27 September, 2006

CERITA HARI INI

Apa yang hendak ditulis ini adalah cerita yang terpendam. Bukan untuk memburukkan keadaan atau untuk menceritakan keburukan tentang diri masing masing. Ianya cuma sekadar luahan yang sudah lama disimpan. Kadang kadang bila ianya terlalu lama disimpan, ia akan membuat hati tidak senang.

Sekali lagi BUKAN untuk menagih simpati , cuma untuk berkongsi cerita dan pengalaman
.


********************
PB dilahirkan didalam keluarga yang agak sederhana. Tidaklah begitu susah kehidupan PB semasa PB dialam remaja mahupun kanak kanak. PB hanya berdua. PB sebagai kakak dan ayah chik sebagai adik lelaki. Jarak kami cuma 3 tahun. Hubungan antara PB dan Ayah Chik , rapat, yelah..adik beradik tidak ramai. Gaduh gaduh , tumbuk tumbuk, sparing sparing, balik balik sayang juga, peluk peluk juga akhirnya.

Ayah a.k.a Tok Ayah seorang yang ............ baik, lemah lembut dalam pertuturan dan perbuatan. Habis sekolah, Tok Ayah berhijrah ke Singapura untuk bekerja sebagai British Army.
Ma a.k.a Tok Ma seorang wanita yang berhati cekal. Belajar hingga ke tingkatan lima sahaja , tidak dapat meneruskan pengajian walaupun BOLEH disebabkan oleh masalah kewangan. Selesai SPM, terus bekerja untuk KEMAS mengajar kelas menjahit.

Dari Singapura , Tok Ayah berhijrah ke Johor (Chaah Estate) bila tamat perkhidmatan dengan British Army. Di Chaah, Tok Ayah bekerja di ladang kelapa sawit sebagai pengurus ladang. Dan di Batu Pahat, PB dilahirkan kira kira 34 tahun yang lalu. Seingat PB, PB pernah tinggal di Chaah dan juga Air Putih.(Org Johor mesti tahu tempat nikan).
Ayah Chik dilahirkan di Kota Bharu.

Dari Johor, Tok Ayah membawa keluarga tercinta balik ke Kelantan. Di sini, Tok Ayah juga bekerja dalam sektor perladangan, kali ini ladang getah di Pulai Condong(yg ni PB lupa, adalah satu ladang getah on d the way ke Machang) dan juga di Dabong. Tak lama, cuma bertahan dalam 3 tahun (kalau tak silap PB) dan Tok Ayah membawa balik keluarga ke bandar Kota Bharu. Di sini, Tok Ayah pada mulanya bekerja dengan kakaknya yang membuka perniagaan mesin jahit di bandar Kota Bharu.


Manakala Tok Ma pada mulanya menjual nasi lemak. Masa ni, kami menumpang a.k.a tinggal di rumah nenek di Lorong Gajah Mati. Masakan nasi lemak Tok Ma memang menarik ramai pelanggan. PB juga telah menjadi salah seorang pengagih nasi lemak untuk dijual di sekolah. Yup yup, kecik kecik lagi PB memang dah pandai meniaga. PB meniaga nasi lemak dan juga kalau tak silap dulu ada produk MLM yang menjual barangan barangan cute utk budak budak sekolah seperti pensel box,purse dan macam macam lagi. Kira 'larih' jugaklah jualan PB.

Tok Ma mendapat kerja sebagai kerani akaun di salah syarikat menjual alat elektrik yang terkenal di bandar Kota Bharu (hadapan stesen bas... ini, KV mesti tahu). Sepuluh tahun juga, Tok Ma bekerja disini.

Pada pandangan PB, Tok Ma adalah seorang ibu yang baik,sayang pada anak-anaknya, mempunyai sifat jimat cermat (jgn tak caya, duit dia dlm tabung haji, lagi banyak dari duit PB).
Tok Ma juga seorang yang tegas. Kuat berleter. PB hingga ke hari ini masih kena leteran.
(Bila Tok Ma bekerja, tinggalkan PB dan Ayah Chik dirumah. PB akan pastikan lantai siap disapu, kain siap diangkat dan tiada pinggan didalam sinki bila Tok Ma balik.Tengok jer jam hampir hampir waktu Tok Ma nak sampai umah, masatulah operasi mengemas bermula.Kalau tak, mesti kena panahan petir)

Habis SPM, PB sambung belajar dan alhamdulillah mendapat pekerjaan di PP. 6 bulan PB berpindah ke PP, Tok Ayah mendapat kerja dengan syarikat Keselamatan yang berpusat di Butterworth. Dan Tok Ayah ikhtiarkan supaya Tok Ma juga mendapat kerja sebagai kerani di syarikat yang sama.
Dah tersurat dan tersirat, maka pindahlah Tok Ma dan Tok Ayah ke Utara. Tok Ayah menjaga dua kawasan besar iaitu Butterworth dan Sungai Petani. Kediaman dibayar oleh syarikat keselamatan ini (rumah dijadikan pejabat).

Kebetulan pula dimasa yang sama PB mendapat kerja disyarikat tempat kerja PB sekarang ini. Berpejabat di PP. Dan TokAyah tidak lagi benarkan PB tinggal dirumah sewa. Maka berulang aliklah PB dari PP ke SP dgn menggunakan kereta yang dibeli oleh Tok Ayah kepada PB. (Untung PB kan...kereta pun Tok Ayah belikan dan bayar ansuran)
Kira PB ni memang anak Tok Ma dan Tok Ayah , tak pernah berenggang jauh.

Bila PB berkawin pada tahun 1995,PB masih lagi tinggal jauh dari Abe. Masa tu Abe bekerja di KL dan duduk bersama dengan sepupunya di Gombak. Dan pada pendapat ibubapa dan Abe, tak patut lagilah PB berpindah ke KL sehingga Abe mendapat rumah yang sempurna. Pasangan Jarak Jauh hingga PB melahirkan anak pertama. Tiap tiap minggu Abe akan turun ke SP. Dalam masa menjadi PJJ ni, Abe berjayalah mencari lokasi rumah untuk dibeli.
Kami berdua membuat pinjaman dari Tok Ma untuk membayar duit muka sebanyak 10% dari harga rumah. Harga rumah masa itu rm96ribu. PB dan Abe berterima kasih kepada Tok Ma kerana dengan bantuannya , kami dapat membeli rumah idaman (idamanlah sebab masa tu duit bukannya banyak sgt dlm simpanan).

PB masih lagi tinggal di SP sementara menunggu rumah siap dibina. Bila semuanya selesai (PB masuk rumah 'cuci kaki') barulah proses pertukaran tempat kerja berlaku. Masa pindah ke kl, PB sudah pun mempunyai anak 2 ( hik hik..express sebab setahun dua kali bersalin). Tok Ma minta PB tinggalkan kakak bersamanya dengan alasan takut PB tak leh nak 'cop up' dengan dua orang anak dan Abe yang selalu out station. Kakak memang kira cucu tok ma sebab dlm pantang dan lepas pantang, memang Kakak tidur dengan Tok Ma.

Sebulan sekali PB, Abe dan Kak Ngah turun ke SP. Kalau PB tak ke SP, mereka yang akan datang ke KL. Tak mahulah Kakak rasa jauh dengan abah dan mama sendiri.Takut jugak anak tak kenal ibu dan abah.

Masa ni, PB rasa macam ok jer kehidupan berumahtangga.(Bab ni, PB macam blur la pulak). PB tak pasti bila masa PB setuju NENEK Abe datang dan duduk sekali dengan PB. Yang PB ingat nenek a.k.a Tok Mek memang tinggal dan menjaga Kak Ngah bila PB dan Abe kerja. Dekat setahun jugaklah tempoh Tok Mek bersama PB.

*Bersambung..sebab cerita ni panjang lagi...*

SELAMAT BERBUKA PUASA...

13 comments:

Ayah said...

la sambung pulok.....ish ish ish!

Bie said...

k.PB...
lps ni sambung cite mcmana k.PB berkenalan@berkahwin dgn suami plak yea...

kakZ said...

wah PB, satu malaya dah dok. banyak berjalan luas pengalaman ni..

kasutVINCCI said...

tak sabar tunggu sambungan.;)

PB said...

AYAH
Kena ada sambungan sebab cerita zaman berjaman...

BIE
Insyaallah....

KAK Z
Tak der lah merata tempat. Sabah Sarawak lum sampai lagi

KV
Tungguuuu....jange tak tungguuuuu

zino said...

make sure cerita tamat sebelum raya ya hehe

cm said...

alala...bersambung pulak mcm tengok tv3 pulak, tertunggu next episode. takpe sabor kan puasa ni.

jamri said...

.... baca punya la cepat nak tgk ending tapi bersambung la pulak...

jgn lupa tulis cepat2 :-)

Kak Lady said...

Nak kene tunggu sambung jugak ke? Ade tak sepanjang cerita Sinetron Bawang Putih Bawang Merah?

tee said...

sambung jange sambung... selamat berpuasa dan bersahur.. :) comey ghumah baghu nih.. talk say wat pult kuning ko? he he..

PB said...

ZINO
Insyaallah..

CM
Sebab tu bersambung, sebab nak suruh CM sabar banyak banyak..

JAMRI
Baca cepat cepat...a ha..ni mesti baca langkau langkau..

KAK LADY
Wah..bwg putih bwg merah..akak tengok jugak ke citer tu...??

TEE
Sambung doh tu Tee. Pulut Kuning...sedap tu...

Zareda said...

lorr ingatkan citer hikmah kat astro ria jer bersambung sambung.. tak pe sambung jangan tak sambung

Azhar Ahmad said...

Bahagia sungguh keluarga PB yek...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...