perkuburan. Tok Ayah disemadikan di Tanah Perkuburan Banggol. Kesemua ahli keluarga tok ayah dikebumikan disini. (Kami yang wanita tidak ikut , hanya lelaki sahaja yang dibenarkan pergi).
aBear serta anak anak sampai dalam pukul 9 malam , kalau tak silap pB. Masa tu , majlis tahlil sedang diadakan. Majlis tahlil diadakan selama 3 malam berturut-turut.
Tiga hari selepas pemergian tok ayah , kami ke rumah sewanya. Tempat di mana dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kami bersyukur sangat sangat kerana semasa perginya , ramai berada dikelilingnya. Walaupun mereka itu bukan sanak saudara kami , namun mereka menganggap tok ayah seperti saudara sendiri. Arwah ayah rapat dengan tuan rumah tu sebenarnya.
Menurut kata kerani ayah , pagi tu selepas arwah pulang dari meronda , arwah telah menyuruh kerani nya pulang ... "Balik lah ... tuan aji bagi Aya cuti hari nie". Namun keraninya enggan pulang "Banyak lagi kerja ni , tuan aji". Namun arwah tetap memaksa keraninya pulang (rumah kerani tu belakang rumah arwah jer).
Sebelum pulang , kerani arwah sempat meninggalkan pesan kepada abang nya yang berniaga disebelah rumah arwah ..."Tolong dengar-dengar ... tok aji tu nampak tak berapa sihat"
Selang beberapa minit ... kedengaran benda jatuh ... Bergegas abang kerani tu berlari kerumah arwah ayah. Kebetulan pintu belakang tidak dikunci (biasanya arwah ayah akan mengunci pintu belakang)... Arwah ayah masa tu , kelihatan hendak jatuh ... sempat dipegang dan dipanggu oleh abang kerani arwah ayah.
Abang Aya @ kerani terus memanggil ibu bapa nya, abang-abang dan juga aya (kebetulan semuanya pada hari tersebut bercuti atau pun bercadang hendak ke tempat kerja lewat) ... Alhamdulillah , ayah kepada Aya sempat mengajar arwah mengucap dan arwah ayah sempat mengucapkan kalimah La illa ha illah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Sehingga ke hari ini , pB amat amat merindui arwah ayah pB ...
Semoga roh ayah berada digolongan orang orang yang mendapat syurga Allah di akhirat nanti.
Alfatihah .....
Dua minggu ... baru siap entry ini ....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
29 comments:
al-fatihah... teringat arwah ayah kita jgk..
Al fatihah, sedih saya baca.
al fatihah
Al Fatihah..semoga roh arwah tenang di sana. menitis air mata azwa membaca seperti lajunya titisan hujan di luar sana. sedihnya...
AL FATIHAH..
AL FATIHAH, SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA ROH ORANG2 YANG SOLEH..AMIN
Sedih betul den baca entry ni...berkaca2 air mata den...den ada ayah lagik...tak taw lah sanggup ke idak menghadapi mcm ni...
salam takziah pB..
semoga arwah ditempatkn dikalangan mereka yg beriman, amin..
saya pun dh lalui perkara yg sama bln 5 aritu,
sakittt n sebak aje bler mengingatkan kehilangan org yg tersayang..
mmg tak tahu camne nk cerita kan..
lg tragis kehilangan arwah ayah saya krn kesilapan org lain..
amat payah nk terima hakikat ni..
Moga roh nya di rahmati
As-Salam pB, minta maaf sebab akak sangat sibuk kebelakangan ini..tak sempat hendak menjenguk blog pB..ini baru berkesempatan hendak membaca ...Akak ucapkan Takziah ya ..sedih akak baca entri pB kali ni..Innalillahiwainnailaihiraajiuun..dari Allah kita datang dan kepadaNYA kita kembali ..Semoga allahyarham ayahanda pB ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang soleh ...
'Ameen
Al Fatihah..
Semoga ayah pB ditempatkan dikalangan roh yg2 yg soleh
Al-Fatihah.. Moga ayah pB ditempatan bersama² org2 yang soleh..
salam takziah..
moga arwah tergolong dlm org y beriman..
sayu,sebak perasaan ini bila mbaca satu psatu tulisan pb..
mcmana prasaan ayu y khilangan mertia y ayu jaga 8thn.. sama rasa serta memahami apa y pb rasa.
org kata sedekahkan yasin dan fatihah u hilanglan ksedihan.. mslhnya ttp rindu dendam pd arwah kan?
hingga seorg ustaz beri cdgnn setiap apa y ayu sedekahkan. niat u kirimkan ats nama arwah..
pb cuba bt. insyallah.. kesedihan ats khilangan arwah boleh hilang plahan2
jgn bduka ya...
senyum walau pahit
Innalillahiwainnailaihirojiun
Alfatihah dan takziah pada ahli keluarga.
Sedih auntie baca n3,
Memang akan terkenang2 pada arwah ayah sendiri, begitulah auntie, walaupun dah 15 tahun yg lalu arwah ayah meningalkan kami tapi masih segar difikiran.
Take care yea pB.
Salam sejahtera pB
Al Fatihah. Ayah saya juga telah pergi, dia koma BETUL2 MASA saya balik, saya balik dgn kek coklat yg saya buat, saya ingin merasa dan kata sedap! Masa zohor org kata @dah zohor! ayah tiba2 bangun tgk jam dan kembali KOMA! hinggalah dia meninggal..
Salam takziah, alfatihah utk arwah ayah semoga rohnya berada bersama orang2
yg beriman dan soleh...amin. Pernah melalui detik ini suatu masa dulu dan
coretan pB ini mengingatkan kpd arwah ayah IP, alfatihah...-ip-
al fatihah. moga roh ayah pb ditempatkan dikalangan orang2 beriman. amin...
Alfatihah. Membaca kisah ini mengingatkan juga kepada arwah ayah saya. Sama2 kita merasa kehilangan. Moga mereka tenang di sana.
Tak tahu kenapa airmata kakak luruh pB. Rasa sayu dan sedih menyelubungi kakak mungkin terkenang arwah mak kakak yg telah tiada. Bersama kita dokan mereka moga ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.
Khususon ila ruhi al-marhum Hj Roseli bin Che Shaari al-fatihah.
Alfatihah...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg soleh...memang sedih bila org yg kita sayang meninggalkan kita...bersabarlah....Allah lebih menyayanginya.....Saya pun pernah melalui perkara yg sama masa Arwah mak pergi....ya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul...
Alfatihah...
Tak mampu nak atur lebih kata2 sbb x pernah alami situasi sebegini. Bersabar byk2 ya tuan rumah
takziah buat akak sekeluarga.. sori..lambat saya tau..
AlFatihah...sambil baca N3 sambil menelan gempalan sebak yg mencekik kerongkong...akak pernah lalui situasi begini.
kenyataan tetap nyata. anak-anak kita pun satu hari nanti akan kehilangan kita!
sedihnya..
mesti selalu sedekahkan ayat2 suci Al Quran buat peneman arwah di sana...
harap perbetulkan link IM seperti di sini;
http://abuhanifah2.blogspot.com
tumpang bersedih :(
sy pulak kehilangan ayah saat masih kecil lagik..baru berusia 9 tahun..
sambil baca sambil tahan air mata
cerita yg sgt detail seolah mcm saya ada sebelah kakpb
terbayang kalau ini berlaku pd ma @ ayah saya
Al Fatihah utk arwah Hj Roseli....hari ni baru tahu ceritanya wpun mmg sering terlintas untuk bertanya sejak dulu...Insya Allah kita sama-sama berdoa semoga kita akan sempat bersama ibu/ayah kita yang masih bersama kita hari ini di saat akhirnya nanti.
cm
Post a Comment