06 November, 2006

CERITA RAYA LAGI

sambung cerita raya lepas cerita kobis....

Mlm raya tu PB cuma sibukkan diri menggosok baju anak anak dan suami tercinta (cinta ke??)

Pagi tu, bila PB celik mata, bau harum semerbak.
Masuk dapur dengan muka tak basuh, tengok tengok all the makanan dah siap terhidang.
(Baik punya menantu, dah la menantu pompuan sorang) .....

Kejutkan anak anak dan Abe bersiap untuk ke Masjid.
PB pula , sibuk menyiap anak anak dara.
Tahun ni mereka nak pakai tudung, jadiknya, jenuh la pula PB menggosok tudung.
Nasib baik bawa balik spare part, kalau idak....
Lepas sessi gosok, sessi memakai tudung.
Pin tudung la tak cukup.
Masuk bilik Achik(adik ipar) rembat pin tudung dia dan Tok Ma No 2 (anak PB panggil MIL Tok Ma no 2).
Ada yang pakai pin kanan, ada yang pakai pin atas kepala.
Yang si kecik Nurin tu pun, nak bertudung sakan sebab tengok kakaknya cantik.
Selesai berperang dengan tudung , giliran PB pula.
Tahun ni, baju kurung tanah hitam bunga purle dan pink.
Tudung kaler pink.
Comel sih....adoilllaaaa tak habis habis perasan.

Macam tahun lepas, PB masih lagi tak pergi solat raya.
Tak sempat nak join kaum suami yang turun awal lepas makan.
Hidangan yang MIL masak ialah nasi kapit,kuah kacang, sambal kelapa + ikan, kuzi ayam, roti bulat-bulat (cicah kuzi) dan juga satay.
Satay ni BIL yang sulong yang tempah.
PB rasa adik ipar PB yang kecik tu bangun kul 4 pagi, bakar satay.
Kerja PB makan sahaja.

Routine biasa lepas solat, kami akan melawat rumah kakak MIL dan juga anak sedara MIL.
Itu kira rumah wajib yang kami lawati kat area umah MIL.
Lepas itu, PB pulak yang control....ha ha ha...
Memang PB suka ajak Abe dan anak anak PB melawat semua sedara PB.
Tak kira umur, status, semua PB pulun.
Yelah kan, kalau kita sebagai ibubapa ni tak bawak anak anak jumpa sedara mara , nanti mereka tak kenal..
Nanti putus sedar pulak. Jumpa tengah jalan , buat tak tahu jer.

Hari kedua, masih sakan beronda. Kena pulak kawan Abe tu member PB, lagi sonok beraya.
Keluar umah pagi, balik umah dah malam.
Family in laws semua dah tahu perangai 'kita berenam nie'.
Malam tu , PB baru bagi hint hint pada Abe yang PB nak jumpa org jauh ni bila dia mendarat
kat airport Pengkalan Chepa tu.
Abe kata nantilah dia fikir...
Nak masuk tidur tanya lagi...

' PB pilih, nak jumpa dia kat airport atau nak jumpa sedara mara kat Ketereh?'
'Adoooo....laaaaaa.....'

Dalam hati, dah start nak frust sebab tak sempat lagi nak jumpa member ni.

Hari raya ketiga bersamaan Hari Khamis. Kami berenam ke Ketereh dan Pangkal Kalong, melawat sedara PB dan juga bekas pensyarah ni.
Pensyarah ni sebenarnya idaklah mengajar Abe dan PB. Dia adalah guru penasihat untuk
Persatuan Silat Gayung. Hihi jangan tak caya PB pandai bersilat tau. Green belt less 3 strip merah. Jangan dekattt......
Memang tiap kali kami balik kelantan, kami akan melawat dia.

Masa duduk kat umah pensyarah ni, PB dpt message.
'Dah sampai airport'
'Minta maaf tak dpt jemput. Ada di area Ketereh'

Senyap

'Jemputlah dtg umah kakak'
Terus PB tunjuk sms tu pada Abe..

Nasib baiklah Abe dengan senang hati, bersetuju.
Abe setuju sebab dia pernah kata pada PB 'kenapa dia tak ajak jumpa kat umah ?'

Wah.....baik sungguh Abe raya nie...
Rasa nak peluk peluk cium cium Abe kat depan pensyarah tu....
Ha ha ha...

Dari sms, terus calling calling minta direction umah.
Lepas tali air, ada jambatan kecik, lepas tu ada kedai kopi belah kanan,
Then ada lorong kecik, masuk ikut tu...

Wah..Abe memandu dan terus memandu melepasi tali air kemubu, jumpa orghe belarok , jupo jambate kecik, tapi tak jumpa kedai kopi pun.
Call lagi....bagi tahu ada depan sekolah kebangsaan bandar.
Mazudi...kenal ker? Situ ker umah awak????

Last last member tu kena datang jemput.
Sepuluh minit jugaklah dok tunggu. Dalam hati PB dah gubra, gabra, gerun,gemuruh .
Bukan apa takut Abe merungut.......
Anak anak dok tanya, kawan mama naik keter kaler apa.
PB cakap 'merah'.
Tu dia tiap kali lalu keter merah, mesti mereka kata..bukannnnn punnnnn

Last last sampai jugaklah orang yang ditunggu tunggu tu.
Baju putih ada line merah merah pink... (betul ker)
Finally........jumpa.

Untuk member tu, terimakasih sebab layanan yang begitu baik.
Sedap nasi dagang tu.
Dan untuk pengetahuan 'awak', terusan kecik tu dulu ada pasar malam.
Dan PB setiap kali ada motor (yg member bagi pinjam) mesti PB ke situ.
Beli nasi kerabu....
Naper lah tak cakap tali air tapak pasar malam...

Apa apa pun, PB gembira berjumpa dengan 'awak'.
Hubby pun happy jugak.

Balik dari Kemubu, kami ke Pasir Mas. Ada kenduri kawin.
Memang kenyang membutal hari tu.

Hari raya keempat masih beraya sakan. Hari raya kelima, hari sabtu , PB ke pasar Siti Khatijah lagi.
Membeli barang barang yang perlu dibawa pulang ke Puchong.
kali ni pergi dengan MIL, dan dua SIL.
Lengkuas, kunyit, lada hijau, putik jagung, bunga kantan.
Nasib baik tak beli bawang merah dan bagainya.

Malam tu, kami bertolak pulang setelah menerima beberapa berita tentang ke'jem'man jalan raya.
Ada member tu sangkut dari Pulau Chondong dua jam , tak sampai sampai Machang.
Abe ikut jalan Pasir Puteh tuju ke Kuala Berang.
PB sempat la tengok Kampung Imam Lapar.
Jumpa lembu lembu dan kerbau kerbau yang berkeliaran atas jalan raya.
Lepas tu PB pengsan.
Sedar sedar dah masuk Pahang....
Selamat sampai Puchong jam 8.30 pagi.

Kesimpulannya PB raya sakannnnnnnnnn

10 comments:

EdRyNA said...

Bila baca cerita raya PD ni rasa mcm penat2 satu badan + perut kenyang semcm...hahahahaha
Tak letih ke jalan tak henti2???

kakZ said...

sakan sungguh beraya. akak pon sakan jugak, hari pertama kata rumah MIL hari kedua kat rumah Bonda, hari ke-3 kat MIL, hari ke-4 kat Bonda, macam tu la sampai balik kl. pasai apa jadi cam tu? MIL buat perangai sikit taun ni. :(

~ahni~ said...

PB, saya memang tak puas langsung raya tahun ini sampai nak cerita kat blog pasal raya pun tak lalu... tapi bila ada masa saya akan ceritakan jugak.

Takut nyer bila saya baca pasal kubis tu... mmmm....

zino said...

memang sah beraya sakan...

JoKontan said...

PB : memang payoh jugak nak convince-kan the other half nak gii raya rumah Member yang terjumpa di Alam Maya nii. Jumpa pun belum pernah ?. Dub dab dub dab.

Hari Sabtu Lepas Jo beraya di rumah member alam maya. Bawak Maam sekali..

Not bad gak tuh

mazudi said...

Huwaaa... :(
semua nama tempat tu dah macam kampung aku. Tapi rumah aku bukan kat kg bandar, rumah aku kat simpang masuk ke Kemubu dari jalan Pulai Chondong (bukan Pulau eek!) ke Machang tu.

Aku kalau balik raya memang takleh nak keluar mana mana sebab jalan Pulai Chondong - Machang akan ada sejuta kenderaan melaluinya.

Dah abis ker citer ni?

~ GAB ~ said...

Fullamaaak... beraya sakan PB ye? Bagus lah. Yg pasti PB happy sesangat raya hari tu. Anak2 jgn cerita le. Lain kali pergi le beraya ke Melor, GAB akan tunggu...

SELAMAT HARI RAYA le kita.... belum abih lagi nih...

PB said...

EDRYNA
Masa jalan tu happy sakan, tak letih pu, tapi bila nampak katil, masa tu lah balas dendam.

PB said...

KAK ZIE
Wah akak, akak lagi la berulang ulang.Tak perlah akak..kita sabar jerlah...

AHNI
Nie, Sikit pun kena tulis jugak supaya tahun dpn bila nak recall buleh baca dlm blog...hi hi

ZINO
memang sakan, tapi rasanya tiap tahun memang mcm ini.

JO
Memang berdebar debar. Risau gak pun ada....tapi at the end, semua happyyyy

MAZUDI
Ado sikit lagi.....

GAB
Melor...?? Kat mana..?? Kat pasar tu ker? Sokmo gie situ , ado cikgu silat...

Idham said...

:) pB...terima kasih kerana sudi berkunjung....seronok dapat jumpa pB dengan suami dan anak2...yg comey2 itew.
menten jelita eh pB...
ada baca entry GAB yg latest tu..pasal GOLD....hehehe...bertebeng baghe mah dio :)

lain kali jumpa lagi....maniss giteww awak!

idham

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...