16 May, 2007

abear

Demam aBear dah kebah.
Batuk ada lagi.
Tekak masih sakit sikit sikit.
Badan rasa sakit sakit.
Dan pagi tadi dia mengadu rasa "panas dalam".
Mungkin kesan ubat, tapi ubat dah dua hari habis stok.
Risau kot kot dia dok derma darah kat nyamuk aedes,
jadi ambik keputusan untuk derma darah pada klinik pulak.

Semalam , ada kawan cerita , kalau ke Klinik Kerajaan kat Seksyen 7 , ada kaunter khas untuk check check darah ni.
Jadiknya, pagi ni lepas hantar Arifah, kami berdua duaan teruslah ke sana.
Biasalah kan, pukul 820 pagi pun dah penuh dengan pesakit.

Kalau kawan kawan tengok gambar kat bawah ini, apa yang kawan kawan sumer faham?


Macam tak perlu ambik nombar lah kan, boleh terus masuk ambik darah , kan?
Salah...... Seribu kali salah.
Kena daftar jugak dulu.


Menunggu hampir hampir 40 minit jugaklah, baru nombor giliran aBear dipanggil.
Baru panggilan kat kaunter pendaftaran.
Lepas dari kaunter pendaftaran, baru boleh tuju ke BILIK 13.
Masukkan kad dalam kotak yang ada kat tepi pintu, dan tunggu lagi.
Mujur kejab jer.


Tu dia, gambar aBear tengah dok kena cucuk.
Hi hi... kesian sebab dapat HA Laki laki.
Kasar , kata aBear.
Lepas dapat darah satu tabung uji, perlu bawak darah sample tu ke makmal.
Tunggu lagi untuk keputusan ujian darah.
Bila dapat keputusan, kena tunggu lagi.
HA nak jumpa pulak kat bilik nombor 8.



Alhamdulillah , keputusan darah aBear normal.
Tak der yang perlu dibimbangkan sangat.
Ubat pun tak ambil sebab aBear cuma akan diberi ubat demam, ubat batuk dan antibodi.
aBear malas nak tunggu sebab dia perlu ke Seremban lagi hari ini.

Panjang sungguh prosuder bila kena berurusan dengan klinik kerajaan ini.
Memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi.
Tapi yang untung, tang bayaran tu jer.
Singgit jer yang mereka caj.
Mana nak dapat...
Kalau p hospital swasta, mau melayang dua ratus ...
Hi hi h

Gambar kat bawah ni pulak, photo yang pB sempat curi curi snap.
Gelagat abah dan Nurin.
Sibuk jer si Nurin tu.
Abah dia nak ulangkaji pelajaran, dia pun sibuk nak menulis 1 2 3




Tamatlah entry untuk hari ini..
Jumpa lagi esok

18 comments:

Pa'chik said...

misi tin'no pung kasar jugok. tamboh kalu hok tuo-tuo gak. huh.. kade tu bengkeng supo bal'loh nga tok lak'ki jah.

pB said...

PO'CHIK
Nyo'lo tu ....
Tapi atah nasib jugok lah.
Kade kade bilo buleh misi mudo, raso supo nok tido di spita jah..

Betul tok?

Kaklong Syikin said...

salam,

syukur tak de apa2 tu.

akak pun senang hatikan.

kuatnya semangat suami akak tu nak bekerja..

aNIe said...

Alhamdulillah...darah cik abe tu normal...kalau tak susah jugak kan...

Hospital kerajaan memang ramai orang & kene tunggu lama ...tapi bayaran memang best...hehehe

zino said...

tunggu lama bayar sikit..

tunggu sekejap bayar nya mahal..

KAK DIEDA said...

ni ler yang orang ramai kecoh lening....

layanan staff klinik/hospital kerajaan kurang memuaskan.

agak2nya apa yang perlu kita bantu dia orang ni sumer yekss...supaya boleh melayan kiter sebagai pesakit ngan baik.Kesian

atehlaila said...

Sabar2..asalkan semuanya berjalan lancar...Semoga cik abe sihat sokmo..

Sastri said...

bab tunggu lama tu laa sas kurang kesabaran sket... sbb tu p gak swasta walau kena bayar dengan rasa nak pengsan...

*fizzy* said...

ALhamdulillah xdok denggi...
Takdok laa kak pB ghisa, deh?

Hosp kerajae meme gitu.
Tp hok last fiz buat medical check up kat Klinik Kesihatan KB, ok laa..
Cepat jugok. Tunggu a few minutes gitu jah..
Result pon cepak..

Buke mache hosp negeri Pok Yeh ni..
Lambat dan leceh.. [sbb tmpt check up bkn dlm kwsn bangunan yg sama]..

pB said...

KAK LONG
Salam ...

aBear tu memang macam tu. Kerja dulu, makan kemudian. Selalu gitu.

KAK LADY
Risau gak .
Sebab kat area shah alam , puchong kan kawasan denggi.
Dulu mak pun pernah kena.

BRO Z
Betul itu ...

EIDA
Kadang kadang tu, tak leh nak salahkan mereka. Sebab orang asing pun sekarang ramai yang dok pergi klinik kerajaan ni.

ATEHLAILA
Sabar lah jugak.
Tapi bila tiba time nak tunggu ambik ubat, terus kami blah. Sebab dah tahu mesti mereka bagi panadol jer ...

pB said...

SASTRI
Sebab nak murah, tu yang pergi klinik krajaan.
Kalau syarikat tempat kerja kaber bil , tak per.
Ini tidak....

FIZZY
Kelate boleh...
Hi hi h i

Kak pB dulu hok masuk spital pun, mitok tukar g HUSM Kube Krie.
Ok lah , tak dok banyok krenoh misi n doktor.

Kalu dio doh toh suko tu, pah ko klinik pun dio tok suko..
Jange nanti buleh hero orghe tegannu doh laa...

Hi hi

Anonymous said...

spital kerajae, lagu tu lah akak weiii... kalu nak cepat, mesra dan layanan penuh senyuman... kena bayar mahal aka weh! gi spital pakar swasta la jawan nyo

pB said...

BUDD
RAso nyor ado jugok klinik krajae hok bagus. Cumo stakat ni, tok jupo lagi lar ...

Budd dah ok?

*fizzy* said...

Kak pB ku sayang,

Walaupun hari ini hari Khamis, tp daku tidak akan pulang ke tanah tumpah darah ku..
Oleh kerana pada Ahad depan murid²ku akan periksa tengah tahun, maka daku insaf dan hujung minggu ni akan 'pack' lah jadual ku dengan kelas tambahan..

Huhuhuhuhuhuhu.. :((

Aku Bukan Bidadari said...

isk..relaks jer muka abear tu.. mcm takder apa2 berlaku jer..

pB said...

ADIK FIZZY
Jange lah bersedih wahai adik ku..

Anggap sahaja itu satu pengorbanan untuk anak anak harapan bangsa..
(che wah ....sakan tu)

TIARA
Muka aBear memang macam tu. Tak xpresi muka... hi hi
Sedap jer ngata laki sendiri

Mak Su said...

la... penat melawat bilik dan penat menunggu gitu?

pB said...

MAK SU
Sapa kata dok saja saja, tak penat.

Sakit pinggang oooo ...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...