18 January, 2007

a

Balik dari Kota Bharu baru baru ini, pB dapati rumah jiran (selang 10 buah) ada khemah dihadapan rumahnya.
Tak ambil kisah sangat sebab dalam fikiran dok fikir mungkin mereka buat kenduri.
Yelah kan, baru jer raya haji...

Dalam dok kelam kabut pB dok mengemas di dapur, Abe datang menghampiri pB..

Tahu dok bakpo ado khemoh depe umoh cikgu hawo..?

Demo tu bekwoh kali......

Cikgu Mohd Meroh dah meninggal...

Reaksi pB masa tu.... terkedu, tiba tiba rasa macam kosong jer

Innalillah hi war inna hirojiun.....

Pasangan suami isteri ni adalah dari golongan DKK (Mamak). Arwah Mohd Merah adalah seorang guru yang sangat aktif bertugas di salah sebuah sekolah menengah di Damansara. Pernah menyertai rancangan Roda Impian . Berumur 42 tahun.

Isterinya pula seorang guru tadika. Mereka mempunyai 3 orang anak. Yang sulong, lelaki , baru berusia 16 thn, yang kedua juga lelaki berusia 11 tahun dan yang bongsu , perempuan , darjah 2.
Anak sulong mereka telah berjaya memperolehi 8A1 semasa PMR tahun lepas.

Dari cerita yang pB dengar semasa pergi melawat , Arwah telah mengadu sakit dibahagian dadanya pada jam 4 pagi. Mereka telah ke Hospital PutraJaya dan Arwah dikatakan telah meninggal dunia di bilik kecemasan.

No comments:

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...