02 October, 2006

CHERITO HARI SE'NA.

Terima kasih kepada yang telah membaca kisah PB minggu lepas.
Dengan adanya kata kata semangat, insyaallah PB akan lakukan apa yang terbaik untuk keluarga PB dan juga hubungan antara PB dan Tok Ma.
Harap harap hati Abe akan berubah.

Dua hari bercuti. Tapi anak PB (Afiqah dan Aqilah) harus bersekolah pada hari sabtu. Ganti untuk cuti raya nanti. Insyaallah, PB sekeluarga akan mula bercuti 20hb Oktober hingga 31hb Oktober. Jauh weh, nok kelik. Kalu naik belon, tak per ini balik kenderaan sendiri.

Sabtu tu, setelah budak budak ke sekolah , PB beserta dua lagi anak kecik itu ke Tesco. Bahan utama yang hendak dicari ialah timun cino (watermelon/tembikai). Cuma 49sen sekilo. Murah giler itu. Dua biji sekali dibeli. Dua biji baru lima ringgit. Kalau dibeli digerai berhampiran rumah PB, mesti lebih dari sepuloh tinggit.

Petang sabtu tu, kami berbuka dengan nasi kerabu dan ayam black pepper yang dibeli juga di Tesco. Seekor baru rm5.99. Ikan selar kuning panggang dicicah budu yang diperah air asam. Malam itu, semuanya berterawih.

Hari Ahad pula, lepas sahur, PB tidur lagi. Kesemua angkatan tentera pun tidur jugak. Abe , biasalah kalau hari Ahad, mana lagi kalau tidak ke Politeknik. Suamiku masih seorang pelajar tua. (Syuuuu..tua tua jangan disebut, marah Abe).

Bangun bangun , itu dia dah pukul 10 lebih. Memang buat taik mata sungguh. Bangun terus gosok bilik air. Turun kebawah, budak budak masih dok lepak depan tv. Apa lagi, kalau sabtu , ahad .. cartoon world lah.Nak suruh gie mandi pun susah. Last ikhtiar cabut kad astro itu baru tahu mama betul betul dah naik angin.

Petang tu , berbuka masih dengan nasi kerabu. Tapi kali ini, tambah menu, ikan kembung percik, daging goreng kicap untuk budak budak, bubur lambuk, caremel, triffle, akok yang dibawa khas dari Kelantan, air sirap merah, air cincau. Aduh banyak betul bunyinya..bukan Tok Ma yang masak semua, setengah tu dibawa oleh adik ipar PB. Penuh rumah semalam.

Hari ni, ngantuk betul sebab lepas bersahur, PB tak tidur. Baju sekolah belum digosok. Lupa nak beritahu , baru baru ini Tesco ada buat sale (tiap tiap minggu ada potongan harga). Kalau beli steam iron keluar Phillips, harga asalnya rm79.00 tapi disebabkan semasa buat bayaran tu, PB sertakan kopun yang dipotong dari katalog mingguan, maka PB dapat diskaun sebanyak rm30/=. Murah kan.
Rupa-rupanya kalau menggosok menggunakan steam iron ni, memang mudah dan cepat. Ringgan pun ringgan. Cuma kena rajin isi air jer.

Petang ni rasanya berbuka, cuma makan juadah tunjuk tunjuk. Anak anak nak makan nasi ayam, PB rasa PB nak cari nasi Tomato. Dan petang ni, kali pertama kami berbuka , Abe tarak. Abe sekarang dalam perjalanan ke Kota Bharu. Dan baru dpt call dari dia, sekarang berada di Gua Musang.

PB harap perjalanannya selamat dan sempat sampai rumahnya di Salor tu sebelum waktu berbuka.

Lupa la pulak nak cerita, semalam, Nurin keno gegoh/gigit. Digigit oleh Si Farhan. Kesian, menangis terisak isak. Bila PB intai, memang dasyat kesan gigitan tu. Si Farhan ni, anak buah PB. Anak paling kecik adik PB. Si Farhan ni memang jenis 'budok penggeram'. Suka gigit, suka tarik rambut. Dan Nurin, meme nge'ri kalu si Farhan ni dtg umah. Masa Nurin keno ge'goh tu, PB dok dalam bilik sedang sembahyang Maghrib. Kesian Nurin. Yang besh tu, Ibu dan Ayah si Farhan ni, tak kata apa apa bila anak nya gigit mengigit......

5 comments:

onde said...

banyok tu menu, best lagi pado umoh kak ni..

budok2 ni kadae naik geghae kito dih? pah parents demo wak dok gheti pulok gak...keno ghoyak mmolek la tu..

kakZ said...

dah lewat nak komen ni. (baru balik dari kedah)

bila mula akak tau mokayah PB dok sekali akak dah terpikir, okey ke? akak faham situasinya sebab dulu abang sepupu (bole kata anak pada bonda akak jugak-dia yang bela) dok sekali ngan makmertua dia sehingga beranakpinak. hubungan elok tapi jadi masalah cam PB la. ayahbonda akak nasihat makan masa bertahun jugak. (dia rajin curah rasa kat ayahbonda)alhamdulillah akhirnya depa dengan berani dan cekal dah berpindah keluar walaupun cuma sebelah rumah je. semua ni terpaksa jugak dilakukan sebelum terjadi apa-apa.

PB memang penyabar dan memang kena banyak bersabar pun. tapi la ni masalah besarnya abe kan. sebelum terjadi apa2, orang lelaki ni dok peram je (menakutkan?) jadi satu je akak nak cakap (padahal dah berjela ni :)

dekat bau taik jauh baru bunga.

akak minta maaf sebab komen akak kali ni agak kasar.

----------------

nurin kena gigit, nak best lagi gigit balik. hahaha :D

Cik Ha said...

Kak PB, saya bukan Nik Ha.. Tue nickname orang lain.. sori kak, tak tinggal emel.. nie emel saya: masa6879@yahoo.com Harap akak dapat emel resepi tue sekali lagi.. TQ..

Syikin said...

salam,

kak..mmg best pakai steam iron ni. oh samalah jenis iron kita tu.baru beli gak.sblm tu pakai brand yg lain.tp yg philips ni lagi best.

ttg gelagat anak2 tu time nak bawak keluor jalan, lebih krg sama gak..ada yg suka tanya bila nk sampai, ada yg suka tanya nak kemana walhal dah bagitau awal, ada yg cakap nape tak sampai lagi..ada yg tanya jauh ke tak..penat menjawab

kesiannya akak tersepit antara tok ma n cik abe. tulah sbbnya saya mmg tak mo duduk ngan mak, baik belah sendiri or belah mentua..lebih banyak buruk drp baiknya..paling teruk, kita yg serba salah jadinya..
moga2 tok ma n cik abe akan bertambah close.nampaknya akak kena doa khususlah..maksudnya, akak doa minta ngan Allah bukakan pintu hati tok ma n abe akak utk lbh mesra n saling menerima kehadiran masing2..

Azhar Ahmad said...

Huhuhuhu, steam iron. Dah lama ngidam. Tapi takpe, nanti dah ada umah sendir baru beli...

Sedap betul buka bersama kelaurga ek...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...