15 May, 2007

LAPORAN TERKINI

Keadaan aBear masih gitu lagi.
Kejab demam, kejab ok.
Malam , asyikdok mengadu sakit badan.
Tak urut pun, sebab pB tak pandai.
Dengar jerlah ...

Batuk batuk batuk.
Rasanya dah habis sebotol ubat batuk, tapi masih tak hilang lagi.
Dah suruh pergi klinik lagi, tukar ubat, tapi jenis pekerja cemerlang ni, susah sungguh nak dengar kata isteri, kot.
Lebih pentingkan kerja.
Dah lah kerja tu kat Seremban.
Hari hari dok berulang ke sana.
Kalau ikut jadual, Jumaat ni baru boleh habis.
Entah ler..
Nak bebel panjang panjang, kan jadi gaduhlah pulak.
Biar je lah .....

Cuaca kat Shah Alam ni pun makin hari makin panas , rasanya.
Air cond kat pejabat ni macam tak berapa nak centre jer.
Macam dok blow angin sahaja.
Dah lah pB dok tepi tingkap, petang jer mesti hangat.
Sebab time tu, time matahari turun.

Keriangan nak pergi sambut hari keluarga dah mula terasa.
Hari ini dah start packing goodies untuk kanak kanak.
Hal hal kat Sg Klah tu, insyaallah dah selesai.
Harap harap tak derlah masalah bila kita orang sampai kat sana.
Malu lah kalau ada problem, sebab, bab bab Sg Klah tu urusan pB.

La ni, dok pesan kat anak anak supaya jaga kesihatan.
Jangan dok sakan teguk ayag sejuk dalam peti tu.
Bukan apa , takut kang bila tiba haghi Jumaat, ala ala nak demam la pulak.
Naya la kalau gitu...
Hi hi.. bukan dok pesan suruh jaga kesihatan sebab nak pereksa.
Suruh sebab takut tak leh g berendam kat kolam.
Kah Kah Kah...

Anak anak kat umah, alhamdulillah sihat walafiat.
Walau gitu, ada jugak lah dok dengar sorang tu dok "koh koh koh" batuk.
Dah suruh dia makan ubat.
Janganlah melarat pulak batuk tu.

Nurin, makin hari makin banyak songeh nyer.
Bercakap macam mulut murai.
Banyak perkataan atau ayat yang dulu masa kakak kakak dia baya umuq dia, tak reti, dia dah pandai.
Asyik dok tengok tibi lah tu.
Tu yang reti serba serbi.

Tidur... tak pukul 12 mlm , memang tak pejam mata tu.
Asyik dok suruh pB melayan dia.
Layan kaler.
Layan bercakap.
Layan membilang.
(Dah reti semua angka, suker bila dia tengok plat keter, dia dah tau no no itu).

Dengan abah , tak nak pulak.

Abah tak best lah.
Abah tak pandai lah.
Tak sayang abah lah.

Sampai buat susu pun pB jugak yang kena bangun.
Buat susu , tak leh boh ayaq dulu.
Kena boh susu dulu.
Kalau dia tahu, pB boh ayaq dulu, memang dia mengamuk lah.

Bila nak tido pulak, kipas nak bukak sampai no tiga tahap maksima.
Berpusing pusing bilah kipas tu, macam nak terbang.
Kalau takat kipas no tiga tak pa lagi, ini minta on aircond lak tu.
Sejuk ketaq pB dok dalam selimut.
Nurin selamber jer, seluar panjang pun jadi macam seluar pendek.
Dia dok si sing seluaq tu...

Tiap kali nak tido, kena pesan, p kencing dulu.
Kalau tidak, silap hari bulan, esok tu kena tukar cadar.
Haghi tu, pB lupa nak suruh.
Memang sah,, esok pagi nyer, dok kalut kejor masa.
Tukar cadar, siram dia dulu.

Tulah kan, anak sorang sorang ni macam macam pesen.
Tak sama.
Ada yang pendiam macam abah.
Ada yang comel macam mama (hi hi , perasan)
Ada yang mulut Fauziah Mad Daud (mulut tak dak insuran)
Dan nurin pulak, macam tu lah ....

Apa apa pun, anak anak, sapa tak sayang .....

Laa..melalut la pulak.
Tadik ingat masa dok tekan keybod ni nak cerita benda lain, dah p cerita benda lain la pulak.
Tak per, esok pB cerita tentang cerita yang pB nak cerita hari ini...

22 comments:

umeboshi said...

kak pb, apa beza nye boh susu dulu kemudian air, dgn boh air dulu kemudian susu? rasa susu tu tetap sama je kan? nape nurin nak boh susu dulu ek...hihihi..

pB said...

UME
Sampai laaa kak pB pun tak faham.
Kadang kadang tu geram gak, bila dia buat prangai cam tu....

Anonymous said...

nurin tu sama cam mira..spesis panas jek..cam mira, tak pernah ada selimut..kita dah ketaq sejuk, dia steady lagi..kalo pegang kaki dia pun, hangat jek..heran tul...

tetiap malam memang kena pesan suh kencing dulu sblm tido..selalu gak protes, tapi kalo 'banjir' malas aaaaaaaaaa nak basuh toto dan jemur...

*fizzy* said...

Kak pB,
Tgh wonder...mcm mana si kecil nurin tu nak tahu kalu Mama dia bubuh air dulu?
Lain ke rasa?? hehehehe..
Curious nih~

pB said...

OREN
Spesis panas dalaman sungguh nor..
Basuh toto , tak pa lagi.
Ini dibantai nyer tilam ...

FIZZY
Dia tahu, sebab dio tok napok hok 'torko' kat bawoh botol susu tu.

Kak pB pun dok he're jugok apo bezo boh susu atau air dulu ..

aNIe said...

PB..kesian kat abe tu ye...tapi sakit hati jugak bila takmo dengar cakap...pastu bila dah sakit mengeluh pulak...

Cerita anak2 ni ...kalau nak ditulis satu persatu memang tak abis kan...tapi seronok...lebih2 lagi yang banyak mulut tu....

KV said...

kv pun alami masalah lbh kurang ngan kak pb. hang nadim mmg byk songeh kalo bab buat susu. Nak suruh mama jgk buat walo pun mama tak larat bangun. Masa buat susu tu pulak, tak boleh berdiri, kena duduk. Pastu kalo tak penuh tahap maxima air dlm botol tu pun tak boleh jugak. Kalo tak penuhi piawaian dia mmg kecoh lah. Malas nak 'bergaduh' kv ikutkan ajer. Lps bagi botol tu, terus tarik selimut sambung tido. Kalo tak, tak larat nak dengar dia meraung. Hehehe. Anak, anak, mcm2 pesen.;)

pB said...

KAK LADY
Tu lar ...
Tak nak dgr kata, susah.
Bior je lah dulu

Mcm cerita cerita Faez dlm blog akak.
Mcm mcm hal

KV
Sepesen la Hang Nadim n Nurin tu.
Kalu abah dio dok tepi tin susu tu pun, buke dia bui abah dia buat.

Sor lagi, kalu doh sudoh hisap, dio tak akan letok, dia mesti nok suruh orghe ambik kat tan'ge dio..

Pa'chik said...

besar doh.. apo dok minung bot'tol lagi... hehe...

NBK466 said...

Didoakan muga2 cepat sembuh cik abenyer itew... Masa2 tak sihat nie buleh manja2 LEBIH sikit kat PB..he.he.he..

pB said...

PO'CHIK
Si'e ko dio.
Bia lah dulu ....

NBK
Terima kasih...

Manjer ....????
Hmmm mmmmmmm

Cam ne Mem?? Dah sihat ker??
Nak tengok gambor baby

KakNi said...

Kecian abe PB tak sihat... dok travel hari2 tu kot, panas, stress etc

Nurin nurin nurin... budak2 memang macam tu kan, tiap seorang tak sama kehendak dan peel nya... tapi macam tu barulah colourful kan...

Selamat Hari Ibu PB
(maaf terlambat ucap)

pB said...

AHNI
Agak nyer , gitulah kot.

Stress dengan perangai bini , pun satu hal...hi hi hi

Tak pa, at least ucap jugak kan...

HAPPYIRFA said...

he he mace2 karenoh anok2 denge botol susu.kakak masih nok isap botol tp kade2 jo layan .kalu malas sgt wat tok tahu jer..dah nak masuk sekoloh rendah pun nok botol lagi.tp kat umah jer..

adik pulok..lepas minum.pandai pulak letok tepi katil.besoknya bila dia mintak susu irfa suruh gi ambik botol.tahu pulak mano dia letak..dia tak kisah sapa2 pun buat susu.tp yg paling best ialah cara dia mintak susu.
'mie..(ada lenggok beralun lagi)tu mie..'(tu=susu)
lembutnya suara.mesti romantik ngan bini seksok..

WRA said...

hahahaha...Nurin tu nok adik tuh...baru peranga kurey sikit kot? hehehehe...

pB said...

IRFA
Harak harak tahun de'pe buleh che'ra boto...

Kalu tok leh, bui jah la sapa dio puah

KAK WEAR
Ha ha ha ha

Nurin tok sir adik sebab nanti Nurin tok leh tido denga Mama ...

Pa'chik said...

piBI, ado budok omo 12 tahung minung nga botol pek lagi.

pB said...

PO'CHIK
Demo lah tu ....

Kaklong Syikin said...

salam,

selamat hari ibu kak.

samalah ngan anak2 saya, saya tak bagi minum air sejuk sangat dan makan melantak sakan takut demam. minggu ni start exam. risau nanti tak dpt duduk periksa.

Mummy Rizq said...

erm.. rizq pun sama. mulut cam murai. asyik bercakap tah apa apa. then badan tu panas jer. minum susu pun badan bleh basah dek peluh!

Mrs.A said...

Semua ada perangai masing-masing kan kak PB..

pB said...

KAK LONG
Batuk Kak Lang tu mcm makin parah.

M.R
Wow...lagi kuat haba dalam badan tu.
Boleh kawan dengan anak sedara pB

MINNIE
Betul tu...
Pening kapala ...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...