07 December, 2012

1211

Alhamdulillah , demam Adam dah kebah.
Balik kerja semalam , dah nampak dah Adam dok bermain main dengan Kak Ngah dan Nurin.

Pagi tadi , Kak Ngah dah ke MuO semula.
Malam ni ada kelas tambahan subjek Math Moden.
Nak tak nak kena jugaklah balik MuO.

Tadik call , si Nurin dah bising bising.
Adam dok meragam , dok menangis.
Adalar tu benda yang dia nak tapi tak dapat tuuuu .

Nak hantar umah pengasuh , kebetulan seorang lagi budak yang dia jaga demam campak.
Jadi , mau tak mau , Adam kenalah duduk kat umah dulu.
Kang tak pasal-pasal berjangkit lak demam campak tu.

Tengah hari tadi , ke PutraJaya.
Saja jalan jalan kat situ.
Hari ni kan bermula Pesta Buah 2013.

Jom , tengok gambar ....

 Pintu masuk .
Kawasan nya sebelah Pasar Tani .
 Mahal jugak tu.
Rasa macam tak berbaloi .















Mahal tu ...
Segelas RM2.00



Bila diperhatikan , rasa-rasanya semua peniaga nie
dulu dok berniaga gak kat MAHA.

Gambar kat bawah ni pula
di ambil kat Booth Pameran Perbadanan PutraJaya,
kalau tak silap.


 Cuba teka , ini buah apa?
Kalau ada yang tahu jawapan , sila tinggalkan komen nya.
Kalau tahu, memang u orang terror lah.


 Mula mula ingat nak besarkan 3 gambar diatas ni.
Tapi , segan lar pulak.
Tak sangka , ada jugak buah yang dinamakan se-begini nama.

Buah ni untuk apa nyer ?
Pelik gak namanya ...





Kebanyakkan gerai yang menjual makanan , semuanya
adalah gerai gerai yang boleh didapati di MAHA juga.
Kesimpulan nya : Tak pergi pun tak apa.
Harga jualan buah-buahan tidaklah murah mana pun.
Sama harga seperti di pasar-pasar malam yang berdekatan dengan rumah anda.

15 comments:

shafarina said...

hahaha sanggup saya besarkan imej nak tengok apekah namanya kak..

saya dok keje sini pun xtau ada pesta ni :p

Irfa said...

x tahu la kak
xpenah tgk pun
banyaknya jenis buah

Pizli Mat Wazip said...

Wah betul2 pesta ni.

Rumah Kuning said...

buah berangan. takde hadiah ke? hehehe entah2 salah.

azieazah said...

Kalu buah tu free, saya tingin nak pegi. Tapi kalu kena beli baik saya beli kat depan rumah saja. Takyah kuar minyak keta.

MOKCIK AZWA said...

Buah apa tu yer..pelik benar rupanya hehehe..

Saya tunggu balik Sabah atau balik KT untuk cari buah2an ni..kalau kat Putrajaya harganya mahal giler..

Zareda Norman said...

Dapat tgk buah buah yg pelik kan... Malaysia ni macam macam ada...:-)

Daddy Ziyyad said...

saya baru tahu ada Pesta Buah ni lepas baca kat sini! haha

Saya pun rasa, peniaga MAHA aja yg 'di recycle' ke Putrajaya...hahah..senang

RM15 utk makan buah2 tu mmg mahal la..Sebab kat PJ ada buffet durian, RM9.90 aja kalau tak silap..tapi mmmg tak sampai RM10 la..

Saya tak tau nak teka buah apa tu..hihihih

m.u.l.a.n said...

bestnya pesta buah kat sana....!!! sini pon tapi tekak tengah pesta serak2..

Munnafendy said...

yelah, baca entri ni baru tau ada pesta buah. diorang xiklankan kat tv @ paper ke?? mahal2 la...mengenangkan rumah kat kampung pun pnuh dgn pokok2 buah..terasa la mahalnya..tp best gak dpt tgk buah2 yg tak pernah tgk..mcm tuuuttt mamak tu..hahaha..buah tu, buah nona kot?? takpun nam-nam??

*err..pam avent manual tu nk letgo berapa rm? hehe..condition nya ok tak? bru je survey2 kt blogshop utk breastpump nih..kalo dpt murah2, talam sy tadahkan..hihi

Juhariah Johari said...

Wah liputan menyeluruh! mama pun rasa 15 hinggit tu mahal. tu yg bawa ke tpt lain makan2.Memang hebatlah buah nadir tu !tak pernah tgk!

jeBateja said...

Alaaa...baru nak pi...tgk mesej terakhir tu...mcm nak cancel pi plak....ahakz

kak nora said...

assalam ..salam kenal...

munna said...

menarik tgk buah2 yg kita tak pernah tgk.....

Rashid said...

assalam ..

a'ahh le saya pun tak tau apa nama buah hijau isi kuning tu. Pelik je tengok .. macam buah hutan je. Kalau jumpa pasti tak nak makan takut beracun. hehe

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...