05 February, 2008

IFFAT

Budak budak hari last sekolah.
Lepas ni , cuti raya China.
pB tak balik klate.
Sebabnya memang tak der rancangan pun nak balik.
Lagipun Tok Ayah nak datang kay el.
Cucu Tok Ayah dah tak sabar nak tunggu Tok Ayah sampai.

Semalam , pukul 8 malam baru balik.
Minggu ni kena standby jaga pejabat.
Sib baik tiga hari jer kerja.
Biasanya ada rotation antara lima orang staff.
Tapi bulan ni , pB nak pulun semua hari.
Bukan apa , jeles gak tengok orang lain punya OT.
Sampai ribu ribu limau tu.

Tengah hari semalam gak , pB dah g melawat anak member pB tu.
Dah transfer dari HTAR ke Hospital Universiti.
Tingkat 11.
Wad untuk kanak kanak yang mengidap Leukimia.
Pagi semalam , Iffat (anak member pB tu) dah ambik air tulang belakang.
Dan pagi ni keputusan pun dah dikeluarkan.

Confirm Iffat mengidap Leukimia.
Juvenile Myelomonocytic Leukemia (JMML).
Penyakit ni menyerang kanak kanak berusia lima tahun kebawah.

~Juvenile Myelomonocytic Leukemia (JMML) is a serious chronic leukemia (cancer of the blood) that affects children mostly aged 4 and under.

~The average age of patients at diagnosis is 2 years old.

~The World Health Organization has included JMML in the category of Myelodysplastic and Myeloproliferative disorders.

~The name JMML now encompasses all diagnoses formerly referred to as Juvenile Chronic Myeloid Leukemia (JCML), Chronic Myelomonocytic Leukemia of Infancy, and Infantile Monosomy 7 Syndrome


Antara simptom simpton penyakit ni ialah
- pucat (pallor)
- demam
- jangkitan kuman
- pendarahan
- batuk
- berat badan yang tak cukup
- kiraan darah putih yang tinggi (leukocytosis)
- kiraan platelet yang kurang (thrombocytopenia)
- macular - papular (discolored but nit raised , or small and araised but not containing pus , often red , skin rash)
- absolute monocytosis (high monocyte count in blood)

Kalau kita tengok simpton penyakit ni , macam simpton penyakit Denggi jer.

So , pada kengkawan , kalau anak anak kita ada alami simptom ni ,
cepat cepat ler bertindak.

Menurut doktor yang merawat , setakat ni kat Tingkat 11 , hanya Iffat seorang
yang menghidapi JMML .

Peluang untuk sembuh 50 / 50 .

Dan hanya boleh disembuhkan dengan Bone Narrow Transplant.
Bone Narrow ni pulak , lebih baik kalau diambil dari adik beradik.
Parents tak berapa nak boleh.

13hb minggu depan , kedua adik beradik ni akan menjalani ujian.
Sama ada sesuai atau tidak ...

Kos perubatan pun tinggi jugak.
40 ribu kalau sesuai dengan kakak.
Kalau terpaksa cari lain , kos akan meningkat hingga ke RM120 ribu.
Nasib baik, bila tanya HR , semua kos ini akan ditanggung oleh syarikat.

Masa tengok Iffat semalam , sedih dalam hati.
Terbayang bayang wajah si Nurin.
Sama baya mereka berdua nie.

Bila jumpa jer dengan mak si iffat , pB dah tak daya nak tahan air mata.
Sambil dok peluk peluk tu , pB dan mak Iffat dah menangis nangis dah.

Mak dan ayah Iffat memang dah berkampung kat UH.


Nak balik pun macam tu jugak.
Sekali lagi sama sama menangis.

Kepada Muaz Iffat ,
Auntie pB doakan agar Iffat cepat sembuh.
Insyaallah , Iffat akan dapat harungi semua ini

Dan juga

"Selamat Hari Jadi"
Hari jadi Iffat hari ni ......

Kepada Ayah dan Mak Iffat ...

Be strong ....
Untuk anak anak ....
Hadapi lah ujian ini dengan redha...
Berserah lah kepada Allah ....
Berdoalah kepada Allah ....
Jangan cepat putus asa ....
Jaga kesihatan ..
Jaga makan dan minum ....

Insyaallah , ada masa pB akan melawat lagi ......







Ini cerita yang tak der kena mengena dgn cerita atas.

Just now , kawe bawok moto kapcai aBear ..
Dari pejabat ke Mc D Seksyen 18.
Kira berani la gak sebab kawe tak dock lesen.

Beli Prosperiti berger.
Huis rega ... dekat dekat sembilan ringgit tu.

Balik ofis makan ...
Menyesal la pulak ....

Kenyang pun tidak...

Sembilan hinggit tu kalu beli nasik lauk ayam
kat Restoran BOB tu pun dah dpt dua bungkus ....

Kuang kuang kuang .....

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...