31 January, 2007

KAWAN

Tiba - tiba pB ditiup angin nostalgia..

Semasa pB menuntut di PKB, pB boleh dikatakan seorang pelajar yang agak aktif.
Aktif dalam persatuan.
Aktif dalam kelab.
Aktif dalam kelas.
Syyy...aktif jugak 'gewe' (kah kah kah)

Kenangan ini berlaku semasa pB di semester terakhir.
pB telah dilantik menjadi Pengerusi Kelab Hal Ehwal Wanita (HELWA)
dan juga pB adalah ketua tingkat 1 untuk asrama puteri.
(Yup , rezeki group pB semua dpt dok asrama).
pB juga ahli Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia (PSSGM)

Masa dok asrama tu, bekalan elekrik tidaklah dibekalkan 24 jam.
Jam 4 petang baru asrama mendapat bekalan.
Dan elektrik ni pula akan diputuskan pada jam 7 pagi keesokkan harinya.

pB pulak budak kejuruteraan elektrik. So sedikit sebanyak pengetahuan tentang elektrik dan alatan tu pB tahu dan pB faham.
Yelahkan, sebagai student eletrik kita kena belajar buat pendawaian dan sebagainya.
Kira subjek pendawaian tu A dalam tanganlah.
Itu dulu.. tapi sekarang apa apa aja, mesti suruh Abe.
Dia lagi pakar...

Ok berbalik kepada cerita pB..
TV hanya boleh dilihat dibilik TV.
Radio di bilik ada, tapi, masyaallah memang radio jenis makan bateri.
Kena pulak radio yang guna 6 biji bateri besar tu.
2 minggu jer , out.
Mana tahan kan....

So, pB pun mengadulah kepada budak budak silat yang kamceng dengan pB masa tu.
Apa lagi , mereka pun mengajarlah pB cara-cara nak 'mencuri' elektrik.
barang yang diperlukan cuma 2 wayar dan klip buaya.
Apa lagi, godek punya godek , maka berjayalah pB menjadi 'pencuri bekalan elektrik diasrama itu'.

So, punyalah happy sebab dah tak perlu keluarkan duit untuk beli bateri lagi.
Bila time habis kelas, pB jalankanlah projek tu.
Time masuk kelas, semua peralatan disembunyikan.
Manalah tahu, kang warden buat spot check mengejut, kantoiiii

Disebabkan pB ni ketua tingkat, maka pintu bilik pB idaklah sentiasa ditutup.
kena bukak, sebab nanti anak buah nak mengadu...
Entah macam mana, berita pB mencuri elektrik tu telah sampai ke pendengaran ketua blok.
Masa tu, ada dua blok asrama so ada dua ketua blok.
Yang sorang tu ok.. tapi yang sorang tu tegas nak mampus.

Bila dah kena tangkap, punyalah risau.
Kah kah, masa nak buat tu tak fikir pun.
Takut sebab peraturan mengatakan kalau ditangkapa sebab mencuri 'api' keputusan peperiksaan akan disekat.
Dahlah masa tu pB dah sem terakhir, kalau result digantung, macam mana pB nak cari kerja.
Siang malam dok fikir, sampaikan tidur pun tak lena.

Bila jumpa geng silat, pB pun bukaklah cerita.
Member silat ramai, dan ada diantara mereka ni belajar benda benda ghaib nie.
So, adalah sorang tu volentere nak tolong...
pB namakan dia 'F'.

Si'F' ni memang tinggi ilmunya...
pB kalau tengok dia bersilat, memang kagum...
Memang high class lah...

Malam sebelum pB kena mengadap ketua blok tu, kita all buat perjumpaan kat kantin.
Group silat jer empat lima orang.
Si 'F' tu keluarkan botol...
Jernih jer isi kandungan nya..
Minyak seyoyong a.k.a minyak pengasih rupa rupanya...
Selain dari minyak tu, pB dapat ayat ayat untuk melembutkan hati..
(kelakar la pulak bila inga, tapi sebab takut punya pasal, apa cara pun sanggup pB lakukan)

Petuanya bila nak jumpa tu, 'che lek' sikit pada anggota badan sikawan tu.

So, keesokkan harinya pB pun pergilah berjumpa dengan ketua blok tu.
Wah..punya lah sombong..
Lahabau sungguh...
Gaya punya gaya...
Pujuk punya pujuk...
Tapi tak jalan..
(masa tu lah pB rasa, sebab dia mcm berdegil nak infd pada warden jugak)

Tapi, alhamdulillah, cerita itu setakat di situ saja.
Walau pun warden tahu, tapi mereka tidak ambil apa apa tindakan..

Terima kasih wahai kawan kawan yang sudi menolong pB diwaktu pB dalam kesusahan.
pB rindu pada geng geng silat tu..
Dimanakah kamu semua.....?????

8 comments:

KakNi said...

Definitely I am not one of the geng silat!

Anonymous said...

hahaha..kelakar sungguh bila diingat zaman duk kat asrama dulu, esp time spot check..

macam2 cerita bleh buat..saya pon, pernah sekali curi2 outing..sekali masa nak balik, member dah ajar baca ayat dari surah yaasin (kunun macam ghaib le..org tak nampak kita..)saya pun baca la..alih2 sampai kat pintu pagar, warden nampak..aiseh..tak jadi rupanya taktik tu..hihihi..kena warning la jugak..

zino said...

sesak2 boleh modified alat letrik kat rumah tu sendiri.. asal jangan meletup dah le..

pekan said...

hahaha.. sama la kak.. masa takut tu semua pun berani kita buat..

kalau pikir balik sekang, mesti geleng kepala punya..

KAMATO said...

biasanya memang semua budak asrama ni kreatif

maklang said...

macam maklang je...nama je bidang kejuruteraan elektrik, buat kat kertas bolehlah, nama nak pegang, sori le...

Idham said...

pB...
:)

nak tanya pasal kawan PB yang di senuth rasa cinta tu..semua dah beres ka?

nak tumpang senyum - bila baca kisah2 silam pB...

abe id.

pB said...

AHNI
Nak jadi ahli boleh, tak der salahnyer...

OREN
Kak pB pun pernah jugak dengar cerita tu. Kalau dlm group silat, macam macam cerita ada....nak percaya atau tidak aja...
Kenangan..itulah yang paling manis...

KAMATO
Rasanya, termasuklah Bro Kamato kan...lama tak nampak...kemana??

ZINO
Syyy,,,,mana boleh bising bising bab bab midified nie,,,kang nanti TNB saman...

PISCES
Masa tu akal tak berapa nak betul...semuanya ikut asalkan selamat...kelakor betul bila ingat ingat semula

MAK LANG
Sekarang the man ada kat umah, tapi rasanya kalau dah terdesak sangat , rasanya boleh kot...

ABE ID
:-)

kawan tu..rasanya dia masih pening...tapi entahlah..hati orang kita tak leh nak baca...

tumpang senyum jer....
Abe Id mesti lagi banyak kenangan kan..??

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...