08 January, 2008

KAMERA

Ini adalah kamera digital yang pertama pB gunakan.
Kalau tak silap , dah empat tahum pB guna.

Tetapi , sejak dua tahun yang lepas , kamera ni asyik tak sihat jer.
Ada masalah dengan LCD display.
Kejab ada gambar.
Kejab tarak gambar.

Dah hantar masuk bengkel dua kali.
Tukang repair tu pun akui yang kamera model ni ada masalah sikit.
Kamera ni ada manja lerrr.
Tak boleh duduk tempat panas.
Tak tahan haba , IC nyer akan terganggu.
Nasib baik ler masa hantar tu , FOC jer.

Yang paling ketara sakitnya , adalah masa pB bercuti baru baru ni.
Bila nak ambik gambar je , kena tekan pada bahagian atas kamera tu.
Barulah , akan appear imej pada LCD tu.

Makan bateri pun , iyer jugak.
Guna tak sampai dua hari , minta ditukar.


Yang kelakarnye kan , disebabkan dah terlampau menaruh harapan pada LCD display tu ,
maka tiap kali , tak nampak imej , pB rasa macam ada masalah besar.
Padahal nyer , ambik gambar secara manual kan boleh.
Ada tempat tengok imej per ....
Tapi , kalau buat macam tu , tak nampak macam kamera digital la kan ..
He he he


Makanya, apabila kamera kat atas tu dah bermasalah ,
aBear pun mula ler dok masuk keluar kedai kamera.
Tanya harga , tanya ciri ciri dan juga tengok budget.

Sabtu lepas, lepas hantar anak anak ke kelas tambahan , kami singgah ke The Summit.

Terjumpa ler satu kedai kamera.
Bincang bincang harga , bincang free gift ..

Dan tersangkut ler aBear dengan kamera ni.
Yang syok nyer , harga masih dalam lingkungan bugdet aBear.
Dapat tripod dan beg free.
Memory card pun dia bagi yang 2 Gig .....


Ahad tu , dari tengah hari hingga ke malam , aBear dok berkepit dengan buku manual.
Dok belajar cara cara macam mana nak ambik gambar macam PRO.
He he he ....







pB berkenan yang ni ...
Comel banget.
Kecik macam kotak rokok jer ....
Sesuai sangat untuk lady lady tau ...

21 comments:

umi ameer said...

kanda kitapun dah order satu kamera digital, tak hingat brand apa, kat fotozoom, tapi kita tak pernah ada kamera gini, tentu ada experience baru dan menarik, kan?
sekarang ni, kita amik gambo dengan hp kita je, itupun dah abis canggih dah kita rasa...
ahak!

McBudu said...

Bila citer pasal kamera ni, Teringat kisah cctv. Rasa-rasa dah takut nak pergi holiday dan tinggal kat hotel la ni... he he

Ordinary Superhero said...

Fulamak Canon EOS tuuu.

pB said...

UMI AMEER
Bila nak dpt kamera baru tu??

pB pun sekarang , apa apa ambik guna handphone. Senang gitu ...

ABE McB
Entah apa apa ler zaman sekarang ni.
Guna teknologi untuk menjahanamkan orang lain.

Mintak jauh ler

O.S.H
Kamera memae canggih tapi tu'ae kamera, manual pun tak kho'tae kho'tae lagi ...

Hu hu hu

zareda said...

huiihhhh kamera baru.. zar pun tengah recee kamera baru ni.. olympus zar tu pun dah bermasalah.. rasanya nak carik soni plak

pB said...

ZAREDA
Rek'ki jangan tak rek'ki.
SONY ??

Ok jugak tu ...

ADIEJIN said...

camera pun ada IC ker ? apa nombor IC kamera awak dik ? Dah boleh register sebagai pengundi tuh.

pB said...

ABE ADI
Lamo adik pB tock napok abe adie.
G tulun bekah menteri kesihatae tu kor??

Malah nok g ngundi sebab malah nok pakok orghe bukae melayu nie ...

kakLuna said...

pasni banyak la gambar2 pro kat blog kak PB ni ye..

Titicaca said...

dah ada kamera tu hape lagi...post la gabor bebanyok.. ngeh..ngeh..ngeh..

Azian Hasan said...

pB,
Lepas ni kena pos gambar pB la pulak.Banyak-banyakkan gambar tu.

Azhar Ahmad said...

Apa kamera pun tak penting, yang penting kak Pb boleh bekukan masa bukan?

zino said...

berapa rege tu mampu ke kalau zino nak beli hehe

~ahni~ said...

Kita orang perempuan sure suka camera yang kecik coz boleh masuk dlm handbag....

pB said...

KAK LUNA
Bukannya reti nak godek kamera tu ..

TITICACA
Hi hi ...
nampak gaya lepas ni nak kena bukak blog baru ...
Blog bergambar pulak

AZIAN
pB malu ....

pB said...

AZHAR AHMAD
Betul tu ....

BRO Z
Nanti pB smskan.

AHNI
Betul tu.
Tapi kamera yang pB bekenan tu memang cantik.
Harga pun lawa gak ...
Kalau tak silap RM899.00

mazudi said...

Wow..EOS.
Ini dah jadi tukang gambar dah ni pB

Abang Long said...

Salam Maal Hijrah buat pb. Maaf dipinta, sebenarnya abang long dalam keadaan buntu. Abang long mencuba untuk menghubungi Prof. Hajjah Nurazzah8, tetapi gagal, sebenarnya ada keperluan penting, dan alamatnya juga tiada dalam simpanan.

pB said...

MAZUDI
Kalau pandai, boleh buat side income tuuuu....

ABG LONG
pB dah emailkan ....

kasutVincci said...

setakat ni, kv n co baru ada 2 kamera digital. Dua dua brand sony. Kdg2 lupa nak charge bateri. Haha

happyirfa said...

salam kakpb..
dah lama berangan nak beli camera digital.tp entah bila cukup bajet.
bila ada rasa macam x perlu pulak..

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...