06 December, 2007

JELES LAGI

Pagi tadi , kami berdua minum di Syed Bistro di Seksyen 3.
Mengingatkan pesanan McBudu semalam , maka nya , dengan relahati
PB tunggu lah che aBear masa nak turun kereta.
Ingatkan nak pegang pegang tangan , jalan seiringan dan cari meja sama sama.

Tapi , aBear dengan sungguh sungguhnya ,
tak nak turun dari kereta sehingga pB turun dahul dan carik tempat duduk.
Kah kah kah …

Dengan ini , diumukan bahawa pesanan McBudu tidak dptlah pB ikut .

Tak apa lah , asalkan bahagia ….
Walaupun tak romantik tapi aBeat tetap jadik pujaan hati pB
Kuang kuang kuang

Biasalah, bila bersarapan tu , paper mesti ada.
Dan masing masing ambil bahagian yang masing masing suka.
ABear baca cerita yang heavy heavy ni , manakala pB lebih kepada berita hiburan.
Kami tak suka nak sembang sembang masa makan.
ABear kata kalau masa makan , bercakap , tak baik ……
Keh keh keh

Terjumpa lah satu isu yang hangat.
Diperkatakan dari dulu hingga ke hari ini.
Dan akan terus diperkatakan hingga ke hujung dunia.


LOVE IS NOT JEALOUS
JEALOUSY IS THE ROOT OF ALL EVIL
THE FOUNTAIN OF DISASTERS


CEMBURU …..

Ini persoalan yang timbul dalam kotak fikiran pB semasa pB tulis n3 ni

1) adakah cemburu ni perlu ada pada setiap pasangan yang berada dalam perhubungan.
2) Adakah cemburu ini lebih kepada pasangan yang baru baru kawin atau yang baru baru dok dating dating
3) Kalau berlaku pada suami isteri yang dah lama kawin , sejauh mana sifat cenburu tu patut ada ….
4) Dan kalau pasangan tu tak ada sifat cemburu, ada masalah ker dalam hubungan pasangan itu


Ada isteri isteri yang sanggup check handphone si suami bila suami balik kerja.
Takut nak check depan depan , check masa suami dalam bilik air.
Check inbox , check outbox, check missed call , check rx call dan juga check dialed call.
Kalau hp suami berbunyi , mulalah nak gelabah.
Lepas jer suami habis cakap , siap ler si suami kena tanya tu , tanya ini.

Ada isteri yang sanggup check wallet suami .
Ada yang sampai bill handphone akan ditanya tanya.
Kalau jumpa nombor yang tak fimiliar, siap ler suami kena masuk bilik soal siasat.

Ada yang lagi cemburu habis habisan ...
Kalau tengok drama melayu , kena pulak nama watak wanita dalam drama tu , sama dengan nama bekas teman wanita si suami , boleh terus tutup tilibisyen tu.
Nak letak nama anak pun , mesti pilih pilih.
Kalau ada jer sebutan yang nak hampir hampir, mulalah si isteri bising .
‘saja nak kenang sejarah lama lah … itu ini ‘

Kalau kat pejabat suami , ada minah bergetah , lagi parah.
Siap sindir sindir kalau suami lambat balik kerja.
Padahal suami memang jujur dan setia.

n3 ni bukan lah nak jatuhkan isteri ,
Cuma nak ketengahkan bahana cemburu.
Apa cemburu boleh buat pada si isteri.
Dah naik pangkat dari isteri kepada ajen KGB , CIA .
Sib baik , tidak di’torture’ ‘torture’ si suami tu , bila nakkan jawapan.

Bagi pB , cemburu itu biarlah berpada pada.
Perlu ada sikap percaya , hormat pada privasi dan juga jangan mula gelabah bila dengar cerita yang bukan bukan.
Siasat dulu …
Selidik dulu …

Tengok cerita Spa Q , relaks jer Qristina , walaupun dia tahu yang si suami tu tengah pasang spare. Maintaince jer layan suami.
Kalau pB , rasanya , aBear masuk pintu umah , tentu dah kena soal siasat.

So , para para isteri sila beri komen .
Mc Budu , jangan lupa tulis pengajaran , ok …
Para suami termasuk NBK pun ,jangan pulak tak tinggal komen ttg isu nie .....

29 comments:

Anonymous said...

Topik yg ditunggu2 olih IP. Mmg betul...cemburu harus berpada-pada tapi ape kes kalau isteri dari mula kahwin sehingga dah ada anak 4masih lagi nak cemburu... Jgn ler trsalah sebut nama bekas GF, akan di unggkit balik kesah2 silam yg dah 20 tahun brlalu...ada ke patut!. IP tak kesah kalau ada perasaan cemburu pada pasangan kita tapi biar lah yang genuine punya kes, ini tidak masalah sekecil2 cili padi pun bolih diperbesar2kan menjadi bom ATOM... Penin2 kalau nak di fikirkan last2 buat bodoh jer lah...

Anonymous said...

Perkara yg cm TIDAK AKAN buat ialah CURANG dan cm TAK AKAN TOLERATE KALAU CURANG and it has been made clear... yg lain-lain tu anggaplah mcm hujan bila turun basah ada panas matahari kering... tak payah nak fikir sgt.

isteri lebih faham suami mereka, dah kalau suami pun semacam aje lagaknya eloklah jadi spy, tapi kalau suami baik pun nak jadi spy .. tu susahkan kepala aje

Anonymous said...

saya mmg cek wallet dan h/p..mana tau ada resit2 yg tak berkenaan...

bagi saya, walaupun nampak cam busy body sket, tp itu tanggungjawab saya memastikan suami tak buat benda2 pelik..kalau kita tak cek, dan dia berterusan buat salah, haru la...

WRA said...

ada suami kalu isteri tok berapa nok cemburu, dia kata isteri tok sayae ko dio....tapi kalu over2 cemburu, dio lemas la pulok...hmmmm

ado jugok suami hok jealous over2...tengok ado orae llaki jjalae belakae isteri pung, tanyo macae2 doh, pada hal isteri tok tau pung ado orae jjale belakae dio...lagu mano tuh?

Anonymous said...

KAK WEAR
Kah kah kah ...
Orghe ni mache mache pesen , kak wear.

Hik hik ...
Abe jD kor tu ??

OREN
Kak pB tak pernah check wallet aBear.
Bukak , bila nak ambik duit. Itu pun jarang jarang

Betul kata Oren tu .
Kena jugak berwaspada , tapi , berpada pada

Anonymous said...

CHE MA
Haru , kalau suami ok , tapi wife pulak nak jeles sakan ...

Kesian suami tu ..
Mati kutu ler , jawabnyer

ITIK PUTIH
Sabor jer lah.
Nak wat cam ner , dah perangai dia macam tu ......

ummi said...

cemburu itu perlu (bagi saya) tapi jgn cemburu buta sampai menyusahkan org. saya kenal satu pasangan ni. wife dia dok lah check sgt2 aktiviti suami sampaikan kalau takleh ctc suami dia, dia akan cari sesapa yang meeting/discussion/makan sesama husband dia utk check. saya pun naik rimas.

ps - kami masih berjalan berpegangan tangan tapi kalau kakak, anak sulung tu ada, dia lak yang jeles. panjang lah muncung dia kalau abahnya pegang tangan ummi.

arsaili said...

cemburu tanda sayang, tapi yang dah lebih boleh melayang

NBK466 said...

Nak komen tapi..den bukan para isteri..he..he..he.

pB said...

UMMI
Dulu , pB ada gak panggil aBear kalau dia kerja jauh jauh. Sekarang ni , dah tak lagi. Kalau call pun , tanya dah makan ker, itu jer. Pas tu , terus letak phone.

Pegang tangan ...
Hmmm ...
Baguslah tu ....
Cuba kekalkan keromantika selama lamanya

Ummi ,
thx dah dpt email ummi

pB said...

ARSAILI
Betul tu ..
Dari pada tak buat , terus tanam azam nak buat ...

He he

NBK
Apasai tak komen ...??
Nampaknyer nak kena tukar ayat last dlm n3 ni ...

Jab jab , nak p tukar nie

Anonymous said...

Bertuah aBear sebab isterinya sgt memahami,
tak check HP aBear,
tak check wallet aBear,
tak check kat opis aBear ada pompuan cantik ke tak hehehe....

dah lama kahwin, kalau pegang tangan nanti ada org kata..
- nak tunjuk le tu..
- elehh itupun nak pegang tangan
- tu mesti jalan dengan mak we tu
- tu mesti jalan dgn bini muda tu, loving je
- meluat aku, nak pegang, pegang le kat rumah

byk lg tapi cukup yea

hehehe

McBudu said...

He he kali ni tak ada pengajaran, sebab tak ada cerita, cuma ada pertanyaan demi pertanyaan.

Cemburu tu memang tak dapat dipisahkan dari manusia sejak Qabil dan Habil lagi, cuma akal dan fikiran yang waras dapat menfaatkan sifat cemburu itu menjadi kasih sayang.

Sikap cemburu yang keterlaluan menampakkan kecelaruan fikiran seseorang insan, lelaki maupun wanita.

Cemburu buta juga menampakkan sikap kurang yakin dengan keikhlasan pasangan dan akan menghakis rasa kasih sayang antara pasangan.

Cemburu dan kasih sayang sebenarnya tiada hubungan langsung. Mereka yang mengatakan cemburu tanda sayang sebenarnya hanya untuk menutup kelemahan mereka yang tidak dapat mengawal rasa cemburu yang berlebihan.

Cuba lihat sifat cemburu dari perspektif lain - cemburu atas kejayaan orang lain, cemburu akan kekayaan orang lain, cemburu akan kepandaian orang lain, cemburu akan kebolehan orang lain... semua sikap cemburu itu tidak baik, mana mungkin bila cemburu sesama pasangan dikatakan baik...!

zino said...

teruk juga kalau cemburu ni..

tapi zino selalu gak cek hp mem bukan nya apa..tolong padamkan mesej miss call yg berlambak2 tu.. hehe

umie@kakyong said...

PB, tq erk.. call umie pagi tadi.. seronok sembang... esok call lagi tau... sembang lebih pannnjjjangggggggg....

cemburu banyak jenis.... ada cemburu buta... ada cemburu celik... ada baiknya dan ada buruknya... jdi.. siasat la dulu kan.... mana la tau kan.. disebabkan cemburu, akan makan diri sendiri... celik2kan mata dan celik2 hati.... (betul ke aku ckp ni)....

suriani said...

pb weh..
saya cemburu gak..
tapi saya tanya direct je, entahlah, bila ngan pompuan, dia memang layan sama je, just that kita je la yang rasa lain.
bila kita interrogate, dia kata, dia takde masa la nak nakal-nakal, asik sibuk keje je..
tapi, saya tak boleh percayer terus, saya mesti pastikan dulu, baru hati saya lega...

tapi saya memang akan tetap tanya dia hubby soklan2 begitu bila saya rasa perlu..

KakNi said...

Pada saya buat apapun kenalah berpatutan/bersederhana, macam cemburu ni, biarlah sedang2 aje. Jgn tak peduli langsung (tak cemburu) dan janganlah terlalu cemburu sangat.

Mulan said...

kena jugak cemburu tu tp berpada2 kan. tapi masa mula kawin dulu la yg parah sikit kot, level jeles tu tak nak turun2. sekarang dah ada anak & dah lepas satu dekad berumahtangga ni, rasanya dah matang banyak kan...

he he tapi tak leh kira jugak orang laki ni...

Zareda Norman said...

PB
cemburu tu perlu ada tapi perlu berpada pada.. zar ni kalau jenis cemburu ekstrem tak boleh pi kerja hubby tu sebab tempat kerja dia penuh dengan gadis gadis baru nak kering hingus yang daring daring belaka..

sometimes isteri yang cemburu giler giler ni dia nak security & defend diri dia dari segala anasir merbahaya.

Ayu Mohamad said...

hubby saya pon selalu check henpon saya.. tolong charge kan battery, tolong emptykan sent item hehehe

pada saya cemburu itu perlu ada.. saya setuju dengan arsaili cemburu tu tanda nya sayang tapi kalo lebih2 hehe jadi bende lain le plak kannn

dalam islam ni kan kite di suruh besederhana!

baru la hidup aman damai

pB said...

AYU
Bagusnya suami Ayu. Rajin dia.

Betul tu , semua perkara kena bersederhana. Kalu lebih lebih , sakit jiwa dibuatnya ...

ZAREDA
Hik hik
pecah rahsia Zar.
Kuat cemburu gak nyer .....

pB setuju kalau isteri ekstrem tu , dia rasa unsecure dlm hubungan. Sebab tu dia begitu

pB said...

MULAN
kdg kdg orang lelaki ni , depan kita , pijak semut pun tak mati. TU yang kdg kdg kena berhati hati jugak ....

Bila umur kita bertambah matang , rasanya sifat negatif kita pun semakin kurang

AHNI
Kalau langsung tak cemburu , itu tandanya apa nyer???

HAPPYIRFA said...

SALAM KAK PB..
mace rajin dengar jah pasal kisah cemburu ni.apalagi sorang isteri yg cemburu ko laki tahap gaban smpi chk hp/wallet.he he..
kelakarlah tajuk kakpb ni.kelakar sbb apo?sbb terkena pd diri sendiri

cikdinz said...

cemburu tu tak salah tapi jgn lah lelebih sangat....

13may said...

lelaki kalau dah jeles.....huiii...no komen :D

Unknown said...

:) abe id dok jenih jeles, tapi jenih possessif dan protektif ....ada bedza tuh.

Jeles ni...kadae kadae tuh, mmenae dalae fikighae kito jah. tak dok ggappo pung....hehehe


abe idhae

achik said...

err saya bukan isteri, jadi no komen.. hehehe.. ;)

Anonymous said...

Me and Ed selalunya sempoi jek.

Ed jarang jeles, even though tau, saya banyak kawan2 lelaki. Tapi kita pon pepandai le kan.

Tak pernah cek hp, wallet, notebook beg sumer.. cume pernah warn dulu2.. dek kerana saya tak pernah kaco life dia, kalau buat perangai pelik2 gua blah jek.. hahahah kejam tak.. tak kasi can punya.. hehhehe.

On a serious note, memang kena put trust on our partner.. kalau asyik curiga jek, letih weii.. Jeles sket2 tu oraitlah, jeles-jeles manje gitu hehehhe..kalau lebih2 boringla..

~arena

Anonymous said...

Emm..this is from my own experience..dulu mula2 kahwin i tak nak la cemburu sgt, sbb takut hubby rasa terkongkong...Tapi dia ambik kesempatan lak atas kepercayaan yg i bagi...I masih ingat lagi, masa 1st day puasa in 2005, masa tu i & hubby keluar nak beli juadah buka puasa then suddenly h/phone dia ringing. Masa dia jawab tuh, hati aku dah mula cuak sbb dia mcm nak control & cakap pun mcm nk cover2 je. After dia hbs cakpa, so i tanya siapa yg call...dia cakap kawan kat ofis. I rasa tak puas hati lalu i check received call. I mmg btl2 terkejut sbb incoming call tu bukan no. ofis dia, so i call back...tau sapa yg jwb? Sorang perempuan & bila i tanya why dia call my hubby's no., dia ckp my hubby is her bf...So u can imagine la mcm mana perang terjadi lepas tu...

But my hubby minta maaf dr i & berjanji takkan buat lagi. So i bagi peluang & maafkan dia. But that thing tak hbs takat tu ajer. Dia lg bijak...dia save nama awek dia dlm h/phone guna nama lelaki supaya i tak tau. Tp kalau benda tak baik, insya Allah Tuhan akn bg petunjuk. One day saya cehck sms dia,ada org hntr sms guna nama "ADI" & sms tu ckp dia rindu kt my hubby. I call no. tu, jelas2 perempuan yg jwb...Masa tu seluruh kepercayaan dh punah & i tak dpt nk maafkan dia lagi...Now i dh divorce, dia pun dh bertunang dgn perempuan yg dia skandal tu...

So kesimpulannya, cemburu itu mesti ada...jgn bg 100% kepercayaan even dh bergelar suami isteri. Kita tak dapat accompany our hubby 24 hrs, so kita tak tau apa yg dia buat di belakang kita. Sedihnya, after married most of us tried to be loyal & respect our hubby, tapi they all tak tau lak nak menghargai semua tu.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...