09 January, 2008

AWAL MUHARAM

Dulu gula.
Sekarang minyak masak.
Lepas ni , tak tahu apa pulak yang tak cukup.

Pelik jugak , kan.
Padahal kelapa sawit ditanam di merata rata tempat kat Malaysia ni.
Kalau ke Johor, berlambak pokok kelapa sawit.

Masalah minyak tak ada ni , berlaku jugak kat kawasan umah pB.
Yang ada kat atas rak, cuma minyak yang mahal mahal tu.
Yang lima kilo memang tak ada.

Terpaksa pB ke Giant , esoknya.
Atas rak Giant tu pun , cuma ada 2 botol jer.
pB borong semua ....
Hi hi hi .....

Pagi tadi , ada pula isu beras seludup.
Hmm .....

Bila dengar berita tu, terfikir pB
kemanakah mereka bawa semua barang barang yang mereka rampas tu?

Rampasan beras , minyak masak , gula , mercun , kain pelikat , rokok ????
Diagih agihkan pada kakitangan ker selepas tu..??

Kalau yang dirampas , barang yang tahan lama , tak per.
Kalau yang dirampas jenis jenis makanan , macam mana eks???

Dulu , pernah pB tengok , mereka buang buah jeruk yang dari Thailand.
Berbotol botol.
Sayang pula rasanya ....

Saper yang tau ... ?????

***************************************

Di kesempatan ni , pB ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua blogger.
Jangan lupa baca doa malam ni ....
Moga kita semua akan dijauhkan malapetaka .
Moga kita semua akan mendapat kebahagian di tahun baru ni.

Selamat Berpuasa untuk yang nak buat puasa sunat , esok.

pB ...tak pasti lagi ...
(teruk nyer)

***************************************

Tengah hari tadi , pB dating dating dengan UmeBoshi.
Ume datang ke Seksyen 18 cari kedai Secret Resepi.
Nak cari kek untuk majlis harijadi hubby tersayang malam ni.
Siap buat 'majlis terkejut' untuk suami.
Siap ambil cuti separuh hari tu ......

Kak pB doakan agar majlis itu akan berjaya ...

Dan kak pB juga ucapkan banyak banyak terima kasih sebab belanja kak pB 'KEK'

Sodap sungguh kek tu .....





13 comments:

Azhar Ahmad said...

Hummm entohler kak pb... Macam ada sesuatu jerrrr..... Plihanraya plak nak dekat... Masalah ni....

pB said...

AZHAR
Yang terseksa , kita ler

suriani said...

pak menteri kata masalah minyak tu sekejap saja..
pastu org ramai kecoh tepung pulak kena sorok.. hai la roti canai.. pastu pak menteri kata lagi, tak yah risau, sebab tepung ada banyak stok jugak, not to worry..
semua benda pulak naik harga, jadi apa tinggal yang turun?




hujan je turun, kan?

arsaili said...

salam maal hijrah

KakNi said...

Salam Maal Hijrah PB.

Untuk Ahni tak ada ke kek secret recipe?

Anonymous said...

semo bendo naik...even daroh ore pung naik etek hehehehe...k.we jah daroh tok naik2....asyik low bp jer....

sedak weh kek....
Salam Ma'al Hijrah PB!!

Titicaca said...

macam tu laa..yg kaya makin kaya..yg kena tindas...makin kena tindas...

YuszTieY said...

meleleh air liur tgk gamba kek blubery ces ...nak cikit

zino said...

salam amal hijrah dari kami sekeluarga...

harap kejutan tu menjadi.. hehe

Anonymous said...

Salam maal hijrah

Kes sorok sorok ni makin mejadi menjadi plak sekarang ni. pembekal barang ni dah tak takut undang undang dah.. moskel dibuatnya..

umeboshi said...

kak pb!!!
tersengeh kiter baca entry kak pb nih. ehehe..ok gak la majlis b'day tuh. meriah.tersenyum lebar cik abang tu. cheese cake tu sedap ek? kiter belum rasa lagik. akakka.. dok pulun choco indulgence jek. sedapnyeeeeee... len kali kita dating lagik. next time k.ahni join jom?!!! ahaks.
salam maal hijrah pada semua.

HAPPYIRFA said...

salam kakpb..
dengar gak citer minyak xde ni tp x ambik pot sgt.sbb bulan lepas beli yg 5 kg kat maidin.byk lagi tu pasal x terasa sgt.risau gak..

sedak napok kek tu.nok sikit.

Anonymous said...

salam maal hijrah.
cheesecake apa kah itu namanya?
mcm nak gi cari gak ah

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...