28 September, 2006

CERITA 2

sambungan....

Apabila Tok Mek sudah tidak lagi menjaga Kak Ngah, PB telah mendapat pertolongan dari adik Tok Mek yang tinggal di Saga. Setelah PB melahirkan anak yang ketiga iaitu pada tahun 1998, anak anak, PB tinggalkan pada seorang penjaga yang mempunyai talian persaudaraan dengan member sepejabat PB.

Masa ni, pergi kerja dengan motor. Kak Ngah didalam bakul hadapan manakala Kak Lang PB dukung. Standardlah.. berani sebab tak berapa jauh dari rumah. Bila Abe out station, PB akan uruskan segala galanya bermula dari A hingga ke Z. Dan anak anak ni, masa Abahnya tiadalah, baru nak demam, nak sakit. Godaan dan cubaan tapi alhamdulillah PB dapat mengharungi semua itu.

Pada tahun 2002(kalau x silap..susah weh nak recall tarikh ni sebab selalu sgt termakan semut..kuang kuang kuang)PB mendapat berita terdapat kekosongan jawatan di HQ pejabat Tok Ayah. Apa lagi...Tok Ayah pun cuba untuk men'reply' jawatan itu. Dan , telah tertera sejak azali, maka Tok Ayah pun berjayalah bertukar tempat kerja dari PP ke DM.

Antara niat yang dinyatakan kepada PB oleh Tok Ayah 'kenapa dia buat keputusan untuk pindah dari PP ke KL ialah
i)kesian pada PB kerana terpaksa bersusah payah menghantar anak ke rumah pengasuh setiap pagi dan kelam kabut untuk mengurus rumahtangga bila Abe kerja luar.
ii)) mahu merapatkan lagi hubungan antara anak sulong PB dengan adik adiknya.

Pada ketika itu, PB mestilah gembira sebab kedua ibubapa akan menetap bersama-sama. Abe pernah juga menyuarakan ketidakpuasaan dirinya dalam hal ini, namun , pada masa itu , tak kan lah PB nak beritahu Tok Ma dan Tok Ayah supaya mencari rumah lain. Nanti apa pulak kata mereka...

Maka berpindahlah Tok Ma dan Tok Ayah kedalam kehidupan Pb dan Abe (harap ini telah menjawab pertanyaan Kak OO tempoh hari)
Memang pada awalnya PB amat bergembira dengan perubahan ini.
Yelah kan... PB dah tidak perlu risau tentang penjagaan anak anak lagi, PB sudah punyai teman apabila Abe outstation.

Tok Ma dengan senang hati mendidik anak anak PB. Tok Ma'lah yang mengajar anak anak PB membaca, anak anak PB mengaji Al Quran.
Dan bila PB melahirkan anak yang keempat semasa PB masih lagi ber'sekolah' di Taiping, Tok Ma'lah yang menjaga Nurin disiang hari.
Manakala Abe pula mengambil giliran diwaktu malam.
Apabila anak anak PB bersekolah, Tok Ma'lah yang menyediakan makanan untuk mereka , bersama sama mereka ketika mereka hendak menyudahkan kerja sekolah.
Tok Ma masih lagi membuat semua itu hingga ke hari ini.

Pada yang membaca kisah ini, mesti berkata 'wah bahagia sungguh, bertuah sungguh PB kerana ibu bapa tinggal sebumbung.
Tak perlu risau, tak perlu bergegas pulang utk memasak.
Yup benar, sejak Tok Ma tinggal serumah ni, PB memang jarang benar memasak.
Dan rasanya skill memasak PB sudah pun makin hari makin hilang.
Bukan PB tak mahu memasak, cuma PB rasa macam dapur tu dah jadi dapur kepunyaan Tok Ma.
Kadang kadang certain barang pun, PB dah tahu dimana letaknya.
Kena pulak cara pemakanan Tok Ayah dan Abe ada sikit kelainan.
Tok Ayah lebih menggemari makanan yang berlemak seperti kari, kurma, dalca dan yang sewaktu dengan nya.
Manakala Abe pula memang dia kurang berminat dengan masakan seperti itu.
Balik kerja dan nak memasak cara Abe, kang terasa dah banyak lah pulak makanannya (padahal big M tu lagi besor).

Hubungan PB dengan Tok Ma..biasalah hubungan antara anak dan emak.
Kedang kadang ada ok, dan kadang kadang KO.
Tapi kenapa ek..banyak yang KO... (kena muhasabah diri ni).
Irihati PB pada semua anak perempuan yang kamcing giler dengan ibu mereka.
Tak pernah gaduh, tak pernah lawan mulut.
Bukannya PB tak sayang, tapi kadang kala banyak berlaku perbezaan pendapat.
Dan banyak kali apa yang disuarakan itu disalahertikan oleh kedua dua pihak.
Dan kadangkala Abe juga tidak banyak membantu..
Kadang kadang PB terkepit ditengah tengah bila masa perlu membuat keputusan.
Ditelan mati mak, dibuang mati Abe.
Susah betul situasi yang PB selalu kena hadapi.

Apabila PB buat analisa, PB ni lebih banyak mendengar kata Tok Ma atau Tok Ayah.
Hinggakan hendak membeli barangan dirumah itu pun, PB masih meminta pendapat Tok Ma.(Bawak tu, Tok Ma sekali ke kedai).
Kadang kadang PB terpaksa berkorban bila apa yang PB minat, tidak mendapat persetujuan dari Tok Ma.
(Dia tak pernah kata dia tak berkenan tapi dia akan beri pendapat...)
Kalau membeli pakaian anak anak, memang PB 'terpaksa' ikut selera Tok Ma.

Namun, kengkadang (adoi..berapa banyak kdg kdg lah), barangan yang PB beli (mengikut pandangan Tok Ma), masih lagi mendapat kritikan.
Ingat lagi, dulu semasa hendak belikan katil pada anak anak, Tok Ma suruh beli katil double decker tapi bila dibeli, Tok Ma kata terlalu mengambil ruang.
Bila PB guna tikar sarawak untuk ruang tamu, Tok Ma kata tikar itu terlalu kasar dan boleh melukakan, tapi bila PB polish lantai dan dah tak guna tikar atau karpet, Tok Ma bilang kakinya sejuk sebab simen.
Hmmmmmmmm........

Ada ketikanya sabar PB memang hilang, tapi memandang itu adalah ibu PB sendiri, PB senyapkan sahaja.

Kalau bab berjalan jalan , PB mesti bawak Tok Ma sekali walaupun hendak ke Tesco atau JJ. Tapi adakalanya PB pun hendak jugak berjalan JUST bersama anak anak dan suami.
Ada sekali, kalau tak silap tahun lepas, Abe bercadang hendak bercuti ke Kuantan.
Abe telah pun cuba untuk membooking dua bilik, tapi gagal.
Yang dapat hanyalah sebuah sahaja. Telah diberitahu kepada Tok Ma.

'takpe, nanti Ma akan tinggal dirumah Pok Ja'

Pok Ja ni ialah adik bongsu Tok Ma (ayah sama ibu lain) yang tinggal di Kuantan.
Tapi bila sampai di sana, Tok Ma tidak mahu bermalam dirumah bapa sedara PB ini.

'tak selesa sebab tak berapa rapat'.

Maka, bertujuhlah kami didalam sebuah bilik hotel.

Kalau benda ini berlaku pada semua, apa eks..yang semua akan rasa..??
Imaginelah perasaan Abe ketika itu..?
Sudahnya suasana bercuti pun pudar sebab Abe mood tak berapa ok.
Yang gembira sakan ialah anak anak.

Hubungan Abe dan parents PB tidak lah begitu akrab.
Kalau ditanya, Abe akan berkata 'tak selesa'.
Kalau Tok Ma ada didapur, jaranglah dia akan masuk.
Kalau Tok Ma tidak memulakan perbualan atau pertanyaan, maka tiadalah perkataan yang akan keluar dari mulut Abe.
PB memang tahu ini adalah perangai azali Abe (Abe dirumahnya sendiri pun , kurang bercakap dengan ibu , bapa dan adik beradiknya).
Tapi seperti yang PB katakan tadi, susah bila bersepit begini.

Nak main kejar kejar dlm umah pun tak boleh.
Nak riba riba masa tengok tv lagilah.
Mak makan suap suap...sorilah
Semuanya sebab Abe rasa tidak selesa....

Kalau minta tolong banyak banyak dari Abe, pun Tok Ma bersungut.
kalau kemana mana sekaki dengan Abe pun, kadang kadang Tok Ma bising.

Dengan anak anak, hubungan nenek dengan cucu memang rapat , nak nak pula dengan Kakak. Kakak memang tidur bersama Tok Ma didalam biliknya.
Anak anak mana yang tidak mempunyai perangai.
Tapi itulah, PB bukannya marah kalau Tok Ma memarahi anak anak PB, cuma kadang2 itu, PB rasa kesian pada anak anak bila dileteri dan kadang kala dipukul.
Tak salah mengajar tapi.......

Tok Ma punyai rumah di Shah Alam, tapi dibuat sewaan.
PB pun tak tahu kenapa dia berbuat demikian.
Mungkin kerana sayangnya pada PB dan cucu cucunya.
Cuma, kadang kadang PB jeles pada Arena, Nik Ha, Bie, Kak Z, Kak OO , Mamarisha, dan yang sewaktu dengannya kerana masing masing mampu menerajui rumahtangga tanpa ada campur tangan.

Mungkin yang membaca ini menganggap PB tidak reti berterima kasih. Bukannya bersungut cuma hendak melepaskan apa yang terpendam. Tolong jangan berfikiran negatif dengan entry kali ini......

PB sayang pada ibu bapa PB.
PB berterimakasih.
PB bersyukur
Cuma PB berharap PB dapat merasai hidup berkeluarga, membina kehidupan sendiri, membuat keputusan sendiri.

15 comments:

izawani said...

Isk... akak yang sekejap pun buleh bergaduh, kalau tinggal sekali mesti berperang... hahahaha...

Dengan mak sendiri pun sama gak... mesti ada yang tak kena... biasa la tu... tapi best kalau dapat dok sendiri, tapi tu la sukar nak cakap... makan ati berulam jantung la... tetambah makin tua ibu kita makin menjadi jadi dia suka kecik ati... so, akak tumpang simpati jer, nak nasihat tak reti sebab akak pun kekadang malas nak layan rajuk mak... itu sebab kecik ati ngan mak, lari balik rumah sendiri... hahahaha.... (tapi mak paham anak dia sorang ni cepat merajuk)

marlinabaharom said...

MB amat faham situasi PB. Cuma kita kena banyak bersabar. Kita tak boleh nak lawan cakap ibu... betul tak! Tapi memang kita akan rasa tersepit in between hubby dan ibu sendiri kan! MB beruntung sebab mak memang tak akan masuk campur hal rumahtangga MB dan akan biarkan MB buat apa apa keputusan sendiri..

Cik Ha said...

Kak PB, saya nie silent reader blog akak.. boleh tak saya nak minta resepi daging goreng masak pedas tue? harap akak sudi berkongsi.. sori keluar topik..

cm said...

cm faham situasi pb...orang tua-tua pun ada cakap kalau boleh anak-menantu jgn duduk sekali dgn mak-mentua iyelah wpun mak-mentua sendiri kekadang boleh kecik hati jugakkan, kita manusia sentiasa lemah(tapi kes pb mungkin tak boleh nak elak sbb pb perlukan seseorang nak jaga anak2 pb, tambahan pula pb hanya 2 beradik shj jadi tok ma/tok ayah memang sayang sgt kat pb). cumanya kalau abe ada meluahkan rasa tak selesa tu kenalah pb fikir-fikirkan juga, dan bykkan sabar ye. cm pulak susah nak pujuk mak kat RP sana dtg duduk dgn cm...cm risau sbb mak tinggal sorang dan dia pun sakit, tapi dia tetap nak jaga rumah buruk dia tu wpun semua anaknya yg 5 orang ada di KL.

onde said...

akhirnya dapatlah difahami bakpo tok ma nga tok ayah tinggal bersama family PB dan Abe..

pertama, nak ucap syabas walaupun dgn PB sebab tak ramai hok boleh stay dengan parents/parents in law..kalau kak OO ni kemungkinan besar tak akan berjaya, malah lepas pantang anak pertama (masa tu balik kelate) rasa macam dah tak nak pantang dah kat kampung so from 2nd to 4th, mmg pantanf sendiri kat KL, bukan sebab tak nak berpantang tapi tak berapa nak tahan untuk stay 40 hari lebih straight ngan mak sendiri - teruk eh? walhal mak jaga kita berbelas2 dan berpuluh tahun...bagi akak, PB dah kira bersabar dan Abe jugak lah..kalau nak observe, orang tua ni memang seringkali tersalah sangka dan seringkali sangkaan mereka jarang yang baik2...sebagai anak, ada masa kita faham ada masa kita tak boleh nak faham..adat lah kita manusia..

diakui situasi yang cukup sukar walaubagaimanapun insyaAllah ada ganjarannya tu kan? sebenarnya kalau nak perhatikan, sejarah orang tua kita tu yang main peranan menjadikan siapa diri mereka...kami yang 10 bradik ni pun seringkali tak sama pendapat ngan parents dan kami byk berdiam tapi tu lah..tak sama ngan PB yang stay together...susah tu sebenarnya...

SABAR byk2 eh? (senang cakap, susah nak buat)..

((((((hugs)))))

~ahni~ said...

PB,

Nak komen pun rasanya tak sesuai. Nanti apa yg dikomen akan buat PB lagi sedih/stress. Inikan hal keluarga PB.

Bersabarlah seadanya (walaupun sebenar tidak sabar). Mintaklah kepada Nya, mengharap dari Nya, InsyaAllah kita tidak akan kecewa.

Bie said...

k.PB...
Bie paham perasaan dan situasi akak...
ada kebaikan dan keburukan tinggal sebumbung dgn parents ni kan...
kesabaran kena lebih...tolak ansur kena ada...pendek kata kena saling faham memahami dan pndg seseorg pd sudut kebaikannya shj bila kita tak puas hati pd dia brlah mkn hati tk berpnjgn...
Bie rasa k.PB lebih arif dlm hal sebegini sbb tu dpt berthn lama tinggal dgn tokma...
org kata mmglah lebih seronok dpt hidup berdua2an dgn suami shj...
tiada gangguan, tiada campur tgn dan boleh romantik lebih2 skit...hehehe...

Bie ingat dulu masa Bie masih bersekolah dan tinggal dgn mak ayah...slps ayah meninggal...kakak2 (3 org) selalu shj ada tk puas hati dgn mak...sorg pun takleh duk sebumbung dgn mak...hanya Bie, 2 org abg dan 2 adik lelaki yg boleh duk lama2 dan tinggal sebumbung dgn mak...
Bie pun heran gak....sbb 2 org k.ipar plak yg hubungan baik dgn mak especially k.ipar yg 1st (isteri abg yg sulong)

sampai skrg k.ipar tu lah yg tlg mak klu ada ape2...sbb kami semua duk jauh...dia yg plg dekat tinggal di daerah yg sama...dan bie amat rapat dgn k.ipar tu dh mcm kakak sendiri...

tp keluarga mertua lain plak ragamnya....diorg nie mmg rapat antara satu sama lain...klu boleh nk duduk bersama 24 jam...ada yg 2 keluarga tinggal sebumbung sampai skrg (k.ipar dan adik ipar...dua2 dh kawin dan beranak pinak)klu bie susah jugak nk buat mcm tu..ye lah sama2 ipar byk yg kena jaga...terutama bab aurat...
kdg2 bila berkumpul ramai2...ada juga rasa terpinggir...ye lah bie bukan jenis yg byk ckp byk dgr ada lah...tambah2 semua in laws dh ada ank sendiri...kami je yg belum ada rezeki lg...

sorry k.PB terpnjg plak.stop dululah.

Idham said...

:)
terima kasih kerana berkongsi cerita...
syabas dan sabar..

abe id nie kan....byk buat benda dah dalae idup nie..sbb dah tua hehehe...tapi tak byk hok abe id menyesal...tapi ado so jah abe id pah ko lo ni dok nyesa lagi...

"i wish i have spent more time with my arwah mak"
"i wish....i lebih tunjuk i sayae ko dia masa dia idup".

apa yg PB lalui tu bukan senang....

abe id.

zino said...

bila ada org ketiga dalam rumah memang provecy perpaksa di korbankan.. nak buek cam mano..

~adeQ~ said...

well, kite yang rapat ngan mak ni pun bila dah kawin kwngkadang selisih pendapat gak...nak wat camne...memang takleh lari dari campur tangan parents lebih2 lagi kalau pasal cucu. Tu tak duk serumah tu. Last2 kitorg ambik keputusan balik kg sebulan sekali.Kalau nak tgk cuc, dtg KL.Abis citer.

PB said...

KAK IZA
At least, akak buleh lari balik umah....

MARLINA
Yup, ibu tetap itu dan syurga kita dibawah kaki ibu. Good for you, sebab parent you understand the condition.

NIK HA
No masalah, Kak PB dah emailkan. Dapat tak?

CM
Yup, manusia lemah dan hati bukannya senang nak dijaga. Dah tersurat begini keadaannya kenalah terima. Mesti ada kebaikan disebalik semua ini. Dan untuk CM, cuba cuba la gayo gayo ibu tu lagi. Susuoh jugok kalu dok dok sihat lepas tu dok sorang2 pulok tu.

KAK WANI
Oklah tu kalau dah faham. Ibu jaga anak 10 orghe, ok, tapi anok nok jago ibu sorghe pun payoh kan..?? Sabar..itulah yg PB sedang buat nie..kalau dok, lamo doh PB lari...
adoiii laaaa

AHNI
Insyaallah. Apa apa pun terima kasih kerana sudi baca.

BIE
Masalah timbul sebab Abe asyik bagi alasan 'ada parent kak PB' sebab tu perangai dia jadi mcm tu.
Apa apa pun, Kak PB yang kena.

ABE ID
Tulah, namo lagi human, bilo takdok baru lah carik. Tiko ado, buak dok endoh...
Abe Id meme anok yang baik...

ZINO
Betul tu. So, as parent yang bakar menerima menantu, keep off from they all punya affair (kata sgn gelak gelak...)

ADEQ
Bagus untuk Adeq...

kasutVINCCI said...

kak, kv pun tatau nak komen lagu mano. Situasi akak dgn kv berbeza skt. Kv lak dok sebumbung ngan MIL. Kalau tanya org lain, semuanya mesti nak elakkan. Selain MIL, ada sekali atuk pompuan dan lelaki. Bayangkan lah karenah org tua yg pelbagai peringkat tu.

Fasa awal perkahwinan mmg kv blurrr. Kv rasa tak boleh nak terima. Kv nak duduk rumah sendiri, berdikari mcm org lain. Alangkah seronoknya kalau itu boleh kv kecapi.

Tp kv cuba fikir balik, jadikan diri kv MIL pulak. Hanya hubby sorang anak dia, dan dia sendiri anak tunggal. Takde sapa2 dah kecuali hubby. Kalau kv rampas anak dia secara total, bagaimana kalau ia terjadi pd kv pulak.
Lama2 kv dah boleh terima keadaan ni. Hubby pun selalu ambik pendekatan supaya kv tak pendam apa yg kv terasa. Dia takut kv simpan lama2 dan suatu hari nanti BUMMMM meletup. Itu lg bahaya.
Hubungan kv ngan MIL tak rapat sgt. Takdelah berborak bagai. Kv pun byk diam dari campur apa2 masalah diorg. Bukan sombong tapi takut tersalah cakap. Kalau kv ada pendapat sendiri, kv akan bincang dgn hubby, Hubby pun byk rujuk kv utk satu2 keputusan.

Kami sama2 ada ego masing2. Biasalah tu. Tapi masing2 pakat jaga hak dan privacy. Kv pun tak pernah lupa kebajikan dorang. Buat mcm mak sendiri.
Lagi pulak lahir hang nadim merapatkan jurang antara kami. Kadang2 selain dr hubby, hang nadim jgk boleh jadi posmen. Hik hik hik.

Dulu, masa nak berpantang, kv dah mengamuk sakan kat hubby nak balik rumah mak kv. Tp tak sangka pulak hang nadim lahir lebih awal. Jadi nak berulang alik ke hospital tu, kv terpaksa stay kat rumah MIl sbb lbh dekat. Dlm pantang tu, dia siap mandikan kv, barut perut dan masak macam2 utk kv. Tak kasi kv makan kat dapur pun. Semua dia sediakan. Mmg terharu sgt, padahal kami tak rapat mana.

Kunci nya, kv kena kurangkan bercakap sbb takut tersalah cakap, takut ada yg terasa hati. Buat donno jer.

Itu cerita ringkas kv lah, kalau nak cerita mmg pjg, buat buat en3.

Harap akak mampu lg bersabar. Namun kesian jgk kat ABE.;(

NZNM said...

Saya dulu nak duk KL sbb nak berdikari sbbnya kalau duk umah lama2 musti ada jer yg tak sependapat dgn mak. Mak saya telebih saye ko anok dio ni. Sapa tok reti nok decide sedighi. Dio meme mak yg particular. Dah kawin ni pun kena tegur lg kdg2 esp. bab pakaian dll...he..he..

Tp bila ingat takut dorang sakit dah tua2 ni dan dan tu segho nok balik kijo kelate, duk dkt dgn diorang. Tp mak sayo pehe kalu abe sayo pun nok duk sekali kat umah, dio kato dio nok duk bahagian lain. Saya & hubby kat bhgn lain. (Umah we all byk bhgn sbb bersambung2) Tp takde rejeki lg nak kijo kelate walaupun doh 2x mitok.

Meme ado kebaikan & kekurangan bilo duk sekali. Tp kito musti akn rindu pd dorang bilo dorang takde nanti..isk..isk..Harap2 akak terus sabar, mana tau satu hr akak berpeluang mentadbir umah tangga sendiri

Arena said...

Asm

Kak PB, sebenarnya susah jugak. Arena pernah di awal marriage dok sekali dengan mama dan baba. Almost a year. Kesian jugak Ed, asyik mengalah jek, tapi memanglah dia bad mood lepas tu. Arena memang tersepit masa tu.

Tapi arena tau, once kahwen, arena kena lebihkan suami, dan taatkan Ed lebih pada mama dan baba. Walaupun pedih nak buat, arena kuatkan hati jugak.

Semua benda, arena akan tanya Ed dulu dan kalau arena tau contohnya macam furniture yang bukan taste Ed, arena akan cakap pd mama, yang ed tak berkenan. Mama arena selau jugak cakap, ala takpe mama yang beli, bukan suruh ed belikan. Arena terdiam tapi terpaksa jugak cakap yg ed tak berkenan.

Tiap kali mama ajak ke rumah, or ke mana2, jawapan arena ialah nanti arena tanya ed dulu. Not the other way around. Mula2 mama bengang jugak dan banyak kali arena nangis sebab susah nak jaga hati kedua-duanya.

One day, kami ambik keputusan untuk pindah menyewa sendiri, mama mulanya keberatan, yelah kami berdua jek, tak yahla bazir duit kan dok sendiri. Tapi arena terpaksa bertegas(walaupun dalam hati menangis) demi untuk menangkan keselesaan Ed. Yelah, kalau dekat rumah mama, Ed nak baring2 depan Tv pon segan, apa lagi nak berlenggeng dengan towel or what kan.

So pindahlah kami, walaupun mama dan baba tak berapa rela, arena tau masa tu, redha suami lebih penting. Ed jelas sangat happy, bila sendiri. Bila dah dok sendiri dia pulak yang selalu nak ajak mama dan baba gi berjalan-jalan. Singgah ziarah selalu. Suruh arena telefon selalu. In the end, semuanya tenang dan happy. Alhamdulillah.

Arena bersyukur kerana Allah kuatkan hati untuk taatkan Ed, sebab lepas tu, semuanya falls into place. In fact the relationship between my parents, me and ed is the greatest ever and my parents pon sayang ed, kekadang arena rasa lebih daripada diorang sayang arena.. hahhahah..

Moga2 Kak Pb dipermudahkan urusan hidup seharian. Take care. Sorrylah kak panjang berjela..

Azhar Ahmad said...

Ummm, semua pendapat yang kat atas ni saya baca. Memang betul. Tapi akak PB kena la ingat. Syurga seorang isteri adalah kebhagiaan buat suaminya...

Saya ingat lagi, mak saya, mati2 tanak bagi saya kat atuk takut jadi anak atuk. Takut saya tak rapat dengan mak. Ummm ada betulnya juga..

Apapun, akak, bersabarlah. Siries, kalau akak bawak berbincang elok2 tentu tok ma akan paham. Mak mana nak tgk anak dia tak bahagiakan....

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...