24 October, 2007

TOLONG

Salam Semua ....


Musim hujan dah tiba.
Tiga empat hari ni, Shah Alam basah sokmo.
Pagi pagi dah mula , petang belum tentu 'seriat' lagi.

Hujan rahmat ......


Ni nak cerita pasal duit lagi nie...
Keh keh keh
sari dua ni asyik citer pasal pulus.
padahal bukan banyak sangat pun.

Tengah hari semalam pB ke Tabung Haji.
Nak menyimpan sikit.
Kira ganti yang pB dah keluarkan sebelum raya tu ....

Mana boleh, asyik keluarkan jer.
Sekali sekala kena masukkan jugak ....

Ingatkan tak ramai orang, tapi bila dah masuk tu , boleh tahan jugak ler.

Ambil no giliran
1285

No sekarang
1253

Wah buleh tahan jugak nak menunggu .
Kaunter pulak , dua sahaja yang dibuka.

Dah masuk, dah isi borang , sayang pulak kalau nak tinggalkan.

Masa dok menghabiskan masa tu , datang ler sorang akak , maka dia pun duduk ler di sebelah pB.

pB pulak , tertengok yang no giliran dia ialah 1255.

Tiba tiba dalam kepala ni , timbul lah satu idea yang 'giler - giler' .

Kebetulan , pB ni kan jenis 'peramah'

Akak .. lepas ni giliran akak yer?

A ah

Saya nak mitak tolong sikit boleh tak?
Saya nak masukkan duit jer. Kalau saya kirimkan pada akak , boleh?

Akak tak kisah , tapi tak apa ker??

Tak apa , kak. Lagipun kalau masuk duit , tak perlu sign apa apa. Borang pun saya dah isikan.
Nanti saya tunggu lah kat sini

Boleh , boleh

Sejurus lepas tu, no giliran akak itu pun dipanggil.

He he ...

Tak sampai sepuluh minit, urusan pB selesai .........

Masa pie ambik buku tu , siap salam salam bagai lagi tu.
Sib baik tak peluk je akak tu ....
(tapi , lupa lar pulak nak ambik nama akak tu....)

Abang yang jaga kaunter tu , senyum jer ........


So, ada sapa lagi ada berani yang buat macam pB buat nie...??
Atau , dah ada yang pernah buat ....?????

24 comments:

Mulan said...

belom pernah buat tp ada org pernah mintak tolong..

tapi kat area kl/selangor memang sentiasa ramai kan. di cawangan2 bandar di negeri2 lain, rasanya tak payah tunggu lama..

indera kencana said...

Ini citer yang sama berlaku pada kakak saya Khairani di Tabung Haji Bota Kanan beberapa tahun lepas. Tengah kakak saya tunggu gilirannya nak masukkan duit seorang makcik bangun marah-marah..
"Apa ke hei(hal) nye. Udah lama makcik tunggu kat sini tak panggil lagi.."

Kakak saya terkejut.
"Sabor makcik. Kejap lagi deme panggil la makcik tu" kata kakak saya.
"Makcik dah tunggu lame kat sini. Udah naik lugu(kematu) dah ni" kata makcik tu marah-marah.

Lepas tu kakak saya tanya cakap
"Ate(habis tu) makcik marah-marah ni, makcik nombor berapa..??"
"TAK ADA NOMBOR!!!"

Laa... rupa-rupanya Makcik tu tak tau masuk Tabung Haji guna sistem nombor. Tu pasal la makcik tu tak dipanggil-panggil...

pB said...

MULAN
Kalau Mulan ke Cawangan Kota Bharu , lagi teruk. Ramai sungguh. Masak tunggu no giliran ....

Kat Shah Alam ni ada dua cawangan.
Satu di Kompleks PKNS dan lagi satu di Seksyen 18.
Di situ ler, pB mula mula berjumpa dengan adeQ ....


INDERA
Pandai ler Indera buat lawak yer ...

Patutnya Makcik tu kena lah tanya pengawal yang ada kat situ tu ....

Harap harap lepas tu, Makcik dah tak marah marah lagi ...

psssttt...kak pB dah baca N3 terbaru Indera.
Nanti ada masa, kak pB calling calling ....

achik said...

cayalah kak PB.. kalau saya segan kot.. hehehe ;p

Anonymous said...

ishh..

saya tak berani lagi la buat gitu...cayalah kat akak..mesti ayat powerr nih..ada jampi ka?

pB said...

ACHIK
Terpaksa tolak perasaan segan tu sebab tak sanggup nak tunggu lama ...

OREN
Tak ada ayat power pun , Oren.

Just cakap nak minta tolong.

Tapi debaran dalam hati, Allah jer yang tahu.

Takut takut, akak tu tak nak tolong.
Malu ler ....

~adeQ~ said...

panjang akal....bukan susah pun kan...peramah sikit jek orang dah tolong...takpe...kite kan sentiasa kena ada sifat tolong menolong....

kakLuna said...

saya lum penah buat mcm tu, sbb sy riso gak org tak nak tolong ataupun tolong tak ikhlas. tp kalau org mintak tolong dr sy, dia ckp elok2, sy insyaAllah boleh tolongkan.

pB said...

adeQ
Terpaksa panjang akal.

Kadang kadang kan, kalau kat JJ pun, akak ada gak terfikir.

Yelah kan, kita ada kad JJ , orang depan kita tu tak ada. Agak agak boleh tak, kalau kita bagi kad JJ kita, so that belian tu dimasukkan dalam akuan kiter..

He he he ..

Ada ada aja kak pB ni, kan.

KAK LUNA
Dulu pernah kak pB tolong satu akak ni.
Tolong bayarkan bil telefon dia.
Yang syok nyer, dia tak mintak tolong pun...

Ada ada aja kak pB nie ....

Pa'chik said...

keghek doh wak lagu tuh... hehe...
tapi sini, paling beci, benk afin lah.. beghehi bena offline...

Anonymous said...

Banyak nya duit pB, IP keluar duit ada ler namun nak simpan payah sekali...:-/

pB said...

PO'CHIK
Affin Benk kat Kota Baru , mono gak??

Kalu sokmo problem, baik lar tuka kor benk laing pulok.

ITIK PUTIH
Idok ler banyok, tapi ader ler sikit sikit.

Kalau ikut hati, memang tak nak simpan, nak belanja jer.
Tapi , tak buleh ler.
Takut, kalau ada imergensi , kan susah ....

HAPPYIRFA said...

salam kakpb..
huh..berani mati betul kak pb nih.sib baik dia tu jujur.kalau tidak..tak taulah.

saya pernah bg no giliran sy kat org sbb tgk org tu kelam kabut macam nak cepat.walaupun lepas tu giliran saya.baik ati pulak ari tu sbb takde hal penting sgt nak kejar.bg jelah kat org tu dulu

Pa'chik said...

afin koto baru gak depe IPD tu lah...

Mior Azhar said...

pb,
berani ekk buat begitu... saya tak ramah jadik takkan buat begitu. Dan lagi muka pun mmg selalu buat2 garang sbb takmau tolong orang lain...heheh

Anonymous said...

uii! sib baik akak tu bleh dipercayai!

Unknown said...

:) kalu tau pb nak peluk....abe id balek gi tolong barato!\
hehehe

abe id

pB said...

IRFA
Tak dok la pulok kak pB nok pikir bendo bendo negatif. Lagi pun, bukae nyor kak pB tinggal terus dio. Ado dok tunggu situ jugok ...

PO'CHIK
Oo.. situ

MIOR AZHAR
Ini baru first time.
Lagi pun, yang pegang no tu seorang wanita.
Kalau lelaki, rasanya pB tak ada lar berani nak buat macam tu...

MR PENYU BIRU
Masih ramai yang baik hati dan boleh dipercayai ....

Tak semua manusia tu tak elok perangainya ...

ABE ID
Tak po, laing kali Abe Id kelik Mesia, pB royak ko aBe Id ..

Anonymous said...

Pb
Dulu zar biasa jugak buat cam gitu.. heheh la ni urusan bayar bayar ni dah pakai internet pas tu ASB jer guna kaunter. Tabung haji dah siap potong gaji. Kalau ASB zar masuk 3 bulan sekali. Selalunya duit sewa rumah zar kat kepong tu memang kuota untuk saving ASB, tak leh usik dah.. So memang dah lama tak buat kerja cam tu lagi.. hehhehe

KAMATO said...

Pernah juga buat keje macam ni, masa tu nak beli setem kat pejabat pos, nak beli setem 1 je, beraturnya yg lama

ummi said...

yang ni saya tak pernah buat. kalau lama pun saya tunggu jugak. tapi pernah sekali saya dipanggil dek budak kaunter (kira potong Q lah ni) sbb anak2 saya dah buat hal, melalak2 menangis pastu berlari2 kat situ. kat klinik pun pernah gitu.

WRA said...

hehehe...k.we pung tok leh kot buak lagu tuh...tok berapo nok peramah hehehe

IKHWANI said...

aiii kalu kak OO tumboh tanduk doh tunggu tapi nok mitok tulong nga oghe tok kenal tu memae payoh tu..

muko pong bekeng sapo nok tulong! :p

Azian hasan said...

pB,
Tak pernah dibuat benda macam ni lagi.. tapi kelakarler..mungkin satu hari nanti nak cuba buat la...u macam dah expert nampak!hi..hi...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...