pB tak tahu lah sama ada ada lagi pengunjung ke blog pB nie. Dah lama benar tak update. Bukan tak ada idea atau cerita tapi seakan-akan masa tu cepat betul berjalan sekarang nie.
Masuk kerja pun dah tak sempat sangat nak blog walking. Kalau sempat baca , tak sempat nak tinggalkan komen.
Kadang kadang pagi dok Puchong , petang dah nak buat kerja luar. Lagi lah tak ada masa nak berblog.
Kekadang jeles gak pada blogger yang ada masa untuk blog walking , ada masa untuk update blog , ada masa ambik gambar dan upload dalam blog. pB dah tak ada masa untuk itu semua ....
Rindu masa kerja kat CyberJaya dulu....
Citer pasal rayalah nyer.....sebab masih lagi berada dalam bulan Syawal.
Tahun ni , cuti awal . Sabtu 3hb dah bertolak dari Muar ke Kuantan. Berbuka di padang di hadapan masjid negeri. Not bad lah walaupun penuh dengan orang. Nak membeli juadah berbuka pun seksa. Seksa terhimpit himpit .
Dalam jam 10 pagi , kami bertolak ke Kota Bharu. Alhamdulillah walaupun kereta banyak , tapi perjalanan smooth. Sampai area umah aBear dalam jam 2 petang. Apa lagi , lepas mengemas pakaian pakaian , tidur time ....
For the first time , pB tak ke Param di Stadium Kota Bharu tu. Cuaca panas yang menghalang pB dari mengikut aBear. Kalau aBear berkereta memang i follow , tapi dia cuma menunggang motor. Waa tak sanggupppppp ..... Kirim jerlah apa yang nak makan.
Sebelum raya sempat jugaklah shopping mopping di Pasar Siti Khatijah dan KB Mall. No kasut raya so terpaksalah cari satu. Tak syiok lar pulak nak beraya dengan selipar jepun.
Nak story banyak la pulak. So just tengok gambar jerlah nyer. Yang penting , enjoylah jugak raya tahun ni walau pun ada jugak bab bab yang tak syiok. But senang cerita tak yah nak simpan simpan dalam hati.
Afiqah , Aqilah , Arifah , Adam Faris , Nurin , Irfan Salam dan Adam Aiman.
Balik KL hari Isnin. Bertolak jam 430 pagi . Sampai umah dalam jam 1100 pagi. Alhamdulillah. Selasa masuk kerja.
9 comments:
slmt hari raya kak pB...
Salam Syawal pB...
kesan tercurah air panas tu dah baik ke?
Selamat Hari Raya pB..
Jawaban kpd perenggan pertama.. Masih ada yg setia dgn blog pB
Terima kasih kepada pB dan keluarga kerana sudi ke rumah kak yah pada raya ke-3 baru-baru ini untuk mengukuhkan lagi silatulrahim antara kita tapi rugilah xamik gambar Adam..dok blh tayang di blog. Jgn sserik mari lg jalae deh :)
I like gambar no. 9 tu hehehe...
sama la kita PB..sesekali jer berkesempatan update..tapi berblog ni sebab kita bukan nak cari duit, so tak perlu nak rasa tertekan utk update hehehe..
Selamat hari raya maaf zahir dan batin
salam pb..
lama gak tk sinngah disini ..
rasa belum terlambat ucapkan Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin
Hello PB, hope not too late wish you and all at home selamat hari raya.
Love the pics here, very nice. And so colourful too.
Da makan ketupat? Lemang?
Have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
lawanya gambar ;)
meriah semuanya....
Post a Comment