So, cam ner? Mood dah ok ?
Kaki kaki lenguh tekan brek dan cluth dah ok??
Wallet dah tebal atau makin nipis ??
Gaji lambat lagi nie... sadis tulll
4 hari bercuti.
Cuti Cuti Puchong ....
Sabtu , tak kemana mana.
Separuh hari dok menyimpan bilik anak dara.
Kumpul baju baju yang dah tak muat, masukkan dalam plastik hitam dan ikat dengan kabel tie.
Menyapu, menyedut habuk habuk, mengumpul majalah lama - lama.
Nak dibuang sayang.. nak disimpan, tak baca baca pun.
Dalam dok menyimpan tu, terjumpalah surat surat , kad kad cintan yang Abe tulis/karangkan buat pB.
Wah...terkedu la kejab sebab mengimbas kembali segala kenangan kenangan cintan cintun.
Sayang , rindu, tak sabar nak berjumpa , tak sabar menanti hari bahagia...
Kelakar pun ada sebab macam tak percaya MY ABE can rite all those ayat jiwang.
Macam macam janji yang diutarakan..(alhamdulillah sebab semua janji itu Abe tunaikan)
Terkekek kekek dok ketawa sambil dok tunjuk tunjuk semua surat dan kad tu pada Abe..
Merah la kejab muka member tu......
Oh...kemanakah hilangnya Abe yang romantis itu sekarang....???
pB rindu Abe yang lama.....
(adoi tiba tiba jadi jiwang la pulak....)
Malam tu pulak, pB angkut semua anak beranak ke rumah adik.
Abe selesaikan kerja wiring, pB lepak lepak tengok TV.
Balik tak balik jam 12 malam.
Hilang sehari...
Ahad...separuh hari pB dok umah.
Biasalah, mengemas, mencuci, bersihkan segala lauk mentah yang tok ayah beli.
Letih, lepak depan tv.
Abe pula, tukar minyak hitam kereta dan tukar filter.
Petang, kami ke Alamanda, berbowling.
First time, Afiqah main bowling. Asyik masuk longkang jer.
Belah malamnya pula, ada BBQ di rumah sepupu pB di Seksyen 4 , Bandar Baru Bangi.
Wah, jenuh mengisi perut.
Ayam, kambing, sotong, udang, laksa penang, cheese kek, coklat kek, limau, muffin extra extra.
Kenyang , balik dlm jam 12 mlm...tak kan nak tidur situ.
Yang best nyer, Nurin sempat menerai Jacuzzi....
sessi kaum pompuan berborak borak/gossip
adik pB tersandor kekenyangan .....
Hari Isnin, memang tak kemana mana.
Abe sibuk dok menolong jiran yang mana rumah mereka mengalami kerosakan akibat kena petir.
Rumah belakang pB tu teruk jugaklah kena.
Sampai terbang soket telefon didinding tu.
Semalam pula, sebabkan Isnin tu tak kemana mana, so kita pun balas dendam.
Ke Pusat Sains Negara.
Hmm...budak budak bukannya mereka tu nak baca yang ditulis tu.
Yang mereka seronok tu cuma nak mencuba apa yang ada di pusat pameran itu sahaja.
Balik dari Pusat Sains, ada pulak anak dara nak berendam berendam.
So, untuk tidak hampakan permintaan, terus ke kolam renang di Sri Kembangan..
Maka, gitulah ceritanya keluarga pB menghabiskan 4 hari cuti....
12 comments:
Wah...cam lenggang jerk kawasan sekeliling tu.. Itu yg dok membuat jem kalu highway tuh...hu..hu..hu..
NBK
Pergi awal , sebab tu tak berapa ada orang sgt. Bila nak keluar, dah ramai...Chinesse pun ada...depa tu tak raya ker?
hehari ada aktiviti.
anak-anak seronok lah yeik..
ish.. tak sanggup rasanya mengadap surat-surat yang sudah ditulis... haha..
CIKDINZ
anak anak yang sonok..mama dan ayah letih...
PA'CHIK
Hi hi...awat la jadik macam tu....
Abe akak penah jiwang dulu... Hahahahaha.. (saya tertawa besar)
Terutama bila akak kata mukanya merah sekejap...
seronok ya aktiviti menghabiskan RM di musim cuti hehe..
INDERA
Tulah, bila kak pB baca balik apa yang dia tulis, nak ketawa pun ada...tapi biasalah laki laki kan, belum dpt tu, jiwang bagai nak rak...
hi hi hi
BRO ZINO
Dlm tak byk yg habis, kempis jugaklah wallet tu... Unta pulak sekarang, telan minyak bergelen gelan...
salam,
duk kata tak buat apa tu, penuhlah aktiviti tukan..yg pasti seisi keluarga enjoy :D
KAK LONG
Salam Kak Long....lama nyer tak dengar berita dari Kak Long...Ada sihat ker??
Sekali sekala bawak budak budak tu jenjalan..kesian gak asyik dok terperap dalam umah...
besalah tuh...
Post a Comment