10 November, 2006

AGENDA

assalamualaikum...

melaporkan dari Seksyen 18 Shah Alam, cuaca diluar tingkap sekarang ni gelap gelemat.
Hitam pekok, hi'te le'ge langit menanda hujan akan turun tidak lama lagi.
Bagi membonceng motor, cepat cepat 'press' minyak supaya cepat sampai.
Kalau idak, jawabnya bha'soh je'rok la demo...
Kalau penunggang laki-laki yg basah lenjun, tak pa, tapi kalau penunggang pompuan, pakai pula baju t shirt putih...wah...jamu mata la semua org keliling.
Kena pulak C Cup...kuang kuang kuang

Dah melalut la pulak PB nie...mengantuk mata yang sebenarnya.
Suasana dlm ofis ni pulak, senyap jer dan sejuk...
memang sedap kalau zzzzzzzz

Mengantuk ni bukannya apa , perut kenyang.
Baru balik dari Jalan Kebun, ada kawan 'open host'.
Dia masak nasi tomato dan laksa penang.
Kenyang membutal la sekarang nie.
Nak tengok Tv, citer Bawang Putih Bawang Merah pun bukan ada hari nie.

Bercerita tentang 'open host' dan makan makan nie, PB agak esok mesti ramai yang sibuk memenuhi pelawaan kawan kawan atau pun diri sendiri sibuk menjadi tuan umah.
Bila dok ingat ingat plan esok, tak semena mena rasa letih dan kenyang.
Ketat sungguh jadual PB esok ....

Sebelah pagi , kena berarak ke Sekolah Aqilah.
Dia dpt nombor dua dan juga keputusan English terbaik untuk Tahun 4 disekolah tu.
Jadiknya dia akan naik stage la esok pagi.

Boss Abe merangkap classmate lama PB, buat jamuan raya kat Ampang.
Lepas sekolah, terus ke Ampang.

Dari Ampang, kena ke Bandar Baru Puchong, sedara Abe pula buat open host.
May be dari sana, PB akan balik umah kejab, mandi dan rehat2 kejab.
Abe pula harus masuk kelas jam 3 petang.

Dalam pukul 4, PB hajatnya nak ke Taman Puncak Perdana.
Nak jumpa kawan blogger yang terkenal .
Rasa rugi kalau tak kesana...
Makan makan sambil eratkan tali persahabatan.

Selesai urusan bercanda dan 'chak pui' di sana, PB kena balik umah.
Mandi manda , dan lepas solat Jumaat kena ke Kelana Jaya pulak.
Ada perjumpaan hari raya KELUARGA BAKTI....
(ada ka sapa sapa dari keturunan BAKTI nie???)
(ini kaum kerabat Abe)
kalau ada, boleh la kita dating ...

Disana pula program mula jam 8 mlm hingga ke 11 mlm.
Letih nyer rasa.....

Biasanya perjumpaan Keluarga Bakti diadakan di Kota Bharu.
Tak tahu kenapa, tahun ni mereka tukar angin.
Mungkin kerana, ramai yang bermastautin di KL dan Selangor, sebab tulah mereka rasa lebih mudah jika berhimpun di sini.

Begitulah perancangan yang telah PB atur untuk esok.
Kita hanya merancang , Allah yang menentukan.

PB berdoa agar semuanya berjln dengan lancar.

Pssttt.......Abe lum balik dari Johor..
Cepat la balik......

4 comments:

MQ said...

amboi kak PB..ber open house sakan yer..kak PB bila nak buat open house pulak? kenduri pi haji tu jadi dak? kontek tak org catering tu?

zino said...

asyik cerita open house sana open sini.. tapi tak ada yg cerita lagi.. yg dia nak buat opeh house dan semua di jemput hadir hehe

kasutVINCCI said...

wah ketat nya jadual tu. Hehehehe..makan weh..makan.;)

PB said...

MQ
Jadi...tapi mak akak kata dia nak masak sendiri...menu simple jer...nanti akak call MQ...thanx

ZINO
Sebab tiap tiap minggu penuh dengan undangan, sampai tak sempat nak rancang untuk umah sendiri

KV
Klate tak dok open open house gini...nok mari , mari jah. tepon, pah tu tu'e umoh angkat, gapo hok ado dapo...sene kan...

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...