13 December, 2007

CUTI CUTI MESIA

pB bukanlah 'morning person' punya orang.

Bangun nak pergi kerja pun , kdg kdg , 645 am , baru celik mata.
Kalau masa zaman zaman Arifah sekolah , cepat lah sikit .
Sebab nak kena hantar dia

Tapi , sejak dua menjak , cuti sekolah ni , taim taim gituler baru nak bangun.
Biasanya , memang aBear yang bangun dulu.
Bila dia dah selesai mandi manda , baru pB bangun .....

Dah habit gitu , bad habit lak tu ....

Tetapi



dua tiga hari lepas ni , pB 'terpaksa' jadi Morning Person.

Pukul 6 pagi dah bangun .
Celik mata , terus tuju ke dapur .....
(kebetulan pB nampak anak bulan)

Di dapur, terus tukar uniform , dari baju tidur ke apron.
Wa cakap lu ... pB pagi pagi dah jadik tukang masak ......

Seperti mana telah pB beritahu pada entry yang lalu , Parents In Law pB telah pun terbang ke Tanah Suci Mekah.
Alhamdulillah mereka selamat sampai di Jeddah , walau penerbangan mereka telah ditunda pada pagi Isnin tu .
Sepatutnya terbang jam 7 pagi Isnin, tapi , 10 pagi baru boleh berangkat.

Kesemua ipar pB datang dari Kota Bharu.
Riuh rendah rumah dengan suara suara anak saudara.

Jadual pun agak penuh .
Kira macam Cuti Cuti Malaysia.

Isnin , lepas aBear habis last paper , mereka semua ke IOI Mall.
pB tak ikut sebab pB kerja .....
Merendek mereka kat situ , sambil makan Kenny Roger's.
Saper saper yang ada duit lebih , sila ambil perhatian.
Pergi lah bukak satu restoran KR kat Kota Bharu.
Kat sana , tak ada lagi , tau......

Hari selasa , mujurlah tak hujan.
Maka , ke Zoo Negara , kami bertandang ....
Tengok gajah berjoget, gajah main bola...
Tengok gajah berak ...

Tengok hyppo ,
babi utan ,
ular sawa ...

Tak round sangat , sebab sakit kaki.

Keluar dari Zoo , terus ke Sri Kembangan.
Ada yang nak mandi kolam .
Dua jam berendam , baru balik rumah.

Sebelah malam , kami ke Kajang.
Makan satay lagi.


D next day , iaitu semalam (rabu) , pB bangun pagi lagi.
Gorengkan nasi , keropok , ayam goreng .
Buat bekal untuk ke Wet World kat Shah Alam.

Nasib baik ler , tak hujan.
Cuaca pun mendung jer , tak panas.
Jadiklah macam kanak kanak kejab.
Berendam rendam ...
Sempat naik 'water roller coaster'.
Melambung lambung tapi syok ......

Keluar dari Wet World , terus lunch kat Taman Tasik.
Perut kenyang , hati pun gembira ...

Masa dok makan tu , ada sowang budak lelaki dok menangis.
Bila ditanya tanya , dia kena tinggal dek jiran yang bawak dia berjalan.

Melilau aBear temankan budak tu , cari jiran @ pengasuh budak tu ....

Nasib baik ler jumpa...
Apa punya pengasuh ....
Dah lah bawak budak tu jalan jalan ,
boleh pulak dia 'tertinggal' budak tu ....

Dari Wet World, terus ke Plaza Alam Sentral pulak.
Saja nak bawak adik ipar tu ke tingkat lima ....
Rambang mata tengok pasu pasu , bunga bunga plastik dan pinggan mangkuk kat situ.

Tak boleh nak lama lama , sebab aBear tiba tiba pulak nak demam.

Semlm , kesemua ipar dan anak sedara pulang ke KB .
Hari ni , semuanya back to normal routine .....

***********************

Sekian saja lapuran dari pB .....

11 comments:

Mak Su said...

pb, kita boleh join ler. mak su memang confirm latebird... payah sungguh nak bangun pagi... dan la... camner boleh tertinggal anak asuhan tu ek.... hhmmm, macam2.

WRA said...

habih doh la nih cuti-cuti mesia nih? hehehehe....

Mrs.A said...

salam kak pb...
wah.. syoknya berjalan-jalan... Kak PB g Alam Central.. huhuhu.. saya tak de kat situ...

13may said...

cam tourist guide plak :D

indera kencana said...

Pada lama takde kat rumah... rupa-rupanya akak ni pegi makan angin. Huhuhuhuhuhu... nak ikuttt

Sastri said...

tak singgah pkns ke masa kat shah alam tu kak? sas suka karipap dan sardin roll al-fatiha tu... sedappp... :D

pB said...

MAK SU
Kita memang 'ngam' bersama.
Anak pun empat empat pompuan.
He he

KAK WEAR
Minggu depae ado lagi ...
Kelik rayo haji ...
Pah tu , g holiday kat Kuala Trengganu n Kuantae

MINNIE
Arifah ingat , tau.
Dia siap tunjuk lagi booth bF Minnie

13 MAY
Sekali sekala ....

INDERA
Makan angin sampai sakit badan ...

SASTRI
Semuanya dah lembek ...
Budak budak , masuk jer kereta, terus lena

arsaili said...

ni memang cuti2 abis nih..menang tangan tak?

zino said...

kalau sekolah dah buka nanti.. 6.30 zino dah ada di jalan raya.. hehe

Anonymous said...

patut la tak updet 2-3 hari..jadi tourist guide rupanya...

IKHWANI said...

best tu dengar cuti-cuti pah ni nok cuti lagi ke KT and ktn?

bukan morning person tu sebab tidor lambat kot? kalu kak OO pulok terbalik..biological clock tu gerok pukul 5 sokmo, pakso pong tok jenegho doh lepah tu..tapi malae 10.30 paling lambat tidur.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...