31 January, 2008

OMONG KOSONG

Salam ....

pB rasa dah cukup ler cerita pasal Kuching .
Kang tak pasal pasal ada yang mengamuk pulak ...
He he he


Sebelum pB lupa ,
pB nak ucapkan TAHNIAH kepada INDERA KENCANA.
Dapat baby baru ...
Ini adalah anak ketiga buat pasangan INDERA dan AZZAH.
(oppss..lupa nak tanya anak apa , baby boy ke baby girl).

Bercerita ttg Indera , baru pB teringat yang pB ada BERhutang satu n3.
So , pB rasa hari ni , hari yang baik untuk pB karang cerita itu .......





Kira kira sebulan yang lepas, pB BERJAYA menjejaki sorang kawan sekolah pB.
Rasa - rasanya last pB jumpa di masa tahun 1990.
Lepas tu , macam Lost Contact.


Bila dah dpt no hp si member ni , pB pun calling calling ler.

Seronok sungguh dpt berbual bual.
Lepas SPM , member ni masuk Tingkatan Enam.
Ambik STPM.
Dapat result cantik, dapat belajar kat HUKM.

Habis degree , dia kerja dengan KERAjaan.

Kira orang GOMEN lar nie.
Kalau tak silap pB , one of the PTD.

Sekarang ni dia kerja bawah Dato Jamaluddin Jarjis kat PutraJaya.

Masa dok sembang sembang tu , dia sibuk dok tanya pB.
Kemana semua kengkawan lama ..
Kerja kat mana ...
Anak dah berapa .....


pB cerita apa yang pB tahu jer lah.
Yang tak tahu tu , tak kan pB nak reka reka pulak , kan.


Dalam perbualan tu , dia ada bertanya ttg keadaan salah sorang kwn lama kita.
Kita namakan dia Zack .


Zack ni dulu , masa sekolah menengah memang masuk group budak budak pandai.
Keputusan peperiksaan memang tip top lar.
Math dan ex math selalu dpt 85% keatas.


Bila pB beritahu yang si Zack ni sekarang kerja as a ADD MATH Teacher kat Klang,
si member ni mula mengeluarkan kata kata yang tak berapa syok pB nak dengar.

'Aiks... dulu punya lah pandai , cikgu jer sekarang ni'
'Aku ingat ker dia akan jadi pensyarah ker apa ker'
'Aku yang dulu blajar tak berapa pandai pun boleh jadi macam ni , sekarang'

Alahai iiiiiiiiii ....
Putus angin nak cakap panjang ....
Dalam hati , terasalah jugak kecik jer pB nie.

Selesai berbual dengan member ni , pB berfikir panjang ......

Keputusan SPM yang kita dapat tu , tak dpt memastikan kita berjaya bila kita bekerja.
Dimana kita belajar juga tidak akan dapat menjamin yang kita akan senang bila kita kerja nanti.

Ada orang , lepas SPM , result cukup cukup makan , tapi rajin buat part time.
SO , dia akan berjaya.


Ada yang suksess dalam SPM dan juga UNI , tapi kerja yang dijawat lepas habis belajar , tak syok. Tension manjang . Itu pun tak menjamin keselesaan dan kebahagian.

Ada yang SPM cukup cukup makan , tapi dapat kerja tempat yang best giler.
Dapat g kursus luar negeri , ada banyak elaun.
Dapat pulak bos baik.


Pokoknya rezeki kita tak sama.
Kebahagian kita juga tak sama.

Kedukaan kita juga tak sama.

Kita perlu ingat satu sahaja ....
Apa yang ALLAH berikan pada kita , itu lah yang terbaik untuk kita , walaupun , pada mata kita , nampak macam tak cukup dan tak adil.

Tak kira dalam apa sekali pun , pasangan hidup , gaji , kerja .....


Tak gitu???




30 comments:

Anonymous said...

Betoi tu.....!

pB said...

ITIK PUTIH
Sib baik tak tido kat EXCH semalam..

he he he

Mak Su said...

nasib si add math tu lebih kurang dgn nasib mak su, tapi mak su lagi dahsat, cuma dpt jadik kerani cabuk jer... haa... ada idea nak cerita ni. perhaps minggu depan mak su akan cerita pasal mainan takdir ya pb...

pB said...

Salam Mak SU ...


tak sabar nak baca n3 Mak SU minggu depan

indera kencana said...

Betul tu Kak pB, segalanya tentang rezeki. Kalau belajar pandai melangit pun, kalau dah takde rezeki, tetap tak dapat nak ke mana.. Tapi kalau rezeki Allah itu ada, belajar separuh jalan pun boleh dapat macam-macam dan jadi macam macam.

Azah bersalin anak perempuan. Seperti yang diharapkan oleh Siri Aufa sendiri. Umi dan Baba tak kisah... lelaki dan pompuan sama je.. Tapi mungkin sebab bawah dia tu lelaki (si Adil Rayyan yang lasak tu!!) macam buat dia tak sedia nak dapat adik lelaki buat masa ni... Hehehehehehe tu pasal masa Azah bagitau dia, dia dapat adik pompuan, melompat dia..!!

pB said...

INDERA
Rezeki kita ada dimana mana. Pokoknya kena rajin berusaha dan bertawakal. Jangan cari rezeki yang tak halal. Tak berkat , cepat hilang ....


Apa nama baby girl nie???

blackpurple @ jowopinter said...

Betul tu. Rezeki masing-masing. Tapi jangan cuma berserah bulat-bulat pada takdir. Kena berusaha... :)

Abang Long said...

MOHON, MOHON dan MOHON kehadrat Illahi. BERUSAHA terus - InsyaAllah.

WRA said...

tu la peranga ore kito...maybe jugok dio tak dok modal nok kkecek kot...hehehehe....

Mulan said...

sumer tu dah ketentuan Ilahi, kita kena berusaha, berdoa & bertawakkal.. di samping jgn lupakan suruhanNya.. sumer yg kat dunia ni sementara saja kan..

pB said...

BP
Semua perkara yang kita lakukan atas dunia ni memang kita kena usaha. Lepas usaha , kena tawakal.

ABG LONG
Betul tu Abe Long

pB said...

KAK WEAR
Saing pB tu dock di Bangi Seksyen 4 tau ....

MULAN
Masalah dengan manusia sekarang, yang sementara nilah di agung agungkan dan di canang canang ...

^^waniEwaWa^^ said...

tul tue..sume nasib org xsama..yelah kat tempat keje skunk pun sama..yg da degree lum tentu dia dapat pegang jawatan tinggi..jadi kerani pun da kat cni..sama jek dgn yg da dip n da sijil..xpe pa pun asalkan ia rezeki yg halal kan...

maklang said...

pB apakabar? lama tak masuk sini. ada sibuk sikit ler!

bestnya gi kucing tu..nanti maklang nak pergi jugak kalau ada rezeki!

ainizakri said...

Salam pb..lama dah tak mari sini...sesekali jengah..seronok baca celoteh..hari ni nak calit la sikit..

Saya setuju sungguh dgn pandangan PB..tu la pesan mak bapa saya, hidup biar berkat, rezeki biar halal.... tu yang perlu kita cari dalam kehidupan sementara ini..semoga kita semau mendapat keberkatanNya..amin

Anonymous said...

MQ pon ada terbaca kat blog sorang kwn sekolah, dia kata dia sembang dgn sorang lagi kwn..isi nya lebih kurang gini la..

kwn2 yg score n pandai2 dulu kat sekolah sekarang biasa2 je, yg mana biasa2 je sekarang ada yg amik master n phd, kira mcm hebat la kan..

tak de la nak terasa sgt, tapi mcm terfikir jugak, hebat sgt ke kalau ada ijazah tinggi n keje hebat banding dgn org yg ada degree tapi choose nak duk rumah jaga mkn pakai suami..huhu!

tapi MQ tetap percaya bak kata kak PB, rezeki org masing2, apa yg jadi mmg dah ditentukan tuhan itu yg terbaik utk kita walaupon org lain nampak kita sepatutnya buat lagi baik..

aNIe said...

Kak lady sokong 100%...

Kita kene lah bersyukur dengan apa yang kita ada...jgn hanya melihat apa yang orang lain ada...dan jgn mencari apa kurangnya kita....

Pa'chik said...

aloh la.. hagah gilo kechek... tu baru pitidi.. kalu jadi keiesen... dok tahu lagu mano lah...

mujo ado che'gu buleh ajar dio bla jad'di oghe...

hehe.. bghehi ngepek sungguh.. ekeke...

McBudu said...

Falsafah hidup sepatutnya berbunyi begini: Pekerjaan atau jawatan seseorang bukanlah pengukur kejayaan, sebaliknya kayu pengukur kejayaan adalah pencapaian atau kecemerlangannya menjadi seorang hamba yang tekun dalam agamanya, masyarakatnya, keluarganya serta pekerjaannya tak kiralah dia seorang pemandu ke, seorang budak pejabat ke, seorang guru ke atau seorang pegawai besar.

zino said...

zino pun ada sorang kawan dulu dalam kelas selalu no 1 la.. tapi bila masuk U dia gagal.. lepas tu jadi cikgu.. tapi dia tak putus asa..

bila dah lama kerja dia sambung belajar lagi dia buat degree di U yg dia kena kick dulu.. dan skrg ni dah dapat master pun..

dulu heran jugak mcm mana top student kena kick dari U..

HAPPYIRFA said...

SALAM KAKPB..
ai...jd cikgu ok apa?bukan senang jd cikgu..hanya org2 yg sabar dan terpilih jer buleh jd cikgu.yg cakap tu x pikir ke semua yg ada pd kita ni pemberian drNYA.bila2 DIA buleh ambik balik..

pB said...

IRFA
Orang ni rambut jer sama hitam , tapi hati lain lain.


BRO Z
pB pun heran gak ...
Mungkin ada masalah kewangan, masalah family , dan juga masalah cintan cintun ...

he he he

ABE McB
pB sokong dan setuju sangat dengan falsafah itu ...

Hidup McBUDU

PO'CHIK
Dalae rama rama saing , mesti ado lar sorghe duo hock ke'chek hagah ...

Nok buak lagu mano , doh pra'nga dio yak azali lagi lagu tu ...

KAK LADY
Tapi , kenapa manusia suka ukur orang dari segi wang dia , pangkat dia ..??????

pB said...

MQ
Kak pB kalau diberi pilihan sama ada dok dirumah dan bekerja , kak pB lagi suka dok rumah ler. Tapi nak buat macam mana kan , kewangan sorang yang bekerja tak berapa nak cukup ....

apa apa pun , yang penting kita gembira dan suami kita redha.

Biarlah apa orang lain nak cakap ...


AINI
Salam

Calit banyak pun tak per , lagi pB suka


Hidup mesti berkat

BUKANNYA

BerKAD ... he he he

MAK LANG
Salam ....

pB tahu sehari dua ni Mak Lang memang sibuk manjang ....

KUCHING memang best ....

pB said...

WANIEWAWA
Yang penting kita ada kerja dan dari kerjaan itu kita dapat reseki yang halal.

Dan kalau kita rasa kita boleh majukan diri , kita berusaha ....

Ordinary Superhero said...

Ketentuan Tuhan itu berbeza untuk setiap orang. Kalau cikgu maths tu happy dengan kehidupan dan kerjaya dia, sebenarnya dia dah dikira berjaya dalam hidupnya.

[Tak semua orang terror berdebat tu boleh jadi loyer yang baik]

Eddie Putera said...

"saya juga amat tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Saya berjanji denagn kuasa saya sebagai mintiri cuba buat siasatan." Adi Vellu

komen diatas tiada kene mengena dengan topic posting ini.

Sekian Terima Kasih.

p/s, cikgu Add Maths ok per.. Gaji halal, dapat pahala banyak mengajar anak orang..

pB said...

O.S.H
Lain orang lain caranya.
Lain manusia , lain kejayaannya.

pB said...

ABE DJIN
Patutnya semua orang berfikiran begini.

Jangan disanjung sangat pangkat dan wang ringgit itu ...

Azhar Ahmad said...

Kak pB, dulu saya cakap camtu dalam hati... Ya, saya cakap camtu. Pas saya baca dari email, satu cerita. Hati saya berdetak. Kenapa tak terpikir yang rezeki masing-masing. Mungkin ada keberkatannya menjadi gini gitu...

Hummm, kak pB carilah kat blog saya Dari Emel : Antara Dua Kisah

Anonymous said...

ala PB
harta, pangkat kekayaan tu semuanya pinjaman ajer. sampai masa kita tinggalkan jugak semua tu

kalau 1 pintu rahmat tertutup untuk kita, pintu rahmat yang lain terbuka seluas luasnya.. so kenapa nak tunggu lagi depan pintu yang tertutup tu

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...