05 February, 2008

IFFAT

Budak budak hari last sekolah.
Lepas ni , cuti raya China.
pB tak balik klate.
Sebabnya memang tak der rancangan pun nak balik.
Lagipun Tok Ayah nak datang kay el.
Cucu Tok Ayah dah tak sabar nak tunggu Tok Ayah sampai.

Semalam , pukul 8 malam baru balik.
Minggu ni kena standby jaga pejabat.
Sib baik tiga hari jer kerja.
Biasanya ada rotation antara lima orang staff.
Tapi bulan ni , pB nak pulun semua hari.
Bukan apa , jeles gak tengok orang lain punya OT.
Sampai ribu ribu limau tu.

Tengah hari semalam gak , pB dah g melawat anak member pB tu.
Dah transfer dari HTAR ke Hospital Universiti.
Tingkat 11.
Wad untuk kanak kanak yang mengidap Leukimia.
Pagi semalam , Iffat (anak member pB tu) dah ambik air tulang belakang.
Dan pagi ni keputusan pun dah dikeluarkan.

Confirm Iffat mengidap Leukimia.
Juvenile Myelomonocytic Leukemia (JMML).
Penyakit ni menyerang kanak kanak berusia lima tahun kebawah.

~Juvenile Myelomonocytic Leukemia (JMML) is a serious chronic leukemia (cancer of the blood) that affects children mostly aged 4 and under.

~The average age of patients at diagnosis is 2 years old.

~The World Health Organization has included JMML in the category of Myelodysplastic and Myeloproliferative disorders.

~The name JMML now encompasses all diagnoses formerly referred to as Juvenile Chronic Myeloid Leukemia (JCML), Chronic Myelomonocytic Leukemia of Infancy, and Infantile Monosomy 7 Syndrome


Antara simptom simpton penyakit ni ialah
- pucat (pallor)
- demam
- jangkitan kuman
- pendarahan
- batuk
- berat badan yang tak cukup
- kiraan darah putih yang tinggi (leukocytosis)
- kiraan platelet yang kurang (thrombocytopenia)
- macular - papular (discolored but nit raised , or small and araised but not containing pus , often red , skin rash)
- absolute monocytosis (high monocyte count in blood)

Kalau kita tengok simpton penyakit ni , macam simpton penyakit Denggi jer.

So , pada kengkawan , kalau anak anak kita ada alami simptom ni ,
cepat cepat ler bertindak.

Menurut doktor yang merawat , setakat ni kat Tingkat 11 , hanya Iffat seorang
yang menghidapi JMML .

Peluang untuk sembuh 50 / 50 .

Dan hanya boleh disembuhkan dengan Bone Narrow Transplant.
Bone Narrow ni pulak , lebih baik kalau diambil dari adik beradik.
Parents tak berapa nak boleh.

13hb minggu depan , kedua adik beradik ni akan menjalani ujian.
Sama ada sesuai atau tidak ...

Kos perubatan pun tinggi jugak.
40 ribu kalau sesuai dengan kakak.
Kalau terpaksa cari lain , kos akan meningkat hingga ke RM120 ribu.
Nasib baik, bila tanya HR , semua kos ini akan ditanggung oleh syarikat.

Masa tengok Iffat semalam , sedih dalam hati.
Terbayang bayang wajah si Nurin.
Sama baya mereka berdua nie.

Bila jumpa jer dengan mak si iffat , pB dah tak daya nak tahan air mata.
Sambil dok peluk peluk tu , pB dan mak Iffat dah menangis nangis dah.

Mak dan ayah Iffat memang dah berkampung kat UH.


Nak balik pun macam tu jugak.
Sekali lagi sama sama menangis.

Kepada Muaz Iffat ,
Auntie pB doakan agar Iffat cepat sembuh.
Insyaallah , Iffat akan dapat harungi semua ini

Dan juga

"Selamat Hari Jadi"
Hari jadi Iffat hari ni ......

Kepada Ayah dan Mak Iffat ...

Be strong ....
Untuk anak anak ....
Hadapi lah ujian ini dengan redha...
Berserah lah kepada Allah ....
Berdoalah kepada Allah ....
Jangan cepat putus asa ....
Jaga kesihatan ..
Jaga makan dan minum ....

Insyaallah , ada masa pB akan melawat lagi ......







Ini cerita yang tak der kena mengena dgn cerita atas.

Just now , kawe bawok moto kapcai aBear ..
Dari pejabat ke Mc D Seksyen 18.
Kira berani la gak sebab kawe tak dock lesen.

Beli Prosperiti berger.
Huis rega ... dekat dekat sembilan ringgit tu.

Balik ofis makan ...
Menyesal la pulak ....

Kenyang pun tidak...

Sembilan hinggit tu kalu beli nasik lauk ayam
kat Restoran BOB tu pun dah dpt dua bungkus ....

Kuang kuang kuang .....

26 comments:

Abang Long said...

Marilah kita sujud kepada Allah dan terus berdo'a. Minta, Mohon dan merayu kepada yang maha berkuasa.

blackpurple @ jowopinter said...

Kesian adik Iffat. Sekecil itu sudah diduga sebesar itu.

Semoga dia segera sembuh. Dan semoga keluarganya kuat dan tabah menerima dugaan ini.

Ummi said...

salam,

sedihnya bila ummi baca! semoga mak dan bapa adik iffat tabah. dugaan dari Allah.

Selamat hari lahir jugak dari auntie ummi!

achik said...

semoga adik iffat cepat sembuh..
semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan..

pB said...

ABG LONG
Dari DIA sahaja yang kit mampu mohon pertolongan ....

BP
Kalau budak yang sakit, memang lagi sayu hiba hati memandang

UMMI J
Dpt kek dari para doktor yang bertugas di UH pagi ni.
Gembira hati kanak kanak yang tak mengerti apa apa itu


ACHIK
Skrg ni kerja pun tak berapa nak boleh fokus. Asyik dok teringat pada Iffat tu ...

Nur Hafiza Hasan said...

hari ni.. banyak cerita sedih jah dengar/baca..
baru lepas baca blog kak kv sakni.
:|
and takdi saeng bgtau dia ada penyakit yg agak serius jugok.
tergamam.

apa pun hopefully iffat akan sembuh.
aminnnnn.

pB said...

FIZZY
Yakit lonni tock kena umo .
Kalu nok keno , smeta smeta tu jugok sakit ...

Kak pB dok cari info's ttg sakit tu.

HAPPYIRFA said...

salam kakpb..
sedihnya..sama2lah kita berdoa utk iffat..

pB said...

IRFA
Salam Irfa

Wah demo g Langkawi tu ...

Memea sedih ..
Ibu ayoh dio lagi lar sedih ...

Hock kito raso ni tock setanding apo hock demo tu raso ...

Pa'chik said...

dok ghajing make lagi bege tuh...
semuga slamat lah adik iffat tuh...

KakNi said...

Semoga adik Iffat dapat sembuh dan sihat walafiat.

Keta apa cite? Hai... sabo ajelah kan. Keta kita dah ok dah, masalah bateri aje.

pB said...

PO'CHIK
Rasonyor tock makae pung tak por ..

pB pun harap lagu tu lah jugok

AHNI
Agak susah nak sembuh sakit ni.
50/50 .
Tapi kerja sembuh menyembuh ni kerja ALLAH.
Kita doa doakan yg terbaik

Keter dock lagu tu jugak ler.
Cina tu janji lepaih rayer baghu nak ketok.

Azhar Ahmad said...

Sebak pula hati saya baca kisah Iffat....

Properity? Satu tu dah boleh kenyanyg sampai malam... ehehehhe

IKHWANI said...

Ya Allah Ya Tuhan kami, semoga adik Iffat dapat disembuhkan dan keluarga nya tabah menerima ujian Allah ini.

Semoga di permudahkan urusan mereka nanti. Kos rawatan di tanggung oleh syarikat tu pun dah syukur banyak-banyak. Alhmadulillah.

Kalau kak OO tok silap Bone Marrow Transplant..typo error kot Da taip Narrow tu.

KV said...

kak pb ni berbakat jd minah rempit nih. Hehe
Hati2 bawak moto. Kv sampai skrg tak reti bawak motor. Malu kat bebudak kdg2, tp nok wat lagu mano, takut weh!

indera kencana said...

Sedih dengan musibah yang menimpa mereka. Berdoa ke hadrat moga dijauhkan dari musibah seumpama itu. Sedih sangat..

Tapi tersenyum pula bila baca tentang Kak pB di McD. Saya pun selalu fikir yang sama lepas kuar makan dari McD. Maklum sahaja, saya ini income tak seberapa..

umeboshi said...

kesian. moga Iffat cepat sembuh dan sihat ceria! amin!

kak pb, sekali sekala mkn properity burger, apa salahnye 'buang' rm9 tu. buat ubat kepingin.ekekke..

Zareda Norman said...

PB
Sampaikan salam buat mak dan ayah Iffat. Dan sampaikan pesan zar.. jangan putus doa, mohon kepada Allah SWT.. tawakal..

Anonymous said...

cm sebak baca citer anak member pB sakit... terbayang muka anak2 di rumah... ujian besar utk ibu ayahnya semoga mereka mendapat kekuatan.

burger properiti tu aiyoo byk lado hitae... pedahhhh

Mummy Rizq said...

dedolu, aku suka sangat makan nasi ayam kat seksyen 11 tu.. belakang tempat minyak, opposite pizza hut. tapi aku tak ingat nama.. Nasi Ayam Pak .... Murah pun murah.

Untuk adik Muaz Iffat, Auntie doakan semoga kuat menghadapi dugaan Allah & semoga cepat sembuh!

Mak Su said...

La haw la wa la qu wa ta illa ......

Sastri said...

Sempat mamam sekali jer prosperity burger tu tahun ni...

Buat adik Iffat dan keluarga, semoga tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini...

pB said...

SASTRI
Kak pB pun biasa sekali setahun jer.

MAK SU
Moga mereka tabah

MR
Rasanya ada lagi gerai tu.
Kalu jumaat , memang penuh.

Kalu ikut kata dr , peluang sembuh 50/50

pB said...

CHE MA
G mano weh cuti rayo nie??
Tock kelik Rata Panjae kor??

Kito ni , kalu anok sakit, tock tido malae.
Tu baghu sakit sikit sikit .
Kalu keno supo hock saing pB ni , tock tahu ler

Memae keno kuat semangat

ZAREDA
Insyaallah

Nanti pB sampaikan

UME
Sebab fikir setahun sekali , tu yang beli jugak tu

Tapi yg tahan , lepas tu , menyesal

INDERA
Allah , kalau nak uji , kejab jer kan ....

Time time tu jugak ....


Kita kan serupa.
Kuli kutif ....


KV
Stakat ni , alhamdulillah , berani lagi lar bowok motor nie.

Esok karae tu , tock tahu lar lagu mano.

pB said...

KAK OO
Marrow ..
Betul gituk ....

pB doa kak oo selamat sapa esok tu


AZHAR
Satu ???
Dah kenyang

Kecik ker jer kalu gitu perut Azhar nie ...

Kak pB nak jugak makan nasi.
Tu yang payah nak kurus tu

Ordinary Superhero said...

Make prosperity burger buke untuk kenye....sebenarnya untuk lebih prosper...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...