13 December, 2006

KENAPA????

Macam macam yang berlaku hujung minggu lepas.

Malam Sabtu tu pB bertolak dari Puchong ke KB dengan menggunakan perkhidmatan bas Transnasional.
Oklah , sebab bas baru.
Tapi in the middle of the journey, pB tak leh tidur.
Mungkin sebab kesejukan..
(masa ini lah, dok fikir, kalau lah aBe yang ada kat sebelah, buleh lah pegang pegang tangan).

Sampai di KB (depan Bangunan TM) jam 450 pagi.
Bapa mertua ku sudah pun ada menanti disana.

Sampai dirumah, tiada anak anak kerana mereka semua mengikut abang ipar ke Tok Bali.
Ada acara Hari Keluarga disana.
So apa lagi, pB tido sakan lah pagi tu.
Kena pulak sekarang kat Klate cuaca sejuk ....
Hujan hari hari...

Hari Sabtu tu, pB ambil kesempatan untuk berjumpa dengan kawan lama yang lama pB tidak jumpa.
Dah anak empat kawan tu.
Dan dah kira berjayalah di sana.
Pengurus Besar di *NB T**p*t.

Petang , jam 3 petang, baru dapat berjumpa , melepas rindu dengan anak anak.
Tapi, mereka semua kepenatan.

Dlm dok gembira dpt berjumpa dengan anak anak, ada satu kekalutan berlaku.
Tiket yang dibeli oleh bapa mertua tidak kena dengan permintaan pB.
Dah satu hal, pB dok menalifon stesen keretapi Pasir Mas.
Nak minta tukar tiket dari tempat duduk ke tempat tidur.
Berkali kali pB call, namun jawapan yang sama pB terima...
'kami belum dpt arahan dari KL untuk tambah coach'.....
'sila telefon esok jam 9 pagi...'

Pada hari Ahad, pB tawakal aja dan terus ke Bandar Pasir Mas.
Dah bertahun pB tak memandu ke Pasir Mas ni, dalam hati dok berharap janganlah sesat.
Nasib baiklah stesen Keretapi tu tak susah untuk dicari dan alhamdulillah juga tiket pB tu dapat ditukar , cuma kena tambah sedikit duit lagi...

Selesai tukar tiket , pB bersama Aqilah dan Nurin ke Kota Bharu.
Nak kena cari Maybank, pulus dah tarak ....
Kat bandar KB ni cuma ada dua jer Bank Maybank...
Dan kedudukan bank ni, tak lah berapa elok sebab susah betul nak parking kereta.
Kat petrol petrol pam, belum ada lagi kemudahan ATM...
Bilalah Maybank ni nak adakan servis ni....

Selesai urusan di Maybank, pB ke kedai gunting rambut.
Actually bukanlah kedai, sebab 'mek cino' ni buat bisnes dalam rumah nya.
Murah jer, gunting rambut kanak-kanak dan cuci rambut pB cuma RM11.
Then belikan mereka Kay Ef See...
Balik dan rehat kejab bersama anak anak.

Then, mother in law ajak ke rumah anak sedaranya.
Nak tengok cucu baru.
So, segerabak lah ke sana, dekat jer Jalan Bayam.
Selesai di sana, kami ke rumah adik ipar pB pula.
Balik rumah, hampir maghrib.
Selesai maghrib, keluar lagi ke Pasar raya Billion.
Memenuhi segala permintaan anak anak.
Kira ni rasuah lah...
Sebab esok pB dan nak pulang KL.
Wah...memang sibuk sungguh Ahad tu...

Nurin, 'ngerak' biasalah.
Apa apa semuanya nak mama yang buatkan.
Aqilah, masih lagi dok bertempek dengan pB.
Yang paling pB respek, afiqah.
Langsung tak kisah, pB ada atau tak der.
Ajak keluar , pun tak mahu.
Sibuk dengan TV dan juga PS2.
Sampai satu extend , pB rasa pB nak bawa pulang jer PS2.
Mana idaknya, kadang kadang makan pun boleh lupa bila dia asyik dok mengadap benda tu.

Isnin tu, pB keluar lagi, belikan aBe murtabak Hajjah Halimah dan juga buah mempelam.
Sekilo 5 ringgit. Oklah tu.
Tak banyak buah lagi.
Disebabkan hujan renyai renyai, malaslah pulak rasa nak berjalan ketempat pB parking kereta.
So, Naik beca / teksi bersama Nurin.

Kat Kelantan, beca dipanggil teksi.
Teksi dipanggil kereta sewa..
Kereta sewa dipanggil apa nyer???

KV sila jawab......
Teruja Nurin, sebab dia tak pernah naik teksi sebelum ini.

Masa berlalu begitu pantas bila kita berada disamping yang tersayang.
Disebabkan pB pulang dengan keretapi, maka jam 6 petang pB dah terpaksa keluar .
Kesian anak anak.
Terutama sekali Aqilah.
Dia mesti menangis tiap kali pB balik ke KL.

Sampai di Stesen Pasir Mas, train belum sampai.
Borak borak dengan adik ipar. Dpt lah korek rahsia dia...hi hi hi
Jam 7 petang, train sampai.
Berlari sakan pB sebabnya coach yang pB naik tu jauh dihadapan.
Nasib baik sempat. Tapi termengah mengah.
Beg pulak berat....

Oklah, keadaan dlm coach tu , cuma kdg kdg bising bila ada penumpang berbual antara satu sama lain .
Yang kurang menyenangkan ialah kurang rasa aircond.
Berpeluh jugaklah pB malam tu.
Namun, bila tengah malam, baru ok sikit.
Dapat pB lena...

Bila sampai di Gemas, berlaku perkara yang pB tak sangka akan pB alami sekali lagi.
Terkandas di situ, hampir 3 jam.
Ada kerosakan teknikal semasa pertukaran kepala kereta api.
Jam 7 pagi , baru bertolak menuju ke KL.
Sampai di KL Central jam 10 pagi.
Bergegas , beratur ambil tiket komuter.
Nasib baiklah ada member yang boleh tunjuk jalan.
pB bukannya fimiliar sangat dengan KL Sentral nie.
Sampai di Shah Alam, jam 11 pagi.
Minta tolong kawan pejabat ambil.
Dan dengan sebab inilah, pB masuk pejabat semalam tanpa Mandi.....
Kah kah kah...semalam dalam sejarah....

Tengah harinya, selesai aBe exam, pB minta dia belika t shirt dan sabun mandi.
Mandilah pB di pejabat......
Baru selesa.....

So, itulah ceritanya mengapa pB masuk pejabat tak mandi....

Lepas ni, nak kena fikir 40 kali sebelum nak beli tiket keretapi....

Menjawab soalan pendita, cuaca di Klate dah tak menentu.
Kejab hujan, kejab panas...
Kira kalau jemur kain, memang tak berapa nak kering.
Sejuk......
Mandi pun kena guna air suam...kalau tidak, keluar bilik mandi, macam baru keluar dari peti sejuk.....

Nampak gaya pB hujung minggu ni balik lagi..
May be melalaui jalan udara la pulak...
Memang duit habis banyak betul bulan nie...

Tulunnnn.... ada sapa sapa yang bayar zakat, bolehlah bayar pada pB...
KV, kak pB dah berkali kali balik , tapi kita tak jugak jumpa jumpa...
Macam mana nie....??????

14 comments:

RaFFLeSiA MeRaH said...

panjang citer kak PB yerk, dpt sy bayangkan camane akak masa tu, kalau sy dah cuti dah gamaknyer ari tu...x larat sy ni gi opis dlm keadaan badan penat camtuh...

Nik Ha said...

Wah!adventurousnyer journey ye. Saya mmg tak harap sket dgn keretapi ni. Kalau saya mau EL je tu. Nak dtg opis yg ramai2 dgn tak mandi, mau kecoh satu opis..haruuu.

Mmg kalau berjauhan duit byk habih kat travel & bil tipon tp berbaloi bila buleh jumpa dgn org tersayang. Dlm ramai2 ank2 tu adala yg rpt & manja dgn kita kan.

Arena said...

Kak PB,
memang sepanjang cuti, anak2 dok kat kampung je ke.. parah gak duit tuh..

pB said...

R.M
Tak boleh nak cuti sebab coordinator cuma ada dua org. Dan member kak pB tu memang dah apply cuti...

NZNM
Memang adventeros betul.... sakit badan lah jugak...
Terpaksa tolak tepi pasal duit tu sebab anak anak kat sana..

ARENA
Aah, sepanjang cuti mereka akan berada disana . Insyaallah 22hb ni, kami berdua akan pulang kesana untuk beraya....Duit memang keluar macam air paip bocor...

rina said...

naik ketapi kt stesen p.mas ko... dekatlah tu ngan umah saya...

i'allah lps bersalin 2-3 ari baru balik pantang kt pmas...

KAMATO said...

Pernah juga dulu naik beca tu, tapi bila dia mintak RM3, tak sampai hati nak bagi... kesian penat abang beca tu kayuh

zino said...

semakin lama KB semakin dekat .. tiap minggu balik..

pB said...

RINA
Wah...demo orghe pasir mas kor? mesti comel lote nie...

KAMATO
Hari tu pB bagi rm10..sebab kesian bila pakcik tu kata dia belum makan lagi.....

ZINO
Memang makin dekat, duit dlm akaun harimau tu pun, makin nipisss...

Anonymous said...

kambing yang tak mandi pon mahai tau, apatah lagi setakat sehari tak mandi cam kak PB nih?

kasutVINCCI said...

kak pb ada kat klate ko ari sabtu ni? KIta jupo kat kb mall, buleh? Hahahahahaha

pB said...

OREN
Tak mandi pun wangiii..sembur minyak wangi byk byk..

KV
Wah sakan gelak...mcm tak ikhlas jer nak jumpa nie...

Zareda Norman said...

alamak kalau balik KB lagi, nak kirim tudung bawal ler.. agak agak boleh tak?

Anonymous said...

naik bas di puchong? konpem di puchong prima. Sbb situ ada 1 je stesen bas.. satu2nya stesen bas tranasional. 2 minggu lepas pun saya naik situ gok. sbb saya dari umah adik di puchong. hehehe

Anonymous said...

kat kb ada 3 la maybank.. hehe. kat stesen minyak pun ada atm maybank.. biasanya petronas lah. tak seme petronas. yang terpilih je. mmg parking susah skit kawasan maybank tuh.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...