16 February, 2007

SEMALAM

Tak tahu kenapa blog pB tengah hari tadik sumting wrong like tin tin . May be ada setting yang dah silap angka, barangkali lah..
So, disebabkan tak der kerja dan malas nak buat kerja, pB pun membega bega lagilah interface blog pB.
So...traaa daaa....mulai hari ni, gambor Penquin dah ghaib. Timbul pulak gambor orang orang yang comel comel.


Alangkah bagusnya kalau pB pandai ubah gambor tu pada gambor anak anak pB..
Rasanya bab tu, pB kena gie menuntut ilmu dengan Kak Wan, rasanya...
Btw...Kak Wan dan Kak OO , pB doakan selamat sampai ke Kelantan yer....

Just now, dengan tiba tiba , internet kat pejabat ni tergendala.
Tak leh nak surfing langsung. Yang berfungis cuma laman web untuk kerja kerja.
Terduduk lah jugak, sebab tak leh nak belayar ke mana mana.
Dok mengadap Webstar jer...
Maka, terfikirlah oleh pB, apa katalah, satu hari , tiba tiba pihak pengurusan buat keputusan untuk 'memblok' semua kuasa kuasa melayari internet yang luar dari bidang kerja, macam mana ek??
Bukan kutu jer yang mati rasanya, badak air pun buleh lemas sebab keboringan...
Tak dapat pB bayangkanlah kalau itu berlaku.
Mintak mintak janganlah pihak pengurusan bertindak zalim kepada orang orang bawah ini...


Semalam, Abe sampai ngam ngam dengan waktu pejabat habis.
Hureyyy......sebab pB dah boleh jadi mem.
Malas lah memandu ni, memang tak suker...
Saperlah kata memandu ni seronok.
Seronok kalau jalan tu tak jem, dan tak der tol.


Lepas ngantor budak budak tu ke tempat tusyen, pB pun ke GYM.
930mlm balik, sembahyang isyak dan keluar lagi untuk ambil anak anak dara tu.
Time ni semuanya ikut (abe, nurin dan tok ma).
Bukan apa, nak bersantai di kedai mamak lepas tu.

Ada yang kempunan nak makan maggie goreng.
Kesian Aqilah , sebab dari minggu lepas dok merenget renget nak makan kat kRestoran ABC tu.
Tapi yang sadis nyer, bila sampai kat restoran tu, Aqilah putus selera.
Demam rupanya anak mama sorang nie.
Mata pun dah kuyu , suhu bdn pun dah naik.

Balik dari makan, terus suruh Aqilah makan ubat demam.
Jemur kain sebelum tidur (perkara wajib sebab kalau tak buat nanti jenuhlah pasang telinga dengar Tok Ma membebel)

Pagi tadi, Aqilah , pB tak benarkan dia ke sekolah. Takut melarat demamnya. Lagipun hari ni, tak belajar pun . Sukan Sekolah.


Nampak gayanya , lepas ni semua akan bercuti panjang. 4 hari tu. Kalau setakat nak balik kampung , memang boleh sangatlah. Tapi disebabkan tak plan awal awal, so maka kami sekeluarga akan lepak dirumah ajalah, rasanya.
Lagipun Abe kata dia nak mengemas bilik kerja nya.
Harap harap apa yang dia rancang tu , menjadi.....


So..to all you out there, SELAMAT BERCUTI. PANDULAH DENGAN SELAMAT . JANGAN TERBURU BURU NAK CEPAT SAMPAI. KANG TAK PASAL PASAL, TIDUR HOSPITAL. KALAU SETAKAT TIDUR, OKLAH KAN, YANG TAK NAK TU GANTUNG KAKI , GANTUNG TANGAN...

BYE...see you hari Rabu......




hadiah dari Keluang...



orang demam tertidur kat meja makan


satu lagi pasu baru dari Keluang



11 comments:

Anonymous said...

kalau dpt harga murah, buat la bisnes jual pasu kluang tu plak..sure dpt sambutan hangat...hehehe..

zino said...

selamat berhujung minggu yg panjang.. kami pun cuti2 di BTR je.. hehe

cikdinz said...

hepi wiken......

KAMATO said...

Selamat beristirehat....

13may said...

selamat selamat:)

pB said...

MQ
MQ ni memang otak bisnez tul...

BRO ZINO
Lebih jimat dan lebih rehat...kan?

CIKDINZ
TQ

BRO KAMATO
Bro pun selamat berehat , ok..

13 MAY
Selamat selamat ada makna tu..

Pa'chik said...

orang yang seronok memandu kalau ada tol, sama ada dia toke tol,samibelu, atau pun TOLol...

pekan said...

company sy nie pun bukan sumer org boleh surf suka2 hati.. dia ikut grade staff.. sib baik sy tak kena block macam tue.. airasia website pun diorang block.. bukan aper, takut virus melanda..

KakNi said...

Ko nak ke PB? Jgn sebut2 nanti kena block betul2 heheheh

cikdinz said...

pb tak balik kampong ka..

~inilah saya~ said...

Comelnya puteri-puteri ibu tu. Apsal semuanya masih kelihatan mengantuk lagi?

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...