14 February, 2007

SUAMI OH SUAMI

25 Perkara yang tidak disukai suami

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun
ianya benar
ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu
dimasa yang salah.
ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak
cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa
barang-barang yang disimpan beliau..
ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat
atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa
mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa
bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan
sisuami tak sempat baca/tengok
ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong
simpan ..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari
opis,sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru
semalam telah ke pasar.
ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak
....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh
dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan
suami.
ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli
susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami
terlebih dahulu
ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik
minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa
memberitahu suami.
ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar
jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas
10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .
ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab
hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "




12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan
rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat
dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar
rumah.
ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan
dinner jer,kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena
pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk
dipakai dihari berkenaan.
ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak
ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..
ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak
tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila
nak dekat asar sahaja.
ie. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan
mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda
benda lain.
ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan
liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami
untuk bercerita jugak.
ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau
tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then
lagi u tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u
nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil
dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan
sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah
you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep
beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
ie. "..eee u tau tak hubby i tu..."

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan
rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore.."


24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah
rosak.."

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu
then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan
pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak
menuai sekali....."

8 comments:

zino said...

banyak tu yg suami tak suka.. dah tau tu elok le buat pindaan yg mana patut hehe

13may said...

hahha:D

AD said...

dah tahu apa yang suami tak suka jangan buat....buat apa yang suami suka baru tak sakit kepala.

PB said...

BRO ZINO
Dlm byk byk tu, ada lah satu dua yang pB selalu buat...nampak gaya memang kena ubah

13 MAY
Wah..deme gelak sakan no..

AD
Ooo..kalau suami tak suka, isteri kena berubah...suami pulak macam mana?? Tak kan berat sebelah...

Pisces said...

penah baca kak.. dapat email nie tak lama dulu.. sebenarnyer perkara kecik2 tu la yg kita buat sambil lewa jer kan, kekadang tu sampai boleh terbiasa..

pastu bila kena sound tau la pulak nak rasa kecik hati.. hehe.. asik nak kena remind jer selalu..

nUr@dDeEn said...

alamak! banyaknya yg tak disukai. camner nak ingat? hm..xper..xper..lambat lagi la la lala . .
*yg tak disukai isteri apa plak kak pb?

PB said...

PISCES
Ini bukan akak yang cipta cipta sendiri...forward n forwarded email.
Perkara kecil sebab tu senang dibuat buat...

NUR@DDEEN
Tulah..yg suami tak suka , kita kena avoid..tapi suami tak suka buat perkara yang kita suka...cam ner tu..

Lambat lagi...?? Tak per, buleh ambil dan simpan buat perinagatan.

INDERA KENCANA said...

Hahahaha... Salam Perkenalan.

Walaupun saya lelaki, tetapi saya tak mahulah terlampau seronok membacanya kerana lelaki juga ada kelemahan yang selalu buat isteri marah.

Contoh paling dekat, lelaki suka pandang pompuan lain (setakat tengok je la.. Bukan nak!! Hahahahaha)

Seronok baca entri-entri akak... Tahniah kak..

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...