22 September, 2006

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Rasanya setakat ni yang boleh PB buat untuk blog ini.
Harap semuanya dah dpt baca dengan tenang.

Petang ini, insyaallah upacara melihat anak bulan akan dilaksanakan.
Kalau nampak anak bulan, maka semua umat islam di Malaysia akan berpuasa pada hari sabtu.
Kalau tidak kelihatan, maka hari Ahad lah kita berpuasa.
(Manusia yang lemah -> Biasalah kalau puasa, minta lambat lambat, tapi kalau raya, wah , nak jer cepat cepat).

Kepada semua sahabat, kawan , saudara mara, PB ucapkan Selamat Berpuasa. Moga tahun ini, semua dapat berpuasa dengan sempurna. Mampu mengerjakan sembahyang terawih setiap malam, memperbanyakkan amalan ibadat disetiap waktu (hai..nampak gaya kena kurangkan merayau di dunia alam maya dan banyakkan mendengar bacaan ayat suci Al Quran) dan juga semua dapat mengurangkan berat badan sekilo dua. Jangan membazir, jangan kelabu biji mata bila melihat makanan , minuman dan kuih muih yang dijual di bazar ramadhan.

Buat yang jauh di perantauan tu , bersabarlah. Walaupun makanan di sana tak sama, namun at least kita semua dapat berpuasa dan makan.

Tengah hari tadi, PB terpaksa (baguih punya mama) mengambil Arifah dari sekolah dan menghantar dia ke rumah (routine hari Jumaat). Semasa di rumah, PB lihat dua anak dara PB tengah kelam kabut bersiap untuk ke sekolah (yup, mereka berdua bersekolah petang). Majlis Hari Kanak Kanak diadakan hari ini. Dan mereka diwajibkan memakai baju kurung dan memakai kasut yang tidak mendedahkan aurat.

Tibanya PB di rumah, PB lihat Tok Ma sedang memperbetulkan tudung yang dipakai oleh Afiqah manakala Aqilah pula sedang menunggu giliran untuk dipakaikan tudung.
Itulah gayanya bila mempunyai anak perempuan yang ramai. Kalau setakat pinjam tudung mama, biasalah.
Bila PB pakaikan mereka tudung dan betulkan apa yang patut, rasa sedih dalam hati ..
'wah ..dah besar anak anak dara PB nie. Sekarang sekolah rendah, tiga tahun lagi mereka akan melangkah ke alam remaja...'
Cepat sungguh masa berjalan.
Rasanya baru semalam , PB memegang mereka di dalam pelukan pertama.

Selesai semua sessi cantik dan mencantikkan diri, kecoh pula , bila tiba bab mencari kasut yang menutup aurat.
Adoi..mereka berdua tu manalah ada kasut yang sebegitu. Semuanya telah PB donatekan bulan lepas.
Akhirnya Aqilah memakai kasut Tok Ma yang disumbat tisu dihujung kasut.
Manakala Aqilah bermasam muka kerana terpaksa memakai kasut sekolah.

Nasib baiklah masa tu, Nurin tidur. Kalau tidak , lagi kecoh....

9 comments:

cm said...

rumah PB ge'ge riuh dok? rumah cm MasyaAllah ge'ge riuh 3 anak dara tu mcm x cukup mulut nak cakap...suara plak ala-ala salah pithing. Bab bersiap pun satu hal jenuhhhh.

Bie said...

suka dgr cerita gelagat anak2 k.PB...mcm tu lah agaknya ada ank dara ramai2kan...sonoknya...
sama mcm ank2 sedara bie kat kg. 6 beradik semua pompuan..kecoh satu rumah klu bab berhias...
akhir kata selamat berpuasa utk k.PB.

Kak Lady said...

Kat rumah ni kalau anak dara ramai...siaplah riuhnya bila bercakap...

Tapi macam kak lady anak teruna lebih...ya Allah...rumah macam tongkang pecah...asyik bergelut..main bola semua dlm umah...

Mak dah jadi Tarzan...

Selamat menyambut puasa PB

Syikin said...

salam,

SELAMAT BERPUASA KAK.

syahdu pulak bila baca kisah akak n anak2..mcm saya pun, husna tu baru darjah satu, mcm tak percaya je anak2 bertambah besor.

MQ said...

la...lama tak jenguk blog2 semua ni..rupanya PB dah pindah umah..heheh..nanti kalau nak rempah rendang ngan kuzi bgtau la..baru amik stok..simpan nak masak raya nanti..hehehe..MQ pi j-card day tmn equine..tak sempat nak borong byk..byk benda nak buat..next time leh pi lagi..bila kita nak jumpa ek kak PB...nanti bg la no hp..hari tu phone opis..MQ tak simpan...

Idham said...

:) present!

id.

kasutVINCCI said...

hi hi hi... awat la akak donate kasut2 dorang tu.;)

PB said...

CM
Meme geghe ge'ghok. Nok keno time nok g skoloh, nok g jale, nok g mandi pun sero nok pecoh bilik air.
Gitulah kalu anok rama. Tok leh nok imagine kalau orghe lain hok adok anok 7 atau 8 lepah tu pulok jate blako...

BIE
Selamat berpuasa jugok buat Bie and the geng. Gitulah kalau anak dah ramai. Tapi seronok.

KAK LADY
Lain kan, kalau anak tu pompuan dengan anak laki laki. Umah adik PB ada 3 hero. Umah macam kapal pecah dan riuh rendah.
Selamat Berpuasa jugak buat Kak Lady dan keluarga. Bagaimana agaknya Che Abe , jauh tu?

MQ
A ah.. terasa nak pindah. Nanti Kak PB calling calling MQ bila nak ke kawasan rumah MQ. May b buleh jumpa depan balai polis. Insyaallah

ABE IDHAM
SELAMAT BERPUASA ABE ID.. Terima Kasih kerana 'present'

KV
Kak PB donate la sebab dok berlambok lambok atah rak kasut sapa berabuk rabuk. Buke'noy demo tu paka pun. Bilo doh donate tu, ado jah hok nok pakai....Selamat Berpuasa Buat KV dan Che Abe.

PB said...

SHIKIN
Tulah,,,kejab je masa meninggalkan kita. Dulu kaki mereka besar tapak tangan je sekarang kasut kita pun mereka boleh pakai. Tak ke cepat masa berlalu. Harap harap bila mereka besar, mereka tidak akan meninggalkan kita terus terusan.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...