13 November, 2006

BERKUMPUL????

Sabtu tu, alhamdulillah dapat PB tempuhi dengan jayanya.
Tapi PB sedih, sebab PB tak sempat nak melawat umah Mama Risha.
Susah susah MR faxkan peta umah dia pada PB tapi PB tak pergi.
Masa nak pergi tu, hujan selebat lebat yang ada.
Abe pesan tak yah lah pergi sebab takut PB sangkut dalam jem.
Mama Risha...PB minta maag yer.
Mungkin tahun depan, kalau ada reseki, kita jumpa.

Seminggu lagi , habislah bulan syawal.
Esok , ada jamuan hari raya di pejabat PB.
Hajat di hati tu nak buat triffle (betul ke ejaan nie?)
Barang barang yang diperlukan belum pun dibeli.
Ni, dok tunggu Abe lah ni nak datang ambik PB.
Nak pergi Giant...

Malam sabtu tu, lepas Abe habis kelas, kami ke Kelana Jaya.
Perjumpaan Keluarga Bakti.
Makanan yang dihidangkan simple jer .
Satay, nasi impit, lemang, seruding daging, nasi goreng cina dan sedikit kuih muih.
Ramai jugak yang datang.

Tapi pada pendapat PB, pertemuan yang diadakan ini tidak memenuhi motif penganjur.
Sepatutnya bila ada pertemuan begini, maka akan mengeratkan tali persaudaraan.
Yang PB lihat, lain la pulak jadi nya.
Yang dtg dtg tu cuma berkumpul dikalangan saudara mara yang mereka kenali sahaja.
Then...tak der pula usaha untuk berkenalan antara satu sama lain.
(termasuklah Abe.....)

Kebetulan ada kolam renang di situ, dah jadi dua group.
Satu group sebelah sini
Satu group sebelah sana
Dahlah jauh, gelap pulak tu, langsung tak nampak wajah antara satu sama lain.

Entahlah, rasanya kalau tiap tiap tahun berjumpa, tapi tiada usaha untuk kenal kenal, memang tak kenal sampai bila bila lah...gamaknya.

6 comments:

weAr said...

bnyknyer aktiviti kak PB~
da wat open house ker?jgn luper jemputt..

cm said...

PB guano nak buat trifle tu ajar le...nak makan sendiri ni.

Syikin said...

salam,

kak..saya pun tk p rmh mama risya sbb husna lum sembuh sepenuhnya

kak, majlis tu tak de aturcara majlis ya? mmg sayang kalau tak de sesi taaruf..

kasutVINCCI said...

abih tu sapa yg menganjurkan perjumpaan tu. Ramai lak yg ikut serta pulak tu. Sayang la majlis berlalu mcm tu jek kan.

Pisces said...

Perjumpaan Keluarga Bakti, mesti kena buat aktiviti suai kenal balik la kalau cam tue.. pastu baru la buleh nak tabur bakti pada yg lelain pulak.. hehehe..

PB said...

WEAR
Tahun ni Kak PB memenuhi jemputan kengkawan jer. Abe tak der umah, tak besh kalau buat open house tanpa tuan rumah....

CM
Insyaallah, PB tulis resepi ....tunggu yerrr

SHIKIN
Aturcara ada tapi simple jer...lepas baca doa terus makan dan ada potong kek dan cabutan bertuah tu jer. Dua tahun lepas ada buat kat KB, satu hari kat situ, tapi masih sama jer. Awak - awak, saya - saya.....

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...