26 September, 2006

RAMADHAN 3

Puasa puasa gini, rasa macam idea tak der aja.Kering jer.Tapi, rasa macam tak sah kalau tak update blog sendiri.

Semalam , tok ma masak kari ikan tenggiri.Makan pulak dengan ikan kering dari Sabah.
Berjheliro....orghe klate kato.

Ha ha..dalam dok tane azam talk say cerito pasal makane', dok crito la jugok.
Buak orghe lapa jah...Doh la baru pukul 230ptg.Lambat lagi nok bukok poso.


Smale, maso nok tido, tanyo tok ma apa menu ari ni?PB sero nok make singge daging.
Make jugok dengan ike kering.Memang sepadan bagaikan pinang dibelah dua.Kalau tak percaya, cubalah....


Alhamdulillah, setakak ni anak anak dara PB berpuasa penuh.Bab sahur pun ok lagi.
Cuma Arifah jer, bila dikejutkan mesti menangis.
Bila di pujuk pujuk , baru nak makan.
Bila dah kenyang, terus mata tak mengantuk.
Bila tertidur, satu hal la pulak, bila nak kejutkan bangun ke sekolah.

Berterawih pun ok lagi.
Alhamdulillah, semuanya ke surau termasuklah Nurin.
Tak sanggup nak ke masjid kat tepi tasik tu.
Dengar cerita, jalan sampai jem jem. Ramainya umat islam kat puchong nak solat Terawih.
Nurin....
Kadang kadang dia ikut sembahyang.
Kadang kadang dia buat hal jugak.
Nak minum susu ber'riba.
Nak ajak Arifah berlari lari.
Cuma setakat ini, Nurin tak pernahlah lagi ajak balik.

Semalam, PB solat terwaih dengan keadaan tak berapa nak khusyuk.
Nak marah aja...dalam hati.
Geram sungguh sebab kat belakang PB tu ada dua tiga orang budak, bukannya nak sembahyang , tapi dok bersembang. Lepas tu dok kik kik kik dok ketawa.
Adoi laaaa...rasa nak berhenti sembahyang dan empok jer kepala budak budak tu.
Harap malam ni, budak budak tu dah buat hal lagi macam tu.

Chop chop chop, baru jer tepon umah.
Tak jadi hari ni tok ma nak masak singge daging.
Aqilah nak makan daging goreng masak pedas.
So, Tok Ma tak nak hampakan harapan cucu.
Jadiknya menu petang ini ialah daging goreng masak pedas dengan sayur air petola (buoh te'ne).

16 comments:

aarin said...

Masa nie lah Macam2 menu kak PB boleh cuba..org kata lepas geram..
Saya lak tak berapa mahir so always harapkan bantuan ibu jer, kalau kawin nnt tak taulah..hehe

ummi said...

wah wah wah... bestnya. bertuah dapat dok ngan mak sendiri kan.

zino said...

bila dah ada rumah baru ni kena lah rajin2 meng update..

kami pepetang time keje ni pi tunjuk je yg mana sempat.. balik pun dah lambat.. menu pun dah mula kehabisan.. hehe

baby kalau bawa ke surau di bantai nya bermain.. sekejap je dia dah dapat kawan sebaya hehe

Syikin said...

salam,

kak..bestnya dpt berterawih kat masjid tu..

bagusnya anak2 akak dah start puasa penuh.

hehe..lawak plak bila akak kata nak empok kepala budak2 tu..dah sekolah menengah ke? baik duduk rumahkan drp p masjid buat bising

kakZ said...

surau PPerdana yang kat roundabout tu ke? bebudak tu dah terbiasa ngan sekolah(kafa)tu yang buat bising agaknya.

Zareda said...

PB, zar pun dah setat berpinau nak fikir nak masak apa untuk berbuka, nak tunjuk tunjuk memang tak lalu nak makan..

Ayah said...

dia kat sini dah rupanya.. Selamat Puasa dan bertarawikh...

kasutVINCCI said...

wah...best aaa ada tukang masak. Ibu sendiri lak tu. Tiada apa masakan yg setanding dgn air tgn ibu sendiri,kan?;)

Bie said...

cik abe kat PB tu pendiam ke orgnya???
hehe sorry klu komen terkeluar dr topik...

PB said...

AARIN
Kak PB tak berapa mahir bab bab memasak nie. Kena pulak bila Tok Ma duduk satu rumah, lagilah.

UMMI
Ada kebaikan dan ada juga keburukannya, ummi. Apa apa pun, PB bersyukur sebab PB masih mempunyai lagi ibu dan ayah.

ZINO
Itulah, bila ada umah baru ni, semangat kena tinggi.Setakat hari ni, belum lagilah PB makan lauk tunjuk tunjuk. Esok lusa tak tau lah kan. Anak Zino Baby tu memang peramah dan jenis senang dpt kawan. Mengikut gen sapalah agaknya tu?

SYIKIN
Betul Syikin, memang akak rasa nak berhenti solat dan empok empok kepala budak tu. Tok Ma kata tahun lepas pun mereka macam tu jugak. Kak PB berdoa agar mereka akan insaf dan berubah.

KAKZ
Surau yang kat round da bot tu bukan surau PP. Surau PP tu kat area flat. Setahu PB, surau kat round da bot tu dah tutup sebab dah ada masjid besar tu.

ZAREDA
Lauk tunjuk tunjuk ni nak kena tengok tempat jugak. Kalau kena dgn ngam selera kita, tiap tiap hari pun tak per. Tapi, dah naluri kot, sekali sekala nak jugak makan makanan yang dimasak sendiri.

AYAH
A ah dah pindah rumah baru. Saja , ambil berkat bulan puasa. Untuk ayah dan keluarga , PB juga ucapkan selamat berpuasa dan selamat beribadat.

KV
Awak tu pun apa kurangnya. Ada ibu mertua kan..? Ibu mertua adalah sama dgn ibu sendiri..(hmm..betul ke?)

PB said...

BIE
Kalau adalah anugerah lelaki terdiam di Puchong, rasanya dialah yang akan dapat anugerah itu. Nak buat macam mana, itu sudah kejadian asalnya...

ibuVouge said...

KAK PB!!!!
cantiknya blog dia..
sedapnya singgang daging

PB said...

IV!!!!!!
Wah lamo demo hile..tibo tibo muncul..Dgr kato ado di KL. Oklah tu... Singge daging meme besh, tapi smale dok masok singge, masok sayur te'ne jah.

blackpurple said...

Ni surau yang mana satu ni PB..? hehehe

PB said...

BP
Dihadapannya flat
dibelakangnya rumah teres
dibelah kanannya kedai
dibelah kirinya sekolah..

carilah....

Azhar Ahmad said...

Ahaks, nak mula dari bawah. Pb dah penah datang bolg saya kannn...

Ummmmm, memang budak2 buat hal kalo terawih. Tapi saya pekakkan telinga. Pas semayang nanti, bukan piat telinga budak tu, tapi masa dok borak2 tu, tanyalah "Anak siapa ek yang buat bising kat belakang? Tak kusyuk aku"

For sure, ada yang terbakar, insyaAllah esok budak tu takde dah.

Ini amalan kat kampung kami. Bahasa biar berlapik agar tidak menyentuh hati sesiapa...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...