30 January, 2007

CINTA

Semua komen kawan - kawan pada blog lepas, telah pB sampaikan kepada kawan pB itu.
Buat masa ini, pB rasa dia sedang belajar untuk melepaskan apa yang sepatutnya dia lepaskan itu.
Dah ditakdirkan 'orang' tu bukan milik dia.
Dan dah ditakdirkan 'dia' adalah bukan milik 'orang' itu.
Macam Bro Zino kata, bukan mudah nak lupakan orang yang pernah kita suka.
Tapi kena ikut jugak kata NKB, jangan yang dikendong keciciran dan jangan yang dikejar tak dpt

Tulah kan, kadang kadang bila difikirkan , masalah yang dihadapi oleh setiap yang bergelar manusia ni, berlainan caranya, berlainan agendanya.
Ada yang diuji dengan masalah kewangan.
Ada yang diuji dengan masalah kesihatan.
Ada yang diuji dengan masalah anak-anak.
Dan ada juga diuji dengan kehadiran pihak ketiga.

Nak gelak pun ada pagi tadi, bila di radio Era, muncul topik 'Bos , saya tahu bos curang'...
Dlm bahagian pB ni, tak pernah lah pulak pB dengar.
Tapi kalau department lain, tu adalah jugak berbunyi bunyi ....

Kenapa berlaku kecurangan didalam perhubungan.....??
Bahaya tul soalan cepu emas ini...

Sekarang curang bukan saja berlaku pada suami, isteri pun dah pandai berlaku curang.
Agaknya dalam dunia yang penuh dengan teknologi yang memudahkan perkara ini berlaku.
Yelah kan, ada sms, ada mms, ada email...
Semua nya tersembunyi.
Kena pulak kalau pasangan tersebut itu 'buta IT'.
Langsung tak reti nak godek PC , hp atau laptop si suami atau si isteri.
Percaya 100%.
Itu yang lebih membuatkan perkara itu berkembang.

Siapalah pB untuk mendiskusikan isu ini.
Hal ini berkait dengan perasaan.
Dan ada orang pernah berkata
"You will do crazy things when you fall in love".

Betul kan...??
Cuba ingat dulu, semasa kita dilamun cinta.
Naik motor dari johor hingga ke KL pun tak per (biarpun nak kram punggung punggung).
Habiskan beratus ringgit untuk bil hp pun tak kisah...
Tanggung awek belajar , pun tak kisah.
Makan maggie tengah tengah bulan sebab nak simpan duit untuk bawa awek candle lite dinner pun sanggup...

Setiap orang akan jatuh cinta.
Yang bezanya 'dengan siapa kita jatuh hati'.

Kenapa pB melalut hari nie...??
Mungkin sebab hari ni pB kena tinggal lagi kot...
Abe ke Ipoh lagi....

"sayangkan anak ditangan tangan kan"
"sayangkan isteri ditinggal tinggalkan"....

Siapalah pB nak menghukum atau untuk memberi pendapat ?
Kita tidak berada di dalam situasi itu...

Ini yang sempat pB surfing lirik lagu yang bersangkut paut dengan cerita petang ini.

Ungu - Demi Waktu
Ku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir di antara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku
Maafkan aku…
Menduakan cintamu
Berat rasa hatiku..
Tinggalkan dirinya
Dan demi waktu..
Yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku..
Sepenuh hatimu
Seandainya bila..
Ku bisa memilih
Kalau saja waktu itu
Ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua takkan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran

D' Lloyd - Mengapa Harus Jumpa
Mengapakah kita harus berjumpa
Dikala kau telah berdua
Berdosakah diriku kepadanya
Pabila aku mencintaimu
Namun kini apalah dayaku
Semua kini telah terjadi
Walaupun kau sayang kepadaku
Tak mungkin oh tak mungkin
Oh Tuhan yang Kuasa
Berilah petunjuk-Mu
Betapa pedih kurasakan
Kasihku tak sampai
Kembalilah kau ke-padanya sayang
Biarkanlah kini kusendir
iDoaku selalu menyertaimu
Semoga kau berdua bahagia
Kembali

Freedom - Kita Orang Ketiga
Perasaan itu bagai bayu yang menyapa
Lembut damai menyusuk ke jiwa
Pertemuan itu walaupun hanya sekali
Semacam kesannya di hati
Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan
Mengapa harus berjumpa
Setelah kita berpunya
Kenyataan ini pahit
rindu ku luka yang perit
Mengingati dan memuja
dari kejauhan saja
Kitalah orang ketiga
Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan

4 comments:

aNIe said...

PB...biarlah orang kata cinta itu buta....janganlah cinta itu menjadikan mata & hati menjadi 'buta'

Anonymous said...

salam,

suka ngan entri ni.

betul, demi cinta org sanggup berkorban apa saja. termasuk sanggup murtad demi cinta.na'udzubillah.

teringat kawan saya bagitau, ada suami orang bercinta ngan isteri orang, sampai tahap isteir org tu terpaksa gugurkan kandungan, agaknya tak tau itu benih suaminya or benih laki orang tu. menakutkan. na'udzubillah

cikdinz said...

ade baca 1 artikel...

"love is blind, but marriage is really an eye opener..."

pB said...

KAK LADY
Betul kata Kak Lady tu...

KAK LONG
Suka..thx. Risau gak nak buat n3 nie..takut ada yg terasa. Nauzibillah dari berlaku benda benda yg sebegitu...sama sama lah kita beringat

CIKDINZ
Lawalah wording tu.....tks

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...