Sebelum kengkawan nak baca posting pB hari ni, first firstly pB nak bagi amaran.
Posting ni mungkin akan panjang berjela bergantung dan posting ini ada unsur unsur mengumpat dan mengutuk...
pB nak cerita sikit tentang bos pB kat pejabat ni.
Staff kat bahagian pB ni ada 22 orang. 2 bos kecik dan 1 bos besar.
17 staff techincal dan sorang staff clarical.
Kawasan dibawah jajahan pB ialah dari seluruh Shah Alam hingga lah ke Sabak Bernam dan juga hinggalah ke Morib, Jugra , Bukit Canggang. Besar sungguh taklukkan pB nie.
Itu mukadimmah lah kan.
2 bos kecik ni, bos pompuan.
Sorang tu bos pemasangan dan sorang tu bos untuk doket.
Oklah , sebab mereka tak berapa cerewet dan senang mintak tolong.
Boss besar ni pulak , JANTAN . (Bukan nama dia)
Muda sangat , lahir tahun 1975. Orang Muar.
Bini dia pun staff satu syarikat. Anak baru dua orang.
Rezeki boss pB ni, murah.
Muda muda dah naik pangkat jadi Jeneral Manager.
Gaji 5 ribu sebulan ( pB rasalah).
Dah menjadi bos kat bahagian pB ni kira kira nak masuk 3 tahun.
Kita all, alhamdulillah tiap tiap tahun dapat bonus.
Non exec , sama jer . Kerja tak kerja , sama aja.
Boss, ikut prestasilah kan.
Masa yang dia mula mula dpt bonus masa masuk bahagian pB nie, dia tak belanja pun kita orang.
Oklah kan, sebab pada pendapat pB , prestasi baik yg dia dapat tu , masa dia kerja bahagian lain.
So, kita kita orang bawahan ni, tak berapa lah bising sangat.
Tahun ni, dengar cerita dia dapat 3 bulan lebih. Dan cfm pangkat naik jadi General Manager.
Katalah gaji pokok dia tu lima ribu , di darab tiga bulan , dah dapat lima belas ribu.
Tapi hingga ke hari ini, tak der dengar ura ura pun dia nak belanja kita makan.
Bukan lah nak makan kat lima bintang punya hotel.
Kalau dapat KFC dua bucket, pun kira oklah , kan.
Tak habis pun lima belas ribu t.
Hampeh hhhhhh ....
Itu bab duit bonus dia.
Cerita kedua pulak ialah tentang hari keluarga.
Hari tu dia hantar email supaya arrange hari keluarga untuk merapatkan hubungan antara staff , la konon nyer.
pB dilantik menjadi setiausha.
Dan ada lagi beberapa orang yang telah diberi mandat untuk menjayakan Hari Keluarga ini.
Meeting punya meeting , maka lokasi yang ditetapkan adalah di Kolam Air Panas Sg Klah.
Bayaran yang dikenakan ialah lima puluh ringgit untuk setiap staff yang nak pergi.
Bayaran tambahan ialah bayaran masuk sebanyak 6 ringgit untuk seorang.
Tentang tarikh pula, tiga kali ditukar baru dapat tarikh yang dipersetujui ramai.
Insyaallah 19hb ni, kita all akan ke sana.
Selain dari dok mintak duit untuk Hari Keluarga ini, pB and Bendahari dok merayu supaya semua staff bayar duit kutipan bulanan sebanyak lima ringgit sebulan utk non exec dan untuk exec 3 orang tu, sebanyak 10 rm.
Biasalah kan, kalau pejabat buat duit kutipan bulanan.
Untuk pengetahuan tuan puan, bos yang hero ni, tahun lepas, langsung tak bayar.
Walau pun pB dok war war, dia boleh buat dek jer.
Kejab dia cakap, tak bayar dengan tunai lah.
Kejab dia cakap , nak bayar pakai kredit card lah.
Ada satu tahap, pB bengang, pB cakap, kalau Encik G tak bayar tunai, nak bayar pakai cek atau duit syilling, pun pB terima.
Masih jugak tebal cuping telinga. Dia masih buat tak tahu, tak dengar aja.
Macam lembu kenyang jer.
Satu hari , pB punya geram , pB cakap kat dia...
"Selagi En G tak bayar, saya tak akan bayar duit.."
Dia...senyum jer
Lepas tu, masa dia nak keluar pejabat, dia pun dtg dekat pB dan bayar lah duit kutipan bulanan untuk tahun 2006 sebanyak 120 ringgit. Yang untuk tahun ni, langsung dia tak tanya.
Dan sekarang, dalam kita dok sibuk sibuk , dok bising bising suruh staff yang nak pergi ni bayar duit untuk Sg Klah, dia masih buat buat bodo jer.
Dah lah buat tak tahu, dia memang tak ambik tahu langsung tentang perkembangan.
Kot kot nak tanya, macam mana arrangement nyer.
Apa yang telah dibeli?
Ada tak goodies untuk anak anak?
Ada tak lucky draw?
Langsung tak tanyerrrrrr.
Yang lagi pB geram, pagi tadik kita all ahli jawatan kuasa ada perjumpaan , berdiskusi tentang perbelanjaan dan sebagainya.
Dia boleh lalu jer , tepi kita orang dan senyum...
Apa ke barang punya bos macam nie.???
pB rasanak g lekok lekok jer kepala dia..
Memang tahi hidung masin betul...
Kalau nak harap dia sponsor apa apa, jangan harap lah.
Memang tak yah mimpi....
Ada jugak orang macam nie...
Sorry, susunan ayat dah tak betul.
Sebab pB dok simpan geram ni dah lama.
Dah berbulan bulan.
Hari ni betul betul dah explode......
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
08 May, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
37 comments:
apa kata, time pi tu, toksah ajak dia???
dak pun tukaq tarikh, so that dia tak bleh joint...meme kedekut pait!!
OREN
Tarih tu bertukar sebab dia yang mintak.
Nak tunggu bini dia habis exam dulu.
Minggu ni bini dia periksa.
Ini bukan setakat pait , tapi dah PAHIT PIANNNGGG ....
kupik sunggoh...
tapi.. buleh jadi bonus tu dio wak bayar ute kak kredik kot...
PO'CHIK
Nok royak pung susoh.
Tapi gak, tok ke la setakak nok tubek seratus rial, tok leh....
Jenis tok ke'ne budi sunggoh..
Kalu tak dok staff hok bu'ke exec ni wak krijo tung'ge tung'gek , tak dok nyor dio nok buleh prestasi hok molek....tidok gitu??
Kedekut pait, pahit pianggg, kupik sunggoh tubik belako doh. Pah tu nok panggil gapo lagi ko hok jenih bengong mace nih?
O.S.H
kalu buleh, skolo jenis panggile , pB nok boh ... tapi hok tu jah hok pB tahu...
OSH , tak dok nok tamboh kor?
MEMANG TAHAIK HIDUNG MASIN + KELAT, SEPATUTNYA BOSS KENA PRIHATIN TENTANG ANAK2 BUAHNYA DAN APA2 JUA KERJA2 KABAJIKAN SELAIN KERJA2 OPIS TU... AWATLAH BOSS HANG LAGU TU, CIK MEMANG TAK SUKA ORANG YANG DUK KEMUT2 DUIT TAPI BILA KITA DUK PULUN MAKAN APA2 KAH DIA PUN DUK JOINT SAMA, BUAT2 MUKA TAK MALU MUKA 10 SEN...PIILAHH...!
Kupik jugok.
pB, tah tah dia banyak hutang kot. Mana tau kan, gaji sebulan 5K, pastu buat bayar hutang pat ribu setengah.. tinggal 5 ratus, nak makan lagi.. yuran sekolah anak lagi.... mana tau kan? Dia ada pinjam along ker?
PB, ni jenih ore muko tembok doh ni....royak la ggapo pung mesti dia buat dok jah...
acu ignore jah dio...kalu dio tego pun ko, senyum ko wak lolok tok napok hhehehe...
uih... ni kes betui2 geram dah kak pB nih... memang kedekut Encik G tu ekkk... gaji besar tapi... LOL...
wat memo la..mcm boss2 selalu buat kat staff bawahan..he he..tempek je kt dinding opis..lebih sopan kalu..letakkan list org yg bayo..dan list org yg tak bayo...he he
tak patut bos pb macam tu, kesian anak buah...banyak lagi bos pb kena belajar....
Kalau bos macam tu bolehlah anak buah besarkan sikit kepala tu ye tak? Sebab dia bukan tahu kome buat apa...
(boleh ke nasihat mcam ni?)
Kesian PB, tergezut kehilangan mak dan anak2.... (nak tergelak pun ada)
Tukar je boss lain...(boleh ke?)
sorang lagi cerita idung hehe
pB....fuyyyooooo berani tu boleh tulis lagu tu pasa boh! kalu boh baco buleh jjadi banjir air bah musim kemagha tuh hehehehe
tapi abe arief bersimpati lah dengae pB...sbb tu la...abe tak jadi boh lagu tuh...takdi bui 500 riyal ko tukae sapu sbb anok dio hok duduk di india nuh nok nikoh hehehehe...suko nyo dio...deng sbb dio suko, abe pung suko lah...:)
selamat lepah kae gerae deh...
abe kpd pB.
Kikihkihkih..
Terus semangat baco pasal boss ni..
Tp boss kak pB tu kupik nyoooooo...
Sama laa denga boss Fiz..
Nak ngumpat bleh tak?? hehehehe..
Ada satu hari tu, ada story telling competition kat skolah.
Pastu judges ada laa dari sekolah lain.
Chegu² yg handle ada 3 org.
Boleh tak mase makan, boss gi byr utk chegu² sekolah lain tu je.
Sah² mase tu chegu² yg handle tu pon ada skali.
Bukan luak pon kalau kena bayar RM12 utk lagi 3 org chegu tu kan.
Bukan duit dia pon, boleh buat claim ngan office.
Tu, kira kupik dok kak pB?
SINGA UTARA
Memang ada manusia jenis yang begini.
Tu yang buat dunia ni kalerful.
Kdg kdg fikir baik jugaklah, mungkin dia ada komitmen yang banyak (hi hi, tu fikir masa pB baik... kalau fikir masa pB tumbuh tanduk, mcm mcm yang keluar)...
MAZUDI
Nok royak pun tak tahu la..
Guna kreto HONDA . Baru pulok tu. Rumoh baru renovate. Anok baru duo jah.
Hute along..??
Hmm..mungkin lah kot
KAK WEAR
Nok umpamo Muko Tembok Berlin, tok leh doh. Sebab Tembok tu doh ru'toh.
Me;me jenis tok saing denge orghe , kali
SAS
Allah nak uji dia dengan beri dia rezeki banyak.
Tapi, kalau dia tak reti nak bersyukur, nak buat macam mana. Macam tak pandai nak tengok pengorbanan orang bawahan.
Sas, kalau lepas ni jadi bos, jangan jadi macam Master G nie , tau.
Nanti kak pB suruh BP , debik...
Dan Sas , tolong pesan pada BP, jangan jadi bos yang KUPIK.
JIE
Dgr cerita, member pB nak hantar email hari ni.
AD
Tolong ajarkan Master G tu boleh tak???
AHNI
Ingat nak beritahu masa kita lunch semalam, tapi , segan lah
Anak buah memang dah besar kepala. Kdg kdg , saja jer lawan lawan lagi
McB
Biasanya kalau GM cuma dok satu satu bahagian tiga tahun jer. Dia baru nak masuk dua tahun. So kita all kena tahan sabar setahun lagi lah..
BRO Z
Ini cerita idung bukan sebarang idung.
Ini cerita idung yg macam tangkai jering.
ABE A
Baguh jugok kok, kalu uje' skali skalo...
Ge're sebab tu crito kat dale blog ni...
Semua orang tahu Abe Id , boss yang baik ...
FIZZY
Duo kali limo dengan Master G ni lah.
Dio lagi lah, tok rajin pun nok blanjo....
Me'me so spesis la tu, spesis kubik ba'nga ....
apa lah punya kidut. tak bawak kemana deh kekayaan tuh.
bonus kat sini tak banyak. 5 bulan jerk..
CIK D
Memang tak kemana mana. Masuk dlm akaun bank dia jer lah...
May b dia beli insuran banyak kot..
5 bulan !!!!!
Jeles nyer ....
Hmmm... orang kedekut ni Kak pB, memang kita tak boleh nak harap apa2 dari dia. Tahan hati sahajalah.
Cuma... kalau ikut pengalaman saya yang sudah2 la kan, Kak pB, orang kedekut ni akan tahu jadi pemurah bila dia dimasukkan ke wad hospital untuk tempoh2 masa yang panjang.
Hi hi hi.. bukan la saya mintak boss Kak pB masuk hospital pulak... (Tapi kalau masuk, agak2 nya staff kat opis Kak pB suka tak..??)
INDERA
Hmmm .....
Memang tak leh nak harap pun..
Tapi , jauh dlm lubuk hati kak pB ni masih dok tersimpan harapan , manalah tahu dia nak sponsor satu hamper .....
Masuk hospital??
Malas nak g melawat dia , kalau dia kena tahan ....
Jahat nyer staff dia nie...
Kah kah kah
LOL... lawak laa pesanan kak pB pasal suruh BP jgn kupik... LOL... ske laa kak pB nih...
Insya Allah kak, kalau ada rezeki jadik boss besar, takmo laa kedekut mcm Encik G tu... isk..
PB
ni bukan lagi taik idung masin, dah payau kelat dah ni..hhahah. Orang macam ni soun direk je...
'En. G nak sponsor apa apa tak hari Keluarga ni' Sambil cakap tu volume tu kasik power sikit biar satu opis dengar.. hehheh
SASTRI
Jadiklah bos yang reti berterima kasih ...
Itulah yang sebaik baik manusia
ZAR
Zar .... kalau nak minta duit yang dia perlu bayar , pun susah.
Ini kan pula hamper....
Dah habis volume dah ....
Kdg kdg pB pulak malu kat dia sebab dok terhegeh hegeh dok mintak duit dengan dia...
Terbalik pulak .
Patut dia yang malu ...
kelakarnya tajuk topic you ni.... hehe...
mmg ramai bos2 yg camni.... tapi nasib baik buat masa ni, orang2 begini takde dalam hidup Helena....
HALENA
Memang kelakar.
Risau gak nak tulis , takut ada yang tahu rahsia blog pB nie..
Tapi, apa kira , belasah aja sebab dah tahap tepu geram kat MR G tu...
pB dah ada 6 boss, inilah pertama kali jumper yang macam ini...
hu hu..kupik sungguh bos kak pb.
kat opis irfa pun ada jugak sorang manager 'kudukut tahap taik idung masin'..kalau ada makan2 laju jer..tp bab membayar..
boleh pulak buat donno..
manusia ni kan bermacam ragam.
Kak pB..
Tgh PANAS MEMBARA ni..
Baru je lepas jumpe boss+boss no.2.
Geram nya!!!Allah je yang tahu..
Perlukah di expose di sini?
Kak pB bagi email address ehh, nanti fiz email..
Fuhhhhhh~
=((
tukar umah baru ko?tapi sedihlah takdok nama kita pun..hu hu..
jange ajok la bos tuh join apa2 aktiviti. biar dio dgn dunio dio nye jah
tersoho jugok blog pB nih ye...
IRFA
Ado boh baik
Ado boh bear'keng
Ado boh jenis ghe'le'nyar
Adok jugok ko boh hok ma'ke tapi tok reti bayar???
FIZZY
Nanti kak pB email Fizzy dulu
IRFA
Jange la sedih.
Renobesen tok brapo nok siap lagi.
Rama lagi namo saing lain hok tok bubuh lagi
BUDD
Tok ajok, raso supo tok keno lah pulok.
Kem'be sema'kok bilo Budd kato blog ni soho..
Suker sangat kalau ada ramai kawan ...
Salam, Kak pB...
Thank you for calling, ehh?.. ;)
[banyak cakap x saya ni?? hehehehe]
Akhirnya denga jugok sogho kak pB yg lemak merdu tu..
=D
Ok, nak gerak dah ni..
Take care deh kak pB..
kak PB.. cerita psl boss kat tempat kita nie (kita kan sama company), bery tengok boss2 muda nie nafsu besar sket.. keta besar, umah besar etc.. yelah cepat sangat naik pangkat and gaji berkepuk.. tu yg gaji banyak pun masih kedekut..
GM bery lain pulak, dia tukang cover duit yg tak cukup kalau buat event..bukan sikit, beratus2..kita plak yg kesian & segan kat dia..
NIC
Hah...kita satu kompeni..
Abih la, dah tak leh nak kutuk boss...
Nanti kantoi...
Baguslah GM Bery ni.
akak respek kalau bos yang macam tu.
Bery tak der blog ker??
Post a Comment